Jumaat, 9 Mac 2012

CUKAI PINTU: TCCC DAN MDT CAPAI PENYELESAIAN POSITIF

Oleh: Ambrose M. Matthew

TENOM: Satu pertemuan telah diadakan diantara Dewan Perniagaan Cina Tenom (TCCC) yang diketuai Pengerusinya Datuk Teo Ming Chung dengan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Wolfred Gentiu untuk membincang masalah bayaran cukai pintu bagi lorong kaki lima disifatkan positif malah telah menemui formula penyelesaiannya.


Bagaimana pun, Wolfred meminta pihak TCCC yang mewakili para peniaga supaya mengemukakan surat rayuan memansuhkan cukai pinti itu untuk dipertimbangkan oleh pihak Majlis dalam mesyuarat penuhnya dalam masa terdekat ini.

Manakala lorong kaki lima dibahagian belakang (dapur) kedai pihak peniaga diminta agar kawasan itu sentiasa ditingkatkan tahap kebersihannya dimana pemantauan penguatkuasa Majlis akan diadakan dalam tempoh seminggu sekali.

“ Kita juga mengalu alukan cadangan daripada para pekedai terutamanya restoran dan kedai kopi kaedah yang terbaik untuk mengekalkan kebersihan dikawasan disitu supaya tidak kelihatan kotor dan menjijikkan orang ramai,” kata Wolfred ketika menjelaskan kepada rombongan itu dipejabatnya pada Rabu.

“ Mengenai kehilangan tanah setiap lot 30 kaki seperti yang didakwa...kami akan periksa didalam data penilaian harta perkadaran Majlis sama ada perkara ini sudah ditolak untuk bayaran cukai pintu tahunan....kita akan periksa dan akan maklumkan kepada para pemilik premis,” tambahnya.

Penjelasan Wolfred itu berlaku ekoran tomahan para peniaga berhubung keputusan Majlis untuk mengenakan cukai pintu bagi lorong kaki lima dihadapan premis yang menjadi persoalan ketidak puasan hati para peniaga yang disampaikan oleh TCCC.

Sebelum itu, Pengerusi TCCC Datuk Teo Ming Chung menegaskan bahawa adalah tidak praktikal jika pihak Majlis mengenakan cukai pintu terhadap lorong kaki lima dimana lorong itu masih sebahagian daripada tapak lot kedai mereka.

Tegasnya, sedangkan beberapa puluh tahun lalu bayaran cukai seumpama itu tidak pernah diwujudkan yang mengambilkira bahawa lorong itu merupakan masih terletak dikawasan tapak mereka yang tidak sepatutnya menjadi hak kerajaan untuk memungut cukai disitu.

“ Kalau dulu kedai kedai disitu ukuran panjangnya 100 kaki, tetapi selepas terbakar dan dibina baru ukuran panjangnya kena kurang kepada 70 kaki. (Jadi)...kami masing masing sudah kehilangan tanah 30 kaki kerana kononnya tanah itu dibuat untuk tapak parkir kerita. Kami sudah banyak bertolak ansur tapi kenapa mesti kena bayar cukai pintu untuk lorong kaki lima lagi?” tegas Datuk Ming Chung.

Manakala Naib Pengerusi TCCC Kapitan Wong Tet Yun meminta pihak Majlis membekalkan kepada para pekedai garis panduan susunatur yang dibenarkan bagi operasi cuci mencuci dibahagian dapur (belakang kedai) supaya ianya tidak ditegur oleh penguatkuasa Majlis.

Katanya, mereka senantiasa mematuhi arahan dan garis panduan yang dikehendaki oleh pihak Majlis tetapi setakat ini mereka tidak mendapat apa apa maklumat daripada pihak Majlis yang menyukarkan mereka melaksanakannya.

“ Kita mahu semangat kerjasama wujud antara pihak Majlis dengan para pekedai dan sebarang keputusan mestilah berdasarkan menang menang atau win win situation,” tegas Wong.

Ends///..



Caption:-



1. Gambar TCCC DAN MDT – Kelihatan Wolfred bersalam tanan dengan Pengerusi TCCC Datuk Teo selepas selesai pertemuan.

2. Gambar BELAKANG KEDAI – Lorong kaki lima belakang kedai yang kotor ditegur Majlis.