Rabu, 11 Januari 2017

PARTI WARISAN UNTUK SEMUA KAUM YAKIN DAPAT TUMBANGKAN BN/UMNO SABAH

Oleh: ULU PADAS 
 
HADIRIN KIRA KIRA 5,000 ORANG

KEMUNCULAN Parti Warisan yang diasaskan bekas Naib Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shafie Apdal bersama sama dengan beberapa tokoh politik dari pelbagai kaum, kini semakin mendapat sambutan hangat rakyat Sabah dari kalangan berbagai keturunan dan agama. 

Antara lain tujuannya, adalah untuk menukar/mengubah kerajaan yang ada sekarang yang ditunjangi UMNO, supaya kerajaan baharu Warisan (selepas diberi mandat rakyat pada PRU14) dapat menyusun semula sistem pentadbiran negeri ini kearah yang lebih efeisyen, relevan dan bersih dari segala amalan korupsi.

Datuk Seri Shafie yang juga merupakan Ahli Parlimen Semporna berkata, pentadbiran kerajaan negeri dibawah teraju Datuk Seri Musa Aman perlu diganti pada PRU14, kerana jika dibiarkan berterusan lebih ramai rakyat menderita kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“ Ramai belia beliawanis menganggur terpaksa berhijrah ke Semenanjong Malaysia kerana untuk mencari pekerjaan....kerana diSabah jumlah kilang yang ada agak sedikit dan tidak dapat menampung jumlah pengangguran yang ada....anehnya kerajaan negeri sama ada sedar atau tidak mereka tidak berusaha mengatasinya.

“ Persoalan kita sekarang ini ialah mengapa Sabah sekarang ini kekurangan bekalan minyak masak, sedangkan kita juga adalah antara pengeluar minyak sawit yang tertinggi dinegara ini. Mengapa kerajaan negeri tidak membuat apa apa perancangan?

 “Banyak contoh membodohkan kita tentang masalah ini....kita diSabah hantar banyak minyak sawit untuk diproses ke Semenanjong mendorong disana membina banyak kilang seterusnya dapat mengwujudkan banyak peluang pekerjaan....(jadi) kenapa kita diSabah tidak bina lebih banyak kilang?...kenapa?,”katanya ketika bercerama dimajlis jelajah Warisan diKeningau pada Ahad.

Selain itu, Shafie turut membangkitkan isu pemilikan tanah kepada FELDA di Lahad Datu, Tawau, Tungku dan Umas Umas seluas 200 ribu hektar, dimana sejumlah itu hanya 20% sahaja dapat dibangunkan manakala 80% lagi diambil FELDA.

Sepatutnya, FELDA yang berperanan menjadi peneroka untuk membantu rakyat, sebaliknya, mengapa pula FELDA menjadikan rakyat sebagai penerokanya, katanya. Dalam pada itu, Shafie turut mengulangi kenyataannya terdahulu bahawa sekiranya Parti Warisan memenangi PRU14 kelak, beliau tetap mengkotakan janjinya untuk memansuhkan pemberian geran tanah Komunal (Communal Title) kepada rakyat Sabah yang memiliki tanah kerajaan.

Ini kerana dengan adanya geran milik persendirian sudah pasti pemiliknya bebas untuk mempelbagaikan kegiatan ekonominya. Begitu juga dengan lain lain agensi perlu distruktur semula terutamanya Yayasan Sabah supaya fungsi dan operasinya lebih efeisyen dan menuju kepada sasaran yang lebih tepat dan ini termasuklah pembentukan Kementerian Pendidikan Sabah, katanya.

Selain itu, Shafie mengikis tanggapan sesetengah pihak yang melabelkan beliau sebagai PTI atau Lanun, sebaliknya beliau merupakan anak jati Sabah, dilahirkan diSemporna kira kira 60 tahun lalu berbangsa Bajau. Pakciknya adalah bekas Yang DiPertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai. Jadi, dengan keterangan identiti latar belakangnya jelaslah Shafie merupakan anak jati Sabah.

“ Saya telah berkali kali jelas bahawa pembentukkan Parti Warisan bukan dimiliki atau diasaskan oleh saya sendiri, sebaliknya ia merangkumi pelbagai bangsa seperti Kadazan, Dusun, Bajau, Suluk Cina, Murut dan banyak lagi...maka dengan sebab itu kita menghormati semua perayaan yang ada dinegeri ini seperti Perayaan Krismas, Hariraya, Pesta Kaamatan, Tahun Baharu Cina. Visi Warisan adalah menghormati dan menyatupadukan semua kesukuan dan agama yang ada diSabah,” tegasnya.

Mengenai dengan kerjasama antara parti parti tempatan dinegeri ini khususnya gabungan USA Shafie berkata, beliau kena berhati hati dalam mengujudkan kerjasama atau pakatan dalam pembangkang kerana bimbang ia dikhianati...kerana mungkin beberapa calon pilihanraya mungkin berpindah ke parti lain selepas memenangi pilihanraya.

“ Kebimbangan timbul akan ada Y.B akan lompat ke parti lain selepas menang...jadi, kami perlu selektif mengenai parti yang kami boleh bekerjasama,” katanya.