Jumaat, 30 September 2011

POLITIK PARLIMEN TENOM MENJERIT?

Oleh: Ambrose M. Matthew

SEMAKIN hampir pilihanraya umum kali ke-13 sampai ke penghujungnya semakin terasa kehangatan bahangnya dimana parti parti politik tidak kira dipihak pembangkang mahupun dipihak kerajaan khususnya BN masing masing menggerakkan jenteranya dalam usaha mereka untuk meraih seberapa ramai sokongan pengundi memihak kepada kem masing masing.


Dalam kehangatan itu, tampak kelihatan bahawa selera pengundi kali ini khususnya trend pengundi dialab baru dalam abad ke-21 amat berbeza dengan selera dimasa lampau kira kira lebih 20 tahun lalu dimana pengundi kali ini lebih cenderung kepada penelitian calun calun yang bakal diketengahkan dikedua dua pihak iaitu sama ada pembangkang mahupun kerajaan.

Sepertimana yang telah berlaku ketika Pilihanraya umum Negeri Sarawak kali ke-10 baru berlalu bahawa formula muka baru dikalangan calun calun yang telah diketengah hampir kesemuanya memenangi pilihanraya tersebut terutamanya DAP yang berjaya menumbang seorang tokoh politik dari SUPP sekaligus pemimpin muda DAP itu dilabel sebagai “The Giant Killer”.

Titik tolak daripada apa yang berlaku diSarawak berkemungkinan besar akan menjadi ikutan bagi PRU13, kerana dalam senario politik di abad ke-21 ini agak jauh lebih berbeza dengan situasi dimasa lampau dimana pengundi pengundi muda satu satunya pendorong perubahan iklim politik masakini. Lantaran itu sudah pastilah pemimpin “surat khabar lama” sudah tidak bertempat dihati pengundi lagi.

Justeru, pemimpin yang sudah terlalu lama berkhidmat selaku wakil rakyat walaupun semasa berkhidmat mereka tidak pernah leka atau lalai dalam tanggung jawabnya mereka juga dikategorikan sebagai pemimpin “surat khabar lama” dan tidak terkecuali daripada keputusan perlu berundur untuk memberi laluan kepada pemimpin muda alab baru.

Jikalau tidak! mereka terpaksa melalui proses dua pilihan yang akan ditentukan pengundi sama ada mahu berundur awal adalah dikira suatu keputusan bijak dan secara “terhormat”. Sebaliknya jikalau masih berdegil juga sudah pastilah keputusanan rakyat/pengundi menjurus kepada proses “dimalukan” kerana tewas dalam pilihanraya itu.

Dalam pada itu, antara parti parti politik yang paling aktif bergerak kepelusuk kampong untuk mendekati rakyat dimana selain UMNO-BN dipihak kerajaan namun pembangkang seperti SAPP dan Pakatan Rakyat yang merangkumi DAP dan PKR yang ada diParlimen Tenom tidak kurang hebatnya.

Dalam keghairahan parti parti politik berkenaan beraksi dipentas politik ketika ini, nampaknya terselit minat pengundi yang mengkategorikan sekurang kurangnya tiga pemimpin muda yang ‘popular’ ketika ini iaitu yang paling menonjol ialah Jamawi Jaafar daripada Pergerakan Pemuda UMNO, tempat kedua Roger Stimin daripada Pergerakan Pemuda SAPP dan tempat ketiga William Ensor Datuk Tingkalor daripada DAP.

Persoalannya sekarang, apakah Jamawi Jaafar berupaya melepasi atau boleh mempengaruhi pemimpin atasannya supaya beliau dapat dicalonkan pada PRU13 atau mungkin itu satu satunya kekangan bagi beliau. Penyandang MP Tenom Datuk Raime Unggi takkan melepaskan kerusi itu dengan mudahnya kerana Raime juga mempunyai rekod baik dalam perkhidmatannya kepada rakyat selama ini.

Antara persoalan lain yang agak menarik ialah berhubung kerusi DUN Melalap yang sekarang ini dipegang oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Radin Malleh daripada PBS agak goyah sedikit kerana terdapat beberapa kumpulan dalaman parti itu mendakwa mahu menjatuhkannya pada PRU13.

Khabarnya yang tersebar luas kononnya Datuk Radin Malleh sudah mengumumkan hasrat persaraannya dalam politik semasa kongress parti itu disini beberapa bulan lalu tetapi disangkal oleh Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang meminta Radin meneruskan perjuangannya dalam politik.

Dipihak pembangkang pula, PKR pimpinan Halik Zaman terpaksa bersaing sokongan dengan rakanya DAP dalam PR dimana Halik menyifatkan DAP tidak ada semangat setiakawan dalam gagasan itu kerana menceroboh kawasan PKR diKemabong dan Melalap. Manakala SAPP masih dalam proses ‘adjutment’ untuk meletakkan kesesuaian bakal bakal calonnya tetapi para pengundi DUN Melalap mahukan kepimpinan SAPP meletakkan pemimpin muda bertanding disitu.

Selain itu, terdapat juga ‘cakap cakap dikedai kopi’ mengatakan ada juga pencacai politik terutamanya dipihak pembangkang akan berkira kira untuk mencuba nasib didalam PRU13 pada kali ini setelah mereka ini (pencacai politik) sudah tiada tempat dalam parti yang disertainya.

Namun segala galanya hanya akan dapat diketahui semasa penamaan calun siapa sebenarnya yang diketengah oleh parti masing masing. Namun kekuatan sokongan calon oleh rakyat khususnya pengundi adalah terlalu awal untuk meramalkan pihak mana yang mendahului dari segi sokongannya.

Apa pun sama samalah kita tunggu kesudahannya!

Caption:-

-Gambar pertama (kiri) - Jamawi Jaafar dlama satu acara di SMK Entabuan;
-Gambar kedua (kanan) - Roger Stimin berkata sesuatu kepada seorang mangsa kebakaran -diKg Sawang Melalap.
-Gambar ketiga (kanan) - Willian Ensor Datuk Tingkalor dalam satu ceramah DAP diKalibatang -Lama, Kemabong.