Khamis, 20 Januari 2011

KELUHAN YAFTA MUSA BEKAS AHLI UMNO TENOM

KELUHAN SEORANG PENCITA DEMOKRASI TULEN

Hi..? AmbroseMail,

Yafta Musa commented on your link!!!

Yafta wrote "Ayah Min,'utk memajukan masyarakat Tenom'dan'mencari jalan sebenar'..saya mengenali politik secara dekat hanya hadir pada thn1994 dan berkecimpung diawal thn 1985 semasa kebangkitan PBS yg bertemakan 'Sabah utk Sabahan'. Lazimnya,rakyat hanya diperbodoh2kan oleh para pelakun politik utk pancing undi dan simpati,yg akhirnya rakyat akan menjadi 'korban'..

Tujuan kita berpolitik atau menjadi tenaga pengajar kemajuan mahu pun jawatan2 awam adalah berpaksikan keberjayaan utk semua lapisan masyarakat tanpa melihat warna kulit dan agamanya dan ini dituntut oleh mana2 kerajaan dlm dunia dan lbh2 lagi oleh Allah sang pencipta alam semesta..utk memaju masyarakat. Perkara asas yg dituntut adalah perubahan minda dan harus berani berubah,akan tetapi sejak saya dilahirkan hingga sekarang,saya tidak nampak masyarakat kebanyakan di daerah Tenom dapat berubah,kerana menentukan arah tuju sesuatu masyarakat semestinya bermula drp pemimpin2 politik dan masyarakat itu sendiri.

Kenapa saya berkata demikian? Kerana ia bermula drp pemimpin2 politik dimana mereka2 itu dapat membawa masalah masyarakat bawahannya kepengetahuan pihak yg lebih tinggi kuasa pemutusnya utk dilaksanakan, dan bkn asyik2 meminitkan tindakan kepada pihak tertentu seperti…"SUT,tidak ada halangan sekiranya peruntukan tersedia", ..tetapi projek2 mega yg banyak wang masuk poket boleh dilakukan dgn "Rundingan Terus".

Adakah itu satu usaha memajukan masyarakat sekeliling kita?..sebab itu,kita lihat dan perhatikan gaya hidup YB2 kita,dgn gaji yg luar biasa tidak termasuk 20%,mereka mampu membeli apa2 saja termasuk UNDI,sehingga sekarang perbuatan beli UNDI adalah budaya pemimpin2 politik kita dan yg bodohnya rakyat tidak tahu nilai maruah dan UNDI mereka.. "mencari jalan sebenar".

Lebih sedekad berlalu masyarkat Tenom masih jauh ketinggalan dgn bangsa2 lain terutamanya PATI2,..jadi, jalan memajukan minda anak tulen dan anak jati Sabah hanya melalui PRU13..tuntutan kita adalah berani berubah..kalau disebut terus nama bangsa nanti org marah tapi realitinya asli Sabahan telah ditakluki...dan berapa ramai org2 yg berfikiran waras mempertahankan hak2 Sabahan?..Bangunlah wahai bangsaku Sabahan…!