Ahad, 17 Disember 2017

PENDUDUK ULU NALUYAN MAHU JALANRAYA DINAIKTARAF

OLEH; ULU PADAS 
 
JALAN BERLOBANG LOBANG DAN BATU BESAR TIMBUL

RUNGUTAN DEMI RUNGUTAN dikemukakan penduduk Kg Ulu Naluyan berhubung kedaifan jalanraya menuju ke perkampongan tersebut sejauh kira kira 2 kilometer namun ia dipandang dingin oleh kerajaan BN. 

 Jurucakapnya yang menamakan dirinya sebagai Kris Anderson, melahirkan kekecewaan yang amat serius kerana segala permasalahan yang dihadapi mereka terus menemui jalan buntu apabila pemimpin kerajaan enggan melayani rungutan mereka.

 Kris berkata yang ditularkan dilaman sosial fbnya, " Ini betul...oleh kerana ini lah satu satunya jalan perhubungan ke kebun kami..kalau ini jalan tidak di perbaiki..macam mana kami lalui apabila keadaan jalanraya terok sekali?

 “ Sedangkan..ianya penting untuk kemudahan..jalan ke kelompok Lembaga Industri Getah Sabah..bercucuk tanam..buah buahan..empangan air graviti kedua dua kampung bagi penduduk Kg Naluyan dan juga Kg Mantailang bawah..apatah lagi Sk Mantailang,” tulisnya.

Tambahnya lagi, beberapa usaha untuk menyelenggara jalanraya itu pada sebelumnya, tetapi hanya dapat bertahan beberapa bulan sahaja kerana kerja kerja yang dijalankan hanyalah bersifat sementara iaitu dengan hanya menimbus batu pasir tanpa menggred dan menimbus tanah dipermukaan untuk menahan batu pasir daripada hanyut ke tepi parit ketika musim hujan.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi dan Pegawai Khas Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Jamawi Jaafar pernah melalui jalan itu ke sebuah Resort Air Terjun untuk beriadah beberapa bulan lalu, juga berkongsi kekecewaan berhubung kedaifan jalanraya tersebut.

" Kita percaya bahawa mungkin ramai yang menyuarakan rasa kesal apabila melihat kedaifan jalanraya ini selain akan menyuarakan slogan " Rakyat didahulukan...pencapaian diutamakan" tidak selari dengan aspirasi kerajaan itu," katanya.