Rabu, 20 Januari 2016

FOKUSKAN PINJAMAN TEKUN KEPADA USAHAWAN TEMPATAN- DATUK RUBIN BALANG

Oleh: Mail Mathew

RUBIN DAN KAKITANGAN TEKUN
 TENOM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Datuk Rubin Balang menyarankan kepada agensi kerajaan khususnya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) agar menfokuskan pemberian pinjaman kepada peniaga kecil kecilan dan pastikan pinjaman dibayar balik secara ansuran.

Beliau berkata, mereka (peminjam) perlu bersyukur dengan pinjaman itu kerana matlamatnya semata mata untuk membantu meningkatkan sumber ekonomi pendapatan rumah tangga mereka.

 “ Usahawan yang mahu membuat pinjaman TEKUN perlulah mempunyai perniagaan yang sedia ada supaya pembayaran balik pinjaman itu dapat dibuat dengan sebaiknya,” katanya.

 Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Perumahan dan Pembangunan Bandar (LPPB) Sabah dan Ketua Umno Tenom berkata demikian ketika memberitahu pegawai dan kakitangan TEKUN disini semasa melakukan kunjungan hormat terhadapnya diPejabat Umno dekat sini pada Rabu.

Selain itu, Pengurus TEKUN cawangan Tenom Vevera Niong memaklumkan bahawa peruntukkan sejumlah RM1 juta telah disediakan untuk menjana pinjaman bagi usahawan kecil kawasan N.35 Melalap dan N.36 Kemabong bagi tahun 2016.

Tambahnya, pembiayaan pinjaman TEKUN adalah secara berkumpulan dimana cawangan Tenom sudah menyalurkan sebanyak RM174,000 kepada 15 kumpulan usahawan kecil yang dianggotai seramai 75 orang peserta pada tahun 2015.

 “ Pihak TEKUN kini telah menyediakan pembiayaan yang baru iaitu Pembiayaan TEMAN TEKUN DAN i- FACTORING,” tegasnya.

 Menurut Vevera, setakat ini usahawan pada keseluruhannya di Tenom mencapai lebih 800 orang dimana kesemuanya telah komited dan sudah mendapat pinjaman daripada dana TEKUN dan kini dalam proses pembayaran balik mengikut jadual yang telah pun ditentukan. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.Gambar TEKUN- Rubin (tengah) menerima surat jadual pinjaman TEKUN daripada Pengurusnya Vevera Niong. Manakala kanan sekali pegawai TEKUN Roy Walter Mailap.

Jumaat, 15 Januari 2016

PENGERUSI JKKK KG MANTAILANG NAFI DAKWAAN WUJUD PEMBALAKKAN HARAM ULU NALUYAN, MANTAILANG

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Kg Mantailang Adrian Majakum (gambar), menafikan terdapat aktiviti pembalakkan haram di Ulu Naluyan dan Ulu Mantailang seperti yang didakwa sesetengah pihak penduduk disitu.


ADRIAN
Berhubung dengan kehadiran beberapa buah lori pengangkut balak masuk ke kawasan Ulu Naluyan beberapa hari ini bukannya kegiatan baru yang disangkakan sebagai aktiviti pembalakkan haram, sebaliknya mereka mengangkut sisa sisa kayu yang tidak sempat diangkut sebelum penghujung Disember 2015 kerana masalah cuaca, katanya.

Sehubungan itu, Pegawai Perhutanan Daerah (DFO) disini ketika dihubungi pada kelmarin (Rabu) mengesahkan aktiviti mengangkut balak di Ulu Naluyan yang sedang berlaku sekarang adalah sisa sisa kayu dari tanah bergeran yang belum habis diangkut selepas tertangguh beberapa minggu disebabkan masalah cuaca, dan bukannya pembalakkan haram.

Ditanya apakah balak balak yang diangkut itu telah dibayar royalti sebelum diangkut DFO itu berkata, memang sudah berbayar kerana polisi mereka tidak ada balak balak yang boleh diangkut keluar jika royaltinya belum berbayar, katanya.

Dalam pada itu, Majakum turut menjelaskan bahawa projek tersebut mendapat kelulusan bersama Pegawai Daerah yang juga merupakan Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) dan Jabatan Perhutanan sebelum projek Form 2B dilaksanakan yang hanya meliputi tanah tanah bergeran sahaja.

Majakum berkata demikian sebagai mengulas beberapa tuduhan daripada sesetengah pihak dari Kg Ulu Mantailang yang diviralkan dilaman sosial facebook dan whatsapp mendakwa kononnya Pengerusi JKKK kurang bertanggung jawab berhubung masalah pembalakkan di Ulu Mantailang.

Menurutnya lagi, malahan ada diantaranya menuduh Pengerusi JKKK itu mungkin dirasuahkan menyebabkan tidak kelihatan sebarang tindakan dilakukan JKKK untuk menghalang kegiatan pembalakkan disitu disifatkan Majakum sebagai tuduhan liar dan keterlaluan, tegasnya.

“ Saya nasihatkan mereka ini agar jangan terburu buru mengambil tindakan kerana jika tindakan mereka itu tidak berasas buruk padahnya. Berbincang dan bermusyawarah sebelum bertindak adalah langkah sebaik baiknya,” tambahnya. Ends///.....(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar ADRIAN MAJAKUM- Pengerusi JKKK Kg Mantailang.

Khamis, 14 Januari 2016

LEBIH SERATUS BANTAH ZON PERINDUSTRIAN KHAS DIMUKIM MELALAP

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Kira Kira seramai lebih seratus orang penduduk sekitar Mukim Melalap menurunkan tanda tangan masing masing membuat bantahan keatas cadangan pihak Majlis daerah disini untuk mengezonkan kawasan desa diubah menjadi zon perindustrian khas menerusi notis awam bertarikh 15 Disember 2015.

JIMMY DAN RAKAN
Kawasan terlibat terletak dilokasi C.L. 28101 nombor pelan 16150021 dekat Mukim Melalap Utara, dimana tujuannya untuk pembinaan development of Palm Oil Mill (processing oil palm fruits into Crude Palm Oil CPO) dan Palm Kernel (PK).

 Kumpulan pembantah diketuai bekas calon SAPP Parlimen Tenom semasa PRU13 Jimmy Jawatah mengambil masa kira kira 15 minit pada Khamis menyerahkan surat bantahan rasmi itu kepada Pengerusi Majlis Daerah merangkap Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layappan.

NOTIS AWAM
Menurut Jimmy, tujuan bantahan itu adalah untuk mengelakkan penduduk persekitaran Mukim disitu akan mengalami kesan pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara yang akan mengeluarkan bau busuk melalui asap kilang sekaligus akan menjejaskan kesihatan penduduk secara jangka panjang.

Sehubungan itu, Jimmy menjelaskan bahawa mereka (penduduk) sudah mengalami penderitaan pencemaran udara yang berbau busuk beberapa tahun lalu akibat pembinaan kilang pemprosesan kelapa sawit Sime Darby dekat Kg Pulong dimana bukan sahaja mengeluarkan bau busuk tetapi juga mengwujudkan kehadiran lalat dan agas didalam rumah dan kawasan persekitaran.

 “ Kami tidak mahu mengalami pengalaman pahit itu berlaku bagi kali kedua kerana jika kami berdiam diri tidak membantah sudah pastilah penderitaan kami akan berpanjangan....terima kasihlah kepada Pegawai Daerah Tenom kerana memberikan peluang kepada membuat pandangan.

 “ Selain itu, mungkin juga akan timbul isu sosial yang bakal wujud menjadikan lebih konflik dalam hidup masyarakat kami dimana tawaran pekerjaan lebih condong potensinya kepada pengambilan buruh migran dari luar negara yang dibawa masuk untuk bekerja disektor perladangan adalah tinggi.

“ Buktinya, dilaman freemalaysia today pada 18.1.2015, Menteri Sumber Manusia, Richard Riot Jaem berkata, kumpulan pertama seramai 5,000 pekerja buruh Bangladesh telah dibawa masuk oleh kerajaan Sarawak untuk bekerja disektor perladangan...kerana tidak ramai penduduk tempatan sanggup bekerja diladang ladang,” katanya.

 Jimmy menambah, kebimbangan lain seperti penghijrahan pendatang asing tanpa izin (PTI) ke Tenom daripada Pantai Timor tentunya begitu mudah disebabkan lingkaran jalanraya yang menghubungkan antara Timor, Barat dan Selatan Pedalaman walaupun tujuan asal mereka untuk mencari pekerjaan yang halal sebaliknya ia menjadi beban dari aspek keselamatan.

 Oleh itu, adalah tidak wajar mengwujudkan ZON PERINDUSTRIAN MINYAK SAWIT ditengah tengah kelompok masyarakat 'orang asal' yang sudah mendiami perkampungan diMukim Melalap lebih seratus tahun, tegasnya.

 Justeru, sambil memetik kenyataan NGO Pacos bahawa masyarakat 'orang asal' adalah golongan masyarakat yang suka menetap dikawasan desa dan bukannya dikelilingi oleh kilang kilang ataupun 'commercial buildings' dimana kenyataan itu mempunyai kewajarannya, tegas Jimmy. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.IMG_7614 - Kelihatan Jimmy Jawatah (tengah) diapit dua pengiringnya sebelum menyerahkan surat bantahan itu kepada Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layappan. 2.IMG_7615 - Salinan notis awam yang dipamerkan sebagai pemberitahuan cadangan pengezonan kawasan perindustrian khas.

Selasa, 12 Januari 2016

PEMIMPIN PELBAGAI SUKU DITENOM ALU ALUKAN PESTA KAAMATAN 1MEI DISINI

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Presiden NGO Mamagun Rudy Sulaiman Mairi (gambar), menyifatkan pengumuman Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan 'Huguan Siou'(HS) masyarakat KDM Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menamakan daerah Tenom sekali lagi menjadi tapak pelancaran Pesta Kaamatan peringkat Negeri amat bertepatan dan dialu alukan.

RUDY
 Beliau berkata, sesungguhnya daerah disini telah pernah mengadakan pelancaran pesta tersebut sejak tahun 1991, 1997 dan 1998 adalah jelas bahawa pesta itu telah membuka ruang seluas luasnya kepada penggiat seni dan pelancongan untuk mula mengenali Tenom mempunyai daya tarikan dari segi pelancongan.

“ Inilah peluang sebaik baiknya masyarakat Mamagun memainkan peranan penting dalam memasarkan karya karya mereka yang dihasilkan melalui kraftangan seperti bubuyung, balait, lilivu, tapan dan pupuran.

 “ Kalau sebelum ini penghasilan kraftangan hanya tertumpu pasarannya hanya setiap minggu dipasar tamu mingguan tetapi kali ini mereka boleh memasarkan dengan skala besar,” katanya ketika mengulas pengumuman
MADIS
Huguan Siou itu pada Jumaat.

 Selain itu, seorang Ketua Rumah Tradisi KDCA Tenom Charlton Madis Suman menegaskan agar pemilihan itu akan memberi menfaat kepada masyarakat disini dimana ia bukan sahaja dapat memperagakan produk produk keluaran tempatan tetapi juga dapat memperkenalkan adat dan senibudaya masyarakat Murut pelbagai etnik diSabah.

“ Sesuai dengan tema yang diberikan “Keamanan dan Persahabatan”, saya percaya bahawa dengan pemilihan Daerah Tenom sebagai tuan rumah yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dapat mempromosi pelbagai kebudayaan suku suku dan etnik daerah ini,” katanya sambil menegaskan bahawa pengalamannya menerajui Rumah Tradisi KDCA lebih 10 tahun yakin
WONG TET YUN
pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri pada 1 Mei 2016 lebih meriah daripada yang lepas.

Madis menambah, daerah Tenom yang  mempunyai banyak etnik seperti Murut Timugon,Paluan, Kolor, Taghol, Lundayeh, dan banyak lagi etnik yang tinggal diluar daerah pasti mengalu alukan pesta tersebut dilancarkan disini.

Manakala seorang usahawan masyarakat Cina Wong Tet Yun pula berterima kasih diatas keputusan kerajaan Negeri terutamanya Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan untuk melancarkan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2016 pada 1 Mei sebagai satu anjakan paradigma dari segi  sektor pelancongan dan ekonomi setempat.

Wong berkata, impak daripada pesta itu sudah pasti akan dapat melonjakkan ekonomi dan memberi kesempatan kepada para peniaga khususnya restoran dan hotel hotel untuk mendapat tempahan penginapan daripada pengunjung luar daerah mahupun pelancong antarabangsa.

 Tenom yang telah terkenal dengan “Kopi Tenom”, pusat riadah white water rafting diRayoh, Pusat Kebudayaan Murut, Taman Pertanian Sabah di Lagud Seberang dan Lagenda 'Tanah Pinisi” Ulu Bunut Sapong tentunya akan menggamit kehadiran pelancong luar, jelas Wong. Ends///...(Mail Mathew)