Selasa, 5 Mei 2009

Mati lemas dikuari Kg Lagud


banjir berlaku diKg Tuntulubong Melalap


CAKAP TAK SERUPA BIKIN

NAMPAKNYA sejak akhir akhir ini banyak ragam dan kelibat pemimpin pemimpin politik yang kurang disenangi rakyat, dimana ada diantara pemimpin itu dengan mudah membuat sesuatu kenyataan ikut citarasanya sendiri, tetapi dia lupa bahawa apa yang diungkapkannya menikam dirinya sendiri.
Misalnya, Datuk Rubin Balang ADUN Kemabong dalam ucapan perbahasannya ketika persidangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) baru baru ini, dimana beliau menyalahkan Jabatan Perhutanan kerana gagal mengawal kegiatan pembalakkan berlebihan termasuk kegiatan pembalakkan haram yang mengakibatkan punca sebenar menjadikan kemendapan, tanah runtuh dan mencetekkan sungai Padas dan Pegalan.
SEDARKAH Rubin bahawa kegiatan pembalakkan yang serius dan juga kegiatan pembalakkan haram ia berlaku sekitar tahun 1987-1993 ketika itu didalam era kerajaan PBS, dimana Rubin ketika itu salah seorang daripada ADUN PBS.
Kegiatan pembalakkan secara berlebihan dan juga kegiatan pembalakkan haram ia dilakukan oleh pemimpin pemimpin parti diperingkat akar umbi, dan bukan kakitangan Jabatan Perhutanan meskipun kelulusan membalak untuk kategori 'Form 2B' datangnya daripada Jabatan itu tetapi kelulusan diberi berdasarkan fakta seperti dirian kayu yang matang, syarat elakkan pencemaran dan larangan membalak dikawasan tadahan air.
Bagaimana pun, kalau Rubin dah sedar semua itu bermula daripada pemimpin politik akar umbi, yang anehnya mengapa Rubin cuba cuba mengalehkan pula permasalahan itu kepada orang lain, sedangkan beliau sendiri boleh bertindak mencegah kegiatan itu dari awal lagi dari terus menular, jika Rubin sudah membuat jangkaan bahawa masalah lain akan berlaku dikemudian hari akibat pembalakkan.
ANEHNYA ketika keseriusan masalah banjir dipesisiran sungai Padas dan Pegalan dimana ramai penduduk yang dianggarkan lebih kurang 3,000 orang meminta kerajaan menangani masalah banjir besar yang kerap berlaku dikedua dua batang sungai itu yang hampir hampir meragut nyawa, Rubin pula tidak menumpukan isu itu untuk mendesak kerajaan melakukan sesuatu yang terbaik menyelesaikan masalah banjir yang menhantui para penduduk disitu.
Publisiti sahaja bukan cara menyelesaikan masalah itu, sebaliknya rakyat dikawasan yang terlibat banjir inginkan tindakan yang drastik yang menghendaki pemimpin untuk turun padang mencari 'point' yang sahih dan pasti boleh menyelesaikan masalah banjir sebelum dikemukakan kepada kerajaan untuk tindakan.
Adalah dirasakan bahawa sifat tuding menuding jari antara satu dengan lain menyalahkan sebagai punca masalah kemendapan, tanah runtuh dan mencetekkan dasar kedua dua sungai, adalah bukan masanya kerana semua itu sudah berlalu dan ia tidak akan dapat diselesaikan secara jangka panjang biar pun ada pihak terpekik terlolong menghebahkan punca masalah itu.
SEBALIKNYA, biarlah pemimpin dan pegawai pegawai jabatan berkaitan duduk semeja dan mulakan perbincangan bagaimana untuk mengatasi masalah itu mengikut kesesuaiannya, dan jika pun memerlukan juruperunding antarabangsa sepertimana yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berhubung perkara tersebut, tetapi apa yang pasti tindakan mendapatkan pakar juruperunding itu dalam keadaan segera.
Paringkuanangan..