Rabu, 22 Februari 2017

WARISAN TERUS MAJU KEHADAPAN MENDEKATI RAKYAT SEHINGGA PRU14

OLEH: ULU PADAS
PETER ANTHONY

 PENDIRIAN tegas Naib Presiden Parti Warisan Datuk Peter Anthony menepis dakwaan pelbagai pihak yang mendakwa Parti Warisan bersekongkol dengan Parti Pribumi Bersatu pimpinan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiddyn Yassin ibarat “adik beradik” merupakan helah rakan pembangkang sebelah untuk memperkecil kecilkan Parti Warisan.

 Meskipun Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah berulangkali menafikan dakwaan tersebut namun pihak tertentu masih meneruskan agenda mereka dengan harapan bahawa kredibiliti Warisan akan tercalar dimata rakyat, katanya.

Tegasnya lagi, walaupun pada dasarnya, suatu ketika dahulu beliau (DSSA) pernah ditawarkan untuk menduduki jawatan Timbalan Presiden parti itu, namun telah ditolaknya dengan alasan ingin menumpukan perjuangan Parti Warisan diSabah selepas ianya telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) selepas itu,

Selain itu, mengenai dengan laporan  sebuah pertubuhan NGO yang meminta pihak SPRM menyiasat pemberian projek dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) Persekutuan sekitar tahun 2010 hingga 2012 kerana kemungkinan berlaku penyelewengan Peter Anthony berkata,

 “ Tiada keperluan bagi kita bimbang perkara itu kerana projek tersebut telah lama dilaksanakan dan segala urusan mendapatkan projek tersebut mengikut prosedur biasa (standard) secara tender terbuka yang telah ditetapkan oleh kerajaan....dan kita bersedia untuk memberi kerjasama dengan SPRM untuk menjalankan siasatan itu.

“ Ironinya, mengapa pula tumpukan persoalan itu tetapi kes terbaharu skandal Jabatan Air Sabah yang berada didepan mata bukti wang sejumlah RM180 juta tidak dibongkar...orang yang dituduh dilepaskan pula...sepatutnya NGO itu harus laporkan dan bukan berdiam diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Warisan P.181 Tenom dikediaman Haji Arkani Ukab di Kg Pantongan Sapong dihadiri kira kira 200 orang pada Isnin.

Turut hadir, Ahwar Rasam Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Ketua Belia KDM Malaysia Henry Soimpon, Nossil Basayu Penyelaras Warisan Dun Melalap dan Penyelaras Warisan Dun Kemabong Donnysius Ansuku.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan program itu, Anthony berkata, Parti Warisan yang telah diwujudkan kira kira lebih empat bulan lalu kini telah mencapai keahlian seramai hampir setengah juta orang, dimana keahliannya adalah terbuka kepada semua kesukuan dan warga negara dinegara ini.

Peter berkata, meskipun kehadiran Warisan bukan sahaja tidak disenangi oleh Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno, tetapi juga oleh parti rakan rakan dalam gagasan pembangkang yang mungkin mencemburui kerancakan sambutan rakyat terhadap Warisan.

Fokus utama Warisan apabila diberi mandat rakyat memenangi dan membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum kali ke-14 (PRU), ia lebih menumpukan kepada pembinaan beberapa kilang dan industri khususnya kilang memproses minyak sawit supaya belia belia menganggur mendapat peluang pekerjaan tanpa penghijrahan ke Semenanjong.

Anthony mengulangi jaminan Presiden Warisan Datuk Shafie sebelum ini untuk mengwujudkan Kementerian Pendidikan diSabah, supaya tidak lagi perlu merujuk sebarang perkara yang berhubungkait dengan sistem pendidikan daripada pihak pusat.

Berhubung dengan geran geran komunal, yang diberikan kepada syarikat syarikat gergasi kepunyaan kroni kroni Musa Aman, dicadangkan akan dibatalkan dan diberikan kepada penduduk kampong yang berhak memilikinya, walaupun tanah tanah tersebut sudah diterokai atau pun belum.

 “ Kepimpinan Parti Warisan telah pun melantik barisan Peguam pada baru baru ini, dimana tujuannya untuk mengkaji sistem perundangan berhubungkait dengan tanah dan ternyata seseorang Ketua Menteri itu berhak dan mempunyai kuasa untuk membatal pemilikan tanah yang dipercayai pemilikannya secara salah,” katanya sambil berkata bahawa Warisan pasti menghapuskan GST setelah menerajui kerajaan kelak.

Dalam pada itu, ketika menyentuh pembangunan yang berlaku diTenom dan Kemabong Peter berkata, meskipun negara telah merdeka kira kira 53 tahun lalu, tidak banyak kemajuan yang telah dicapai, contohnya, perkhidmatan keritapi yang disifatkannya kerbau lagi laju jika dilepaskan berlumba dengan keritapi. Ends///...