Khamis, 22 September 2016

NGO MAMAGUN PERLU DISOKONG KERANA PERANANNYA BAIK, MP TENOM

Oleh: Mail Mathew 
 
AMT NGO MAMAGUN

TENOM: Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, kewujudan NGO Mamagun disifatkannya sebuah pertubuhan yang tidak membebankan masyarakat atau memberi masalah politik dan sosial, sebaliknya perlu diberi sokongan penuh kerajaan. 

Beliau berkata, NGO Mamagun seperti yang diketahui bahawa peranannya sejak ia ditubuhkan adalah untuk membantu rakyat akar umbi khususnya mereka yang berada diatas pagar supaya terus menyokong dasar dan program kerajaan.

Raime berkata, NGO Mamagun juga boleh memainkan peranan yang bukan sahaja isu politik dalaman tetapi juga untuk membantu membanteras ideologi sosial antarabangsa seperti fahaman “Lesbian” yang boleh merosakkan akhlak.

 “ Disebabkan ledakan maklumat yang dicetuskan oleh berbagai rangkaian teknologi, kita tidak dapat menahan kerana semuanya berada dihujung jari kita....tetapi segala maklumat yang diterima ia perlu ditapis dan diperbetulkan terlebih dahulu.

 “ Melalaui NGO Mamagun juga boleh menyampaikan sebarang maklumat kerajaan dengan tepat kepada rakyat akar umbi terutamanya dasar penurunan kuasa yang telah diumumkan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pada tahun lepas (2015),” katanya.

 Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Timbalan Ketua Umno Tenom memberitahu pemberita ketika menyambut kunjungan kehormat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Pertubuhan NGO Mamagun yang diketuai oleh Presidennya Rudy Sulaiman Mairi diPejabat Perhubungan Parlimen Tenom pada Khamis.

 Terdahulu, Presiden NGO Mamagun Rudy Sulaiman Mairi berkata, kunjungan kehormat seperti itu dilakukan kepada semua pemimpin Barisan Nasional (BN) terutamanya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dan juga Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

 Antara lain tujuannya, adalah untuk memberi taklimat berhubung peranan yang bakal dimainkan NGO itu bagi menyampaikan dasar dan program kerajaan dengan tepat kepada masyarakat akar umbi khususnya masyarakat “orang asal” atau “Mamagun”.

NGO Mamagun telah pun ditubuhkan lebih dua tahun lalu mempunyai keahlian setakat ini lebih 5,000 orang dimana kebanyakan tumpuan keahliannya dikawasan Pedalaman Sabah. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.MP TENOM 1- Raime sedang menerima cendera hati daripada Rudy Sulaiman Mairi. 2.MP TENOM 2- Kelihatan Raime ketika memberi taklimat kepada para AMT NGO Mamagun.