Jumaat, 20 April 2012

PENDUDUK RUNDUM BOSAN JANJI BN NAIKTARAF JALANRAYA

Oleh: Ambrose M. Matthew

KEMABONG: Penduduk Mukim Rundum menggesa kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) agar segera mengambil tindakan menyelenggara jalanraya dikawasan disitu dimana keadaan jalanraya rosak teruk dan terdapat beberapa tempat tanah runtuh akibat hujan turun dengan lebatnya beberapa hari lalu sejak April 13, 2012.


Ketua Cawangan UMNO Kg Angkarat Rundum John bin Korou 48, berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Jumaat dimana perhubungan jalanraya disitu hampir terputus beberapa hari jika tidak usaha lain penduduk dikawasan itu untuk memulihkannya sebagai langkah sementara.

Tegasnya, mereka terpaksa menjalankan kerja kerja gotong royong untuk membuang sisa sisa runtuhan seperti batu batan yang menghalang laluan kenderaan terutamanya jalanraya menghubungkan antara Kg Sumambu, Rundum dan seterusnya ke Tenom.

“ Kami tidak dapat berurusan dikawasan pekan untuk membeli belah selama beberapa hari kerana jalanraya tidak dapat dilalui kenderaan. Mujurlah ada inisiatif lain yang diketuai oleh Pengerusi JKKK Kg Sumambu Piturus Birau mengumpul orang orangnya dan mengadakan gotong royong membuang sisa sisa runtuhan supaya kenderaan boleh lalu disitu,” tegas John Korou.

“ Sebelum itu, ada juga penduduk yang tidak dapat bersabar untuk menunggu keadaan disitu dipulihkan dimana mereka terpaksa berjalan kaki 3 hari 3 malam untuk sampai ke pekan kecil Kemabong,” tambahnya lagi.

John berkata, beliau tidak dapat bayangkan kedaifan jalanraya disitu kepada umum yang mungkin keadaannya lebih serius daripada apa yang kita dapat lihat diiklan iklan television jenama serbuk kopi ‘Radix’yang memaparkan kehandalan pacuan empat roda mengharungi jalaraya yang terok sekali keadaannya.

“ Kami bukan menyalahkan wakil rakyat disini Datuk Rubin dan Datuk Raime malah kami juga faham mereka sudah berulang kali mengemukakan masalah ini kepada kerajaan tetapi tiada perhatian serius dilakukan....macam dulu juga,” tegas John.

Dalam pada itu, John turut meminta kerajaan agar serius menangani masalah rakyat khususnya infrastruktur jalanraya dikawasan luar bandar kerana penduduk dikawasan luar bandar terutamanya dikawasan Mukim Rundum sudah bosan dengan kelibat kerajaan yang sekadar mengangguk tetapi tidak berisi.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar JALANRAYA RUNDUM- Kelihatan kerja kerja gotong royong sedang dijalankan penduduk kampong membuang sisa sisa runtuhan sebagai langkah sementara.
2. Gambar JOHN B.KOROU – Ketua Cawangan UMNO Kg Angkarat Rundum.