Khamis, 21 Julai 2011

JKKK LARI, MASALAH RAKYAT TERABAI?


Oleh: MEDIA SAPP


TENOM: Penduduk Kg Kanar merasa kecewa dengan sikap dingin pihak tertentu khususnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) disitu yang tidak prihatin terhadap beberapa pembangunan yang bermasalah dan memerlukan tindakan segera.


Diantara masalah yang mendesak dan terabai sejak tahun lepas (2010) terutamanya masalah kalbot tersumbat dan hamparan kayu kayan buruk yang mengotori sungai sebagai punca air banjir cepat melimpah keluar dari sungai ketika banjir kilat baru baru ini.

“ Kami diperlakukan seperti bola, disepak kesana dan kesini apabila kami mengadu masalah tersebut. Pengerusi JKKK pula menghilang diri entah kemana perginya,” kata Jamikir Ibrahim 60, seorang pesara kerajaan yang kesal dengan perlikau pihak tertentu ketika ditemui pada Ahad.

“ Kami sudah bosan dengan kelibat mereka yang berdolak dalik,” katanya lagi yang kemudiannya mengambil keputusan mengadakan gotong royong untuk mejalankan pembersihan sungai yang dicemari sampah sarap serta kayu kayu buruk yang dihanyutkan banjir kilat baru baru ini menyebabkan kalbot tersumbat.

Pihak Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Melalap diketuai Rudy Sulaiman Mairi tidak ketinggalan turut membantu penduduk disitu menjalankan gotong royong tersebut.

Sebuah kenderaan pacuan empat roda telah digunakan untuk menarik batang batang kayu sebesar pemeluk lengan telah ditarik ke tepian sungai menggunakan “winch”.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar PEMUDA SAPP BANTU GOTONG ROYONG- Kelihatan salah satu daripada kalbot telah hampir siap kerja menarik keluar sampah sarap dan kayu kayan yang menyebabkan kalbot tersumbat.

UMNO-BN KERAJAAN MEMBAZIR, MEMBELAKANGI RAKYAT PERLU DITOLAH!


Oleh: MEDIA SAPP

KETUA DAERAH mengundi SAPP kawasan Rundum bagi DUN Kemabong Palipus Ampasu menegaskan bahawa masyarakat Murut khususnya dalam Mukim Rundum yang meliputi tiga perkampungan iaitu Kg Sumambu, Kg Kabintaluan dan Kg Katubu benar benar hilang kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap kerajaan BN.

Tegasnya,adalah kerana kerajaan BN yang ditunjangi UMNO dengan kejam sekali membelakangi hak masyarakat itu untuk mendapat agehan dengan seadil adilnya bekas tanah adat NCR yang dikeluarkan daripada kawasan Hutan Simpan dan diberikan kepada rakyat.

Sebaliknya, keputusan kerajaan sepertimana yang telah diumumkan Ketua Menteri Sabah sebelum ini mengenai bekas tanah NCR itu berbentuk “double standard” dimana pada mulanya mereka beranggapan bahawa ianya diberi secara telus dengan geran persendirian tetapi sebaliknya pemberian itu dibuat secara geran berkelompok iaitu “Geran Komunal”.

“ Alasan kerajaan bahawa geran komunal bertujuan menghalang pemilik menjual tanah mereka dengan sewenang wenangnya, tetapi itu tidak benar kerana kalau diberi geran persendirian pun kerajaan ada cara untuk menghalangnya kalau dicap tidak boleh dijual/diurus niaga,” tegasnya.

“ Kami sudah terhidu tujuan kerajaan bahawa bila diberi geran komunal sesiapa juga rakyat Sabah boleh disenaraikan sebagai peserta dalam geran itu sama ada dia warga Pakistan atau PATI asalkan dia ada Kad Pengenalan,” tambah Palipus lagi.

Palipus seterusnya berkata, kerajaan UMNO-BN perlu ditukar dalam PRU13 akan datang ini kerana selagi ianya terus menerus berkuasa diSabah selagi itu pelbagai masalah akan timbul termasuk pembangunan infrastruktur jalanraya yang kononnya jalanraya dari Kemabong ke Rundum sudah dinaik taraf dengan kos berjuta juta tetapi hasilnya seperti “Indah khabar dari rupa”.
“ Kita bukan berbohong atau sengaja melemparkan tuduhan palsu kepada kerajaan UMNO-BN tetapi sesiapa juga boleh datang dan lihat sendiri keadaannya, selepas itu boleh tanya penduduk kampong dari kawasan Rundum apa kata mereka,” jelas beliau.

“ Naik bukit pertama yang curam ini dari Kemabong ke Rundum sudah berapa kenderaan mengalami kemalangan dan ada yang terkorban gara gara jalanraya yang kononnya dinaiktaraf tetapi kualitinya ala kadar,” tambahnya lagi ketika berucap dimajlis perjumpaan pemimpin SAPP pada Ahad.

Palipus turut mempertikaikan perbelanjaan yang ditaburkan kerajaan semasa lawatan Perdana Menteri ke Kemabong baru baru ini yang berjumlah kira kira lebih RM2 juta yang sepatutnya sejumlah wang itu boleh menjana projek kecil kecilan yang rakyat pohon sebelum ini tetapi bertahun tahun menunggu tidak kesampaian.

“ Inilah kerajaan yang suka menonjol diri dengan berbelanja besar tetapi rakyat terus menderita tersepit dengan kemiskinan serta kemudahan infratruktur yang mundur dan daif,” katanya lagi.

Menurut Palipus, beliau bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat diKemabong bahawa mereka juga berpendirian yang sama dengannya agar kerajaan serta pemimpin UMNO-BN yang ada sekarang ini perlu ditumbangkan pada PRU13 ini.