Selasa, 14 Februari 2012

Kenapa BN tidak ambil tindakan tegas 2 Jurutera 'absent' mesyuarat,DAP Tenom


Oleh: Mail Mathew

TENOM: Penyelaras Democratic Action Party (DAP) kawasan Parlimen Tenom Adris Taripin (gambar), menggesa kerajaan khususnya ketua jabatan (Pengarah) pihak terbabit agar mengambil tindakan serius terhadap rungutan Adun Kemabong yang mendakwa dua Jurutera agensi kerajaan disini yang tidak menghadiri beberapa siri mesyuarat penting seperti yang dilaporkan baru baru ini.


Katanya, tindakan sedemikian bukan sahaja membantut kelancaran pengurusan kerajaan untuk memenuhi kepentingan rakyat bagi melaksanakan pembangunan disesuatu kawasan namun sikap sedemikian bertentangan dengan harapan rakyat yang mahukan jentera kerajaan yang lebih cekap dan efysien.

“ DAP kesal dengan sikap sedemikian kerana terlalu dimanja manjakan oleh kerajaan Barisan Nasional(BN) sebelum ini sehingga mereka tanpa segal silu mengabaikan tanggung jawab mereka kepada rakyat,” kata beliau ketika memberitahu media pada Selasa.

Kenyataan Aderis sebagai mengulas ekoran kenyataan Adun Kemabong Datuk Rubin Balang yang kesal dan kecewa diatas kegagalan dua Jurutera agensi kerajaan menghadirkan diri ketika mesyuarat khas Jawatankuasa Penyelarasan Projek Pembangunan Persekutuan dan Negeri yang dijalankan disini pada Isnin.

Difahamkan bahawa kedua dua Jurutera terbabit bukan sahaja tidak menghadiri mesyuarat itu tetapi juga lain lain mesyuarat terpenting terutamanya mesyuarat Tindakan daerah dimana mereka (Jurutera) didakwa hanya menghantar wakilnya sahaja.

Aderis berkata, adalah diandaikan bahawa ketidak hadiran jurutera itu besar kemungkinan beberapa permasalahan kedaifan jalanraya disini yang kini masih tergantung disebabkan ianya tidak dapat dibincangkan secara menyeluruh kerana mereka tidak hadir ke mesyuarat tersebut.

Menyedihkan lagi tegas Aderis, beliau difahamkan bahawa kedua dua mereka (Jurutera) tidak tinggal menetap didaerah disini malah prestasi kerja mereka sangat teruk dimana bilangan tidak hadir bertugas lebih kerap daripada hadir bekerja.

Dalam pada itu, Aderis menekankan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih tampuk kerajaan selepas Pilihanraya Umum kali ke-13, gejala seperti itu akan dibanteras kerana kerajaan PR lebih mengutamakan barisan pegawai yang rajin bekerja untuk rakyat dan bebas dari segala amalan rasuah.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar ADERIS TARIPIN