Khamis, 14 April 2016

LEBIH 100 PENDUDUK BANTAH PENCEROBOHAN TANAH ADAT NCR KG SOLOB SIPITANG

Oleh: Mail Mathew

 SIPITANG: Kira kira lebih seratus orang penduduk Kg Solob telah mengadakan sekatan jalan masuk ke kawasan tanah adat (NCR) melibatkan tiga perkampongan didalamnya, sama ada untuk menjalankan sebarang aktiviti pembalakkan atau membersih kawasan kerana mereka (penduduk) mendakwa kawasan tersebut masih dalam pertikaian tuntutan.

 Tiga perkampongan yang terlibat dan telah dikenal pasti sebagai kawasan tanah adat (NCR) antaranya Kg Ondop, Kg Pakoton dan Kg Pekiak yang mana menurut mereka, kawasan terbabit telah didudukki oleh mereka sejak tahun 1963 lagi.

 Menurut ketiga tiga jurucakap yang dilantik mereka (Padan Yuak, Ngilo Baru dan Yuak Talakos) bagi mewakili penduduk disitu ketika ditemui pada Khamis berkata,

“ Sebelum tindakan dilakukan, kami telah mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Pegawai Daerah
PADAN YUAK
Sipitang, Pegawai Perhutanan Sipitang sebelum membuat laporan polis pada 4.4.2016 kerana kami mahu hak kami didengari oleh pihak yang menceroboh kawasan NCR.

“ Kami melakukan tindakan seperti ini supaya pihak berkaitan khususnya Jabatan Perhutanan Sabah, Sabah Forest Industry Sdn Bhd dan kontraktor pembalakkan Syarikat Segalong datang bersemuka dengan kami untuk merundingkan perkara ini.

“ Kerana sebelum ini kami telah bosan dengan janji janji mereka untuk duduk berbincang sehinggalah menjangkau berpuluh tahun lamanya tetapi tidak pernah ditepati,” kata Padan Yuak 40, yang juga merupakan Pengerusi Badan Bertindak.

Selain itu, Padan menjelaskan bahawa berdasarkan surat daripada Juruukur Daerah Beaufort ruj:
NGILO BARU
LSB:4/8/17 Jld. 2(93) bertarikh 8 Januari 1994 dimana surat tersebut bertajuk “ Kawasan yang dikeluarkan dari SFI akan dijadikan kawasan perkampongan” menunjukkan perkampongan Solob dan sekitarnya yang tersenarai dalam bil.03 sebagai L30, L31,L33 dan L32 seluas 1120 hektar telah diluluskan untuk perkampongan, tegasnya.

Seorang lagi Jurucakap Ngilo bin Baru 83, mendakwa bahawa pewartaan Hutan Simpan dan SFI hanya wujud selepas tanah adat NCR wujud sekitar tahun 1930an dimana nenek moyangnya telah pun mendiami dikawasan Kg Ondop dalam lokasi peta L31.

Manakala Yuak bin Talakos 80, turut mengakui bahawa penghijrahan mereka ke Kg Solob selepas diarah oleh kerajaan supaya meninggalkan Kg Ondop buat seketika sehingga kawasan disitu telah selesai urusannya.

PETA LOKASI NCR KG SOLOB
“ Kami diarah membuat lorongan sempadan masing masing di Kg Ondop kononnya akan diukur untuk pemetaan tidak lama lagi...sebaliknya, selepas itu syarikat pembalakkan dan SFI pula ditempatkan dikawasan itu,” jelasnya sambil menyifatkannya suatu penipuan.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kg Solob Ansibul bin Anduus ketika ditanya berkata, beliau setuju dan menyokong tindakan Badan Bertindak dimana mereka (penduduk) mempunyai hak membuat tuntutan yang seharusnya didengari oleh pihak pihak berkaitan.

“ Ini bukan soal ambil kesempatan untuk mendapatkan kawasan pembalakkan, sedangkan kawasan itu sudah diterokai berulang kali oleh syarikat syarikat pembalakkan tanpa kawalan sebelum jalanraya antara Sipitang ke Tenom dibina,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

 Caption:- 1.IMG_7750- Para penunjuk perasaan lebih kurang lebih 100 orang membawa kain pemidang dan kertas kad manila dengan tulisan membawa mesej menghalang pencerobohan. 2.IMG_7746- Pengerusi Badan Bertindak dan Jurucakap Padan Yuak. 3.IMG_7744- Jurucakap Ngilo Baru 4.IMG_7745- Yuak Talakos Jurucakap. 5.IMG_7751- Laporan Polis pada 4.4.2016 6.IMG_7752- Lokasi NCR Kg Solob 1,120 hektar. 7.IMG_7753- Kg Solob senarai no.3 L30, L31, L33 dan L32. @ 1,120 hektar.