Jumaat, 22 Mei 2009

KEMELUT POLITIK PERAK; ZAMBRY MENANG DIMAHKAMAH, NIZAR MENANG DIHATI RAKYAT PERAK


Oleh: Mail Mathew

Blog: ambrosemail52.blogspot.com


WALAUPUN pihak Nizar masih ada ruang untuk merayu keputusan tersebut di Mahkamah Persekutuan, namun intipati keputusan itu kemungkinan senada dengan apa yang berlaku dengan keputusan di Mahkamah Rayuan hari ini (Jumaat) dimana ketiga tiga Hakim di Mahkamah Rayuan yang bersidang mencapai keputusan sebulat suara bahawa Dato’Seri Dr Zambry Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah.


Bagaimana pun, dipihak Nizar nampak gayanya masih menaruh harapan tinggi bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan kelak akan dapat mengubah keputusan itu dan memihak kepada beliau. Namun, apakah keputusan Mahkamah Persekutuan jika pun memihak kepada Nizar akan dapat memadamkan kemelut politik di Perak?


SEBALIKNYA keadaan di pihak Zambry belum tentu akan lelap mata untuk tidur semalaman kerana terfikir bahawa senario politik yang meletakkan beliau ke kerusi empuk MB bukan lah melalui pintu besar tetapi melalui pintu masuk sempit dari arah samping yang menjadi persoalan rakyat Perak kerana amalannya secara ‘luar biasa’.


KECUALILAH sekiranya Zambry bertindak berani dalam kedudukkan beliau sebagai MB yang sah sekarang, bertindak membubarkan DUN dan kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru, maka masalah Zambry sekiranya berjaya mempertahankan kerusi MB, sudah pastilah laluan kerajaan yang diterajuinya akan terus berjalan lancar, malah beliau akan dianggap sebagai ‘jaguh’ dalam politik Perak.


Meskipun pelayaran Zambry mengemudi ‘Bahtera kerajaan Perak’ yang berbaki empat tahun lagi untuk sampai ke PRU ke-13, namun sepanjang pelayarannya senantiasa mengharungi pelbagai cabaran yang boleh di ibaratkan pelayaran Zambry senantiasa berada diambang lautan yang bergelora.


Dalam ertikata lain, sepanjang pemerintahan UMNO/BN di Perak dibawah teraju Zambry yang hanya berbaki empat tahun lagi untuk sampai ke PRU kali ke-13, sudah pastilah tekanan politik daripada rakyat Perak yang masih belum berpuas hati akan sentiasa mengintai setiap detik kesilapan demi kesilapan kerajaan UMNO dan BN khususnya Dato’Seri Zambry selaku MB.


RAKYAT Perak yang cintakan DEMOKRASI dan KEADILAN sudah tentu akan tetap setia menanti PR untuk menebus kembali maruah mereka yang sudah tercalar selama ini, dimana empat tahun bukannya terlalu lama bagi mereka bertarung semula dimedan ‘peti undi’ untuk menentukan siapakah kerajaan yang berhak mendapat sokongan rakyat.


KESETIAAN rakyat terhadap perjuangan PR sudah terbukti ‘solidnya’ ketika PRK Parlimen Bukit Gantang di Perak, Parlimen Kuala Terengganu, dan DUN Bukit Selambau di Kedah bukan sahaja menang mudah menewaskan UMNO/BN tetapi dengan peningkatan majoriti undi.


Manakala di DUN Penanti di Pulau Pinang sudah pastilah PR akan berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah. UMNO/BN sejak awal awal lagi ‘angkat tangan surrender’ dengan kekuatan PR.


Terlalu banyak suara suara kedengaran disekeliling yang mengatakan bahawa biar pun dari aspek tuntutan perundangan diMahkamah hak Nizar dan PR dinafikan, namun karier politik pemimpin pemimpin PR terutamanya Nizar tetap segar dan mendapat sanjungan rakyat diseluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak.Ends//..