Jumaat, 25 Mei 2012

DATUK YONG TECK LEE RASMI PESTA KAAMATAN SAPP DITENOM PADA 27 MEI

Oleh: Ambrose M Matthew 

TENOM: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dijangka akan merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah anjuran SAPP bertempat di Kg Pulong kira kira 12 kilometer dekat sini ada 27 Mei 2012 bermula jam 12.30 petang. 

Demikian dinyatakan Pengerusi Penganjur yang juga merupakan Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah (gambar), ketika memberitahu media dalam satu kenyataan disini pada Jumaat. Pelbagai acara telah siap diatur seperti Unduk Ngadau, Sugandoi, Bolasepak, sukan tradisi, persembahan muzik tradisi, selain persembahan nyanyian oleh penyanyi penyanyi jemputan.

“ Kita juga menyediakan cabutan tiket bertuah dengan hadiah hadiah yang menarik. Orang ramai adalah dijemput tanpa mengira kesukuan atau anutan parti masing masing,” tegas Jimmy.

 “ Kita ketepikan soal kepartian buat seketika tetapi yang penting kita sama sama memeriah dan menghormati bulan kaamatan...datanglah beramai ramai untuk menyaksikan pesta tersebut....,” tambah beliau lagi.

Menurut Jimmy, sebenarnya acara acara lain terutamanya sukan tradisi akan bermula sejak 8.30 pagi lagi dimana sekeliling tapak perasmian terdapat beberapa gerai dan pondok telah didirikan untuk memberi peluang kepada para penjaja kecil/peniaga memasarkan produk produk mereka. Ends///..

Caption:- 1. Gambar JIMMY SAPP