Khamis, 19 April 2012

Abu Bakar kehilangan hak mengundi 2008 kerana kelalaian spr!

Oleh: Ambrose M. Matthew

TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin (gambar) menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) meletakkan semula nama Abu Bakar bin Djunus 80, dalam senarai pengundi yang tercicir sejak tahun 2008 kerana kononnya beliau telah “meninggal dunia” merupakan suatu penganiaan terhadapnya.


Beliau berkata, SPR perlu bertanggung jawab diatas perkara tersebut kerana bukan sahaja beliau kehilangan hak seorang pengundi mengikut Perlembagaan malah beliau diaibkan dengan mendakwa beliau telah meninggal dunia”.

“ Kita minta SPR menyemak semula senarai terkini pengundi dalam daftar SPR sebelum pilihanraya umum kali ke-13 kerana kemungkinan ada lain lain kes turut berlaku selepas atau sebelum kes ini,” kata beliau dalam satu kenyataan disini sebagai mengulas berikutan laporan seorang warga emas rakyat tempatan digugurkan dalam senarai daftar pengundi kerana dikatakan telah “meninggal dunia”.

Pada Khamis, dilaporkan seorang warga emas tempatan Abu Bakar bin Djunus Kad Pengenalan (KP) 321022-12-5013 tinggal menetap diKg Chinta Mata kira kira 5km dari pekan disini mengadu beliau tidak dapat mengundi pada pilihanraya umum kali ke-12 (tahun 2008) kerana namanya telah digugurkan dari senarai pengundi SPR kerana dikatakan telah “meninggal dunia”.

“ Agak bernasib baik kerana Abu Bakar masih mendapat sumbangan BR1M RM500...tetapi sekiranya KP dia pun kena batal dan mansuh, apa apa bantuan dan wang dia dalam akaun bank pun semuanya kena beku...sudah tentu ianya menyusahkan kepada beliau,” tegas Roger.

“ Kita bersimpati dengan nasib yang menimpa Abu Bakar semata mata kelalaian pihak lain khususnya SPR. Kita tidak pasti apa lagi masalah mereka (SPR) kerana kakitangan dan pegawai yang bertugas sudah tentu mencukupi untuk mengharungi tugas tugas itu...lagi pun semua system menggunakan IT...bukan seperti 20 tahun dahulu semuanya menggunakan secara manual,” tambah Roger.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap seterusnya berkatanya, pihak SPR perlu berhati hati selain melakukan penelitian terhadap senarai pemilih yang berdaftar sebelum PRU13 untuk mempastikan senarai itu bebas daripada masalah keraguan rakyat seperti nama bertindih, pemilih yang telah meninggal dunia tetapi masih kekal dalam senarai dan pemilih yang tidak dikenali.

“ Bukti permasalahan senarai pengundi sudah terungkai seperti apa yang berlaku dengan kes Abu Bakar yang perlu dijadikan iktibar SPR...dan kemungkinan ada lain lain kes lagi seperti orang yang sudah mati berpuluh tahun lalu tetapi masih ada dalam senarai pengundi dan kebanyakkan pernah berlaku KP digunakan oleh orang lain manakala pemilik asalnya tidak dapat membuang undi,” tegasnya.
Ends////..

Caption:-

1. Gambar ROGER STIMIN

BN SEMBUNYIKAN KELEMAHAN TAKUT DIKETAHUI RAKYAT?

Oleh: Ambrose M. Matthew

KEMABONG: Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Parlimen Tenom Sylvester Mutang Dawat (gambar), menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) diSabah lemah tetapi cuba disembunyikan pucuk pimpinannya dari diketahui rakyat.


Beliau berkata, sesungguhnya kelemahan mereka sudah disedari rakyat sebelum ini tetapi para pemimpinnya khususnya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman cekap menyembunyikannya daripada ia dapat dihidu rakyat.

Namun pada hakikatnya tegas Mutang, rakyat tiada pilihan lain selain mengajak rakyat untuk menukarkan kerajaan yang sedia ada pada pilihanraya umum kali ke-13 kepada suatu kerajaan yang mesra rakyat dan benar benar prihatin kepada masalah rakyat seperti yang diperjuangkan oleh Parti Kita.

“ Fakta ini dapat dibuktikan dimana beberapa wakil rakyatnya seperti Adun Kemabong, Adun Pantai Manis dan MP Papar tanpa segan silu merongkai kepincangan pembangunan dikawasan masing masing sejak kebelakangan ini,” kata Mutang dalam satu kenyataan disini selepas mesyuarat Penyelaras Parlimen Parti Kita dikediaman beliau diKg Baru Jumpa pada Khamis.

Tegasnya, beliau menyokong kenyataan Adun Kemabong Datuk Rubin Balang baru baru ini bahawa berbagai usaha telah dilakukan Rubin sebelum ini supaya kerajaan bertindak serius menangani masalah kedaifan jalanraya tetapi sebaliknya kerajaan tidak berbuat apa apa.

Tambahnya, berdasarkan usaha Rubin itu yang tidak mendapat sokongan atasan boleh disifatkan bahawa kerajaan BN telah gagal memenuhi aspirasi rakyat yang terkandung dalam slogan mereka “ Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

Selain itu, Mutang turut mempersoalkan kelembapan penyiapan projek menaiktaraf landasan keritapi antara Tenom ke Tanjung Aru sepertimana yang dibangkitkan oleh Adun Pantai Manis Datuk Rahim Ismail semasa persidangan DUN Sabah baru baru ini.

Projek tersebut yang memakan perbelanjaan sejumlah RM400 juta dalam dua fasa yang dikendalikan dua syarikat iaitu Suria Capital Sdn Bhd bagi fasa pertama manakala Syarikat yang berpengkalan di Semenanjong Hikmat Sdn Bhd bagi fasa kedua untuk landasan dari Beaufort ke Tenom yang sepatutnya perlu disiapkan dalam tempoh 30 bulan tetapi sehingga hampir lima tahun kerja kerja tersebut belum siap, tegas Mutang.

Dalam pada itu, Mutang sependapat dengan Adun Pantai Manis Datuk Rahim Ismail bahawa tidak ada gunanya kerajaan membina sebuah pusat Pentadbiran yang baru berharga RM300 juta sedangkan rakyat terus hidup dalam penuh penderitaan.

“ Sepertimana yang berlaku dengan keluarga Andreas Pikan diKg Pangi yang terpaksa membawa anaknya yang sakit kronik (asthma) ke hospital Tenom menggunakan troli buatan sendiri sekitar bulan Febuari 2012 kerana ketiadaan Klinik Kesihatan diPangi...anehnya rakyat asing pula berhutang dengan hospital hospital awam sebanyak RM21 juta seperti yang dirongkai MP Papar yang juga Timbalan Menteri Kesihatan baru baru ini,” kata Mutang.

Mutang berkata, kerajaan perlu berhati hati ketika membelanjakan wang rakyat daripada tabung dana kerajaan kerana jika tersasar daripada matlamatnya sudah pasti ada kelompok kelompok rakyat disesuatu kawasan akan tercicir daripada mendapat agehan pembangunan terutama sekali dikawasan yang mendesak khususnya dikawasan luar bandar.
Ends////..

Caption:-

1. Gambar MUTANG DAWAT 1