Sabtu, 13 Ogos 2016

ZAHARI MENANG SATU UNDI KALAHKAN TAN SRI WENCES JAWATAN PENGERUSI PPK KUALA PENYU

Oleh: Mail Mathew

PPK KUALA PENYU 2016-2018
KUALA PENYU: Bekas Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Wences Anggang tewas dalam cubaannya untuk merebut jawatan  Pengerusi Ahli Pengarah Jemaah Pertubuhan Peladang  Kawasan(PPK) Kuala Penyu daripada penyandangnya Haji Zahari Zinin.

Zahari yang juga bekas Bendahari Umno bahagian Beaufort yang menyandang jawatan tersebut selama 13 tahun  sejak tahun 2001 berjaya  mengekalkan jawatan tersebut dengan kelebihan 1 undi.

Pemilihan Pengerusi  Ahli Ahli Jemaah  Pertubuhan  Peladang Kuala Penyu sesi tahun 2016 – 2018 diadakan di pejabat Pertubuhan Peladang Kuala Penyu pagi pada Khamis.

 Bagaimana pun, ketika pemilihan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) seramai 10 orang, Tan Sri Wences Anggang merupakan antara yang terpilih disamping lain lain pemenang seperti, Haji Talip Mijin,Kassim Kati, Yusof Imbang,Jaidi Tiasin, Rauf Matri, Dayang Juridah Kati, Jokylen Jospeh, Faisal Helmie Awang dan Rony Apin.

Ketika ditemui selepas pemilihan tersebut Zahari turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan para AJP yang memilih beliau untuk terus menerajui kepimpinan PPK Kuala Penyu.

Katanya, kepercayaan yang diberikan merupakan amanah serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi memperkasakan peranan serta tanggungjawab PPK Kuala Penyu khususnya kepada ahli-ahli PPK di kawasan tersebut.

 “ Kepercayaan ini merupakan amanah serta tanggungjawab yang perlu digalas secara kolektif bukan kerana kedudukan atau pangkat, tapi agenda kita sebenaranya ialah bagaimana untuk meningkatkan taraf siso ekonomi ahli-ahli PPK di kawasan ini” katanya

Dalam perkembangan yang sama Zahari berkata, kempen penambahan  keahlian PPK akan terus dilaksanakan pada tahun ini dengan mensasarkan  seramai 2,000  ahli dimana ketika ini PPK Kuala Penyu sudah mempunyai ahli seramai 1,400 orang.

“ Selain kempen penambahan ahli, kita juga akan mempertingkan penyertaan ahli-ahli PPK dalam pelabagai bidang pertanian, antaranya projek komersial tananaman sawit, lada sula, pisang Sabah dan Kelapa Padan yang boleh menyumbangkan kepada peningkatan taraf sisoekonomi ahli ahli PPK, ” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

 Caption:- 1. PPK KUALA PENYU- Zahari (Tiga dari kanan) bersama AJP PPK Kuala Penyu yang baru dipilih.

BANGUNAN BAHARU SM CHUNG HWA BERHARGA RM3.7 JUTA BAKAL DIRASMIKAN DATUK TEO CHEE KANG

Oleh: Mail Mathew 

SM CHUNG HWA
TENOM: Dua buah blok bangunan baru SM Chung Hwa berharga kira kira RM3.7 juta telah siap sepenuhnya dan bakal dirasmikan oleh Menteri Tugas Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang pada Ogos 26, 2016. 

Bangunan tersebut yang mendapat peruntukan daripada kerajaan Persekutuan (ketika itu Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyddin Yassin) dan sebahagian daripadanya dibiayai oleh kerajaan negeri, kata Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (PLPA) Ng Tet Hau ketika memberitahu pemberita pada Sabtu.

Kerja kerja pembinaan bangunan dua blok itu telah bermula pada Febuari, 2015, iaitu sebaik sahaja
NG TET HAU
dokumen arahan kerja dan perlantikkan kontraktor telah selesai dilaksanakan.

Bagaimana pun kata Ng, kos pembinaannya masih memerlukan suntikan peruntukkan tambahan sebanyak kira kira RM800 ribu untuk menyiapkan kerja kerja lanskap dan melengkapkan kemudahan tambahan peralatan pejabat guru guru. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.Gambar BLOK BARU- Salah satu daripada dua blok baharu 4 tingkat SM Chung Hwa telah siap dibina.