Khamis, 15 September 2016

MAJLIS DUA DALAM SATU ANJURAN 3 JKDB AKAN DIRASMIKAN RADIN

Oleh: Mail Mathew 
 
TIGA ZON JKDB SERAH JEMPUTAN KEPADA RADIN

TENOM: Tiga zon Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) iaitu zon Pekan Tenom, zon Tenom Lama dan zon Tenom Barat bergabung tenaga mengadakan majlis malam Sambutan Perayaan kuih bulan tahun 2016. 

 Majlis sambutan tersebut dijangka akan dirasmikan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Adun Melalap Datuk Radin Malleh bertempat di Dewan Chung Hwa dekat sini pada 19 September 2016 jam 6:30 petang, kata Pengerusi Penganjurnya Chong Neng Choon ketika memberitahu pemberita pada Khamis.

 Selain itu, beberapa orang kenamaan turut dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut antaranya, Adun Kemabong Datuk Rubin Balang, MP Tenom Datuk Raime Unggi, Senator Datuk Dr Lucas Umbul, DO Tenom Madiyem Layappan, OCPD Tenom DSP Firdaus Francis, Pengerusi Tenom Chinese Chamber Ng Giok Siong dan para Kapitan Cina.

Menurut Chong, majlis tersebut juga sebagai meraihkan perlantikkan tiga JKDB baharu antaranya Steven Chung (Pekan Tenom), Chong Neng Choon (Tenom Lama) dan Voo Lee Leong (Tenom Barat), yang mengambil alih tampuk kepimpinan lama yang telah tamat tempoh masing masing.

Seorang daripada JKDB yang baharu dilantik bagi zon pekan yang juga merupakan Ketua Pemuda LDP Melalap Steven Chung berkata, beliau sudah merangka beberapa perancangan untuk melakukan penambahbaikan dikawasan pekan terutamanya dari segi kebersihan keseluruhannya, katanya.

Selain itu, berbagai acara menarik dijangka akan mewarnai majlis itu seperti cabutan tikit bertuah, pertandingan tanglung (lantern), dan nyanyian serta tarian kebudayaan masyarakat Cina. Orang ramai adalah dijemput hadir dimana kehadiran adalah percuma. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.MOON CAKE 1- Banner jemputan majlis Kuih Bulan dan meraihkan perlantikkan JKDB. 2.MOON CAKE 2- Steven Chung menyerahkan surat jemputan rasmi kepada Datuk Radin.