Rabu, 17 Ogos 2016

BENARKAH PEMBANGKANG MAMPU TUMPASKAN BN/UMNO DISABAH PADA PRU14?

Oleh: ULU PADAS 

RUBIN DAN ANNUAR (TENGAH)
 KEGHAIRAHAN pembangkang untuk menanti nantikan PRU14 diadakan sudah tentu semakin berkobar kobar disanubari mereka, yang mana seboleh bolehnya PRU14 diadakan esok atau lusa, supaya penantian mereka sebelum ini akan mendapat titik nokhtahnya.

Malahan, sudah ada yang pandai pandai meramalkan kononnya BN terutamanya UMNO akan mengalami suatu kejutan kuasa politik yang amat dasyat bagaikan tsunami, dimana akan ramai calon calon BN/UMNO akan kehilangan kerusi masing masing dan jatuh ke tangan pembangkang.

Apakah andaian atau ramalan itu benar? Atau mungkin terlalu banyak minum kopi o kaw kaw sehingga mereka lupa bahawa kebanyakan kawasan yang goyah dan berada diparas 50-50 hanya berlaku diPantai
Timor dan bukan diPantai Barat atau Pedalaman.

 Kekadang kita setuju andaian orang lain bahawa tabiat suka berangan angan seperti cerita lawak Mat Jenin, apa tah lagi jika dibayangi mimpi disiang hari...apa juga diangan angankan atau dicita citakannya hanya AUTA!

DiPedalaman khususnya diTenom misalnya, kekuatan BN dan UMNO masih teguh masih seperti dulu, malah tidak sedikit pun ada kelihatan
tanda tanda kekuatan parti kerajaan terutamanya UMNO lemah atau sudah tidak ada sambutan ahli ahlinya.

Buktinya, ketika Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri yang dirasmikan Ketua Penerangan UMNO Pusat yang juga Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa, kehadiran perwakilan sama seperti dahulu juga...termasuklah semangat juang perwakilan sedikit pun tidak kecut bila disebut ada usaha pihak lain meniru semangat “Bersatu” untuk meraih sokongan.

Selepas masyarakat pelbagai kaum berduyun duyun menyambut kedatangan seorang pemimpin yang banyak berangan angan mahu menjadi “Orang Besar” diPaal Batu 10, kononnya dibanjiri pengunjung lebih 10,000 orang, malangnya selepas itu hingga ke hari ini bayang bayangnya tidak kelihatan.

Apa masalahnya?...parti yang dijanjikan tak lulus ke? Atau semangat pudar dan sejuk kembali? Inilah antara perkara yang menjadi persoalan setiap individu pada ketika ini...main kaitu lango?

 Slogan SABAH FOR SABAHAN yang dicanangkan pembangkang ketika ini, bukanlah membawa sejuta idea kebaikkan untuk perubahan, adalah kerana ia amat bertentangan dengan dasar untuk mengintergrasikan wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjong dalam konteks pembangunan nasional.

Jika slogan SABAH FOR SABAHAN diteruskan juga, ini bermakna pencapaian kita dalam pembentukkan Malaysia lebih 50 tahun lalu akan mundur ke belakang....orang lain melangkah kehadapan untuk memburu kemajuan tetapi slogan itu lebih bermaksud “langkah ketidak tentuan” membawa seribu kecelaruan.

Banyak contoh terbaik, apabila Adun Kemabong Datuk Rubin Balang mengambil keputusan meninggalkan PBS sekitar tahun 1994 dan menyertai UMNO/BN jelas sekali tindakannya tepat kerana dalam setahun jagong beliau berada dalam kerajaan BN telah banyak pembangunan diusahakannya antaranya pengwujudan Daerah Kecil Kemabong, bangunan Pejabat Daerah Kecil Kemabong.

Selain itu, untuk pembangunan ekonomi rakyat, MESEJ Agropolitan telah dibangunkan diRundum, bekalan elektrik luar bandar (BELB), Bekalan air bersih dan lingkaran jalanraya beraspal telah dilaksanakan.

Kini Rubin telah memasukki penggal ke-5 mewakili Dun Kemabong, tidak pernah kerusinya tergugat oleh pihak lawan, kerana prestasi Rubin selama menjadi wakil rakyat amat cemerlang dalam membangunkan kawasannya.

Sungguhpun begitu, masih ada segelintir yang cuba meracuni pemikiran rakyat kononnya Rubin ibarat “katak melompat” daripada PBS, tetapi rakyat bukan bodoh untuk menilai tuduhan itu semua kerana Rubin merasakan tidak dapat berkhidmat dengan baik kepada rakyat selagi dalaman PBS pada ketika itu masih terus bergelora, ibarat retak menanti belah.

Bagaimana pun, segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya semuanya  tidak berasas apabila Rubin telah menang dalam pilihanraya berikutnya sehinggalah ke penggal ke-5. Ia merupakan suatu 'endorsement' daripada rakyat bahawa tindakan Rubin berpindah parti adalah tepat sekali.