Ahad, 7 Jun 2009

LUBANG BATU PINUTUL..Gua Lagenda?


SLUG:MM/DE/TNM/RNCNA/TUNNEL/JUN7/1200HRS/09 P:5


Oleh: Mail Mathew


TENOM: Lubang Batu Pinutul (tunnel) kira kira satu kilometer dari pekan disini terletak diantara perjalanan menuju ke Pangi dan seterusnya ke Beaufort melalui jalan landasan keritapi, tiada sesiapa yang menyangka bahawa terowong atau lebih dikenali ‘lubang batu’ itu telah menyimpan sejarah silam yang agak menarik dan menyeramkan apabila dirongkai cerita disebalik tabir kisah duka terowong itu.


Terowong tersebut bukan sahaja dijadikan tempat perlindungan ‘orang kampong’ dari cengkaman bom tidak bermata ketika peperangan Jepun dan British meletus sekitar tahun 40an, tetapi juga ia merupakan rumah persinggahan penduduk penduduk kampong yang berulang alik mencari binatang buruan dikawasan banjaran crocker antara Pangi dan Rayoh.


Seorang warga emas Kunjin bin Basanon 80 yang berasal dikawasan itu menceritakan kepada wartawan Harian Ekspress asal usul Terowong yang disebut oleh penduduk tempatan sebagai ‘lubang batu pinutul’ sekali gus menepis pelbagai cerita dongeng yang mengatakan terowong itu mempunyai ‘penunggu’ atau ‘hantu gua’ kononnya akan mengganggu kehadiran sesiapa sahaja pengunjung jika tujuannya jahat.


Menurut Kunjin, terowong itu telah dibina oleh kerajaan North Borneo British Chatered Company sekitar tahun 1880an sebagai laluan landasan keritapi dari Tenom ke Beaufort, dimana pengangkutan keritapi merupakan satu satunya jalan utama untuk menjejaki Tenom daripada Kota Kinabalu (ketika itu Jesselton) melalui Beaufort.


“ Pembinaan terowong itu bukannya mudah malahan banyak yang terkorban kerana kesengsaraan tenaga kerja, dimana semua kerja kerja menggunakan tenaga manusia seratus peratus …bukan macam sekarang banyak mesin dan teknologi moden…tetapi saya pun hanya menurut apa yang diceritakan oleh bapa saya,” jelas Kunjin.


“ Sebenarnya terowong itu tiada hantu…tetapi disebabkan jaraknya panjang dan angin melintas dari arah luar, ditambah pula bunyi bising burung burung kelawar tinggal disitu…maka macam macam bunyilah kedengaran…jadi kalau orang itu memang penakut maka dia sangka ada hantu penunggu,” kata beliau lagi.


Kunjin mengakui bahawa sekitar tahun 70an kawasan disitu masih hutan tebal dimana kebun kebun milik persendirian yang ada disepanjang perjalanan ke Pangi belum diterokai pada ketika itu, namun keadaan telah berubah dengan pesatnya sekitar tahun 80an setelah stesen penjanaan Haidro elektrik Pangi di Batu 83 dibina disitu.


“ Selepas tahun 1982 keadaan disini sudah banyak perubahan…dimana jadual perkhidmatan keritapi pun telah ditambah kekerapannya daripada satu kali sehari kepada 4 kali sehari….tetapi sekarang ini tahun 2008 kami tidak kisah lagi soal perkhidmatan keritapi kerana kami ada troli buatan sendiri…kami boleh berulang alik ke pekan boleh dikatakan setiap masa,” tambah Kunjin lagi.


“ Dulu…seminggu sekali ada pelancong asing ke Pangi…tetapi sekarang boleh dikatakan setiap hari pelancong datang dengan menaiki troli buatan sendiri,” katanya lagi.Ends//..