Rabu, 30 November 2016

SERAMAI 3,000 ORANG AHLI UMNO ISTIHAR KELUAR PARTI SERTAI WARISAN

OLEH: JALIN LUIN 
 
AHLI UMNO KELUAR PARTI DAN SERTAI WARISAN

SEAKAN AKAN tidak percaya dengan kelibat sambutan Parti WARISAN pimpinan Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal, dimana walaupun parti yang ditubuhkannya itu dalam usia beberapa bulan namun sambutannya tetap rancak. 

Apa tidaknya, semalam ada dua episod berlaku yang mencatat sejarah baru politik Sabah, dimana kehadiran mengejutkan daripada tiga kawasan iaitu Kunak, Lahad Datu dan Tungku dianggarkan kira kira 3,000 orang mengistiharkan keluar UMNO dan menyertai Parti Warisan.

 Ini merupakan satu mimpi ngeri untuk UMNO tapi mimpi yang indah untuk Warisan. Kejadian tersebut bukan rekaan semata mata atau cerita disimpang jalan, tetapi adalah perkara yang nyata kerana mereka sendiri datang ke kediaman rasmi Presiden diSemporna menyerahkan borang borang keahlian.

Apdal alu alukan kedatangan mereka
Senario yang tidak diduga sama sekali berlaku ketika Datuk Shafie Apdal sedang rancak menyampaikan sedikit amanat pada para penyokongnya yang hadir di kediaman beliau di daerah Semporna pada sekitar jam 9.35 p.m.

Justeru, jika dicampur dengan kemasukan dari Silam, Lahad Datu seperti keterangan diatas, maka jumlah keseluruhannya adalah dalam lingkungan 6000 orang. Itu belum masuk isteri dan anak anak mereka.

Hakikatnya majoriti masyarakat Sabah sudah ada kesedaran walaupun selepas berdekad mendokong UMNO. Rupanya hanya Warisan yang mampu membela nasib mereka ini kerana Warisan dipimpin oleh Datuk Shafie Apdal yang mereka kenali cukup budiman dan memahami aspirasi masyarakat Sabah.  #politikbolos #sabahubah

Selasa, 29 November 2016

PARTI WARISAN MERAIH SOKONGAN LEBIH 10 RIBU DISANDAKAN

OLEH: JALIN LUIN 
 
RUANG DEWAN PENUH SESAK TIDAK TERMASUK DILUAR DEWAN

KEHADIRAN seramai lebih empat ribu orang membanjiri Dewan Hakka Batu 6, Sandakan untuk mendengar amanat Presiden Parti WARISAN Datuk Seri Shafie Apdal dalam siri jelajah ceramah WARISAN cukup untuk menyakinkan kerajaan BN yang ditunjangi UMNO besar kemungkinan akan tumbang pada PRU14. 

Dalam dewan yang sesak dan berhimpit himpit manakala diluar dewan juga masih ramai mendengar amanat Datuk Seri Apdal, tidak sedikit pun melemahkan semangat mereka untuk terus mengikuti ucapan Shafie yang begitu panas dan mempunyai fakta fakta yang jelas dan tepat.

APDAL DITEMURAMAH
Menurut Shafie, borang borang kemasukkan ahli ke dalam Parti Warisan kini mencecah 12,800 ahli namun sasaran yang bakal dituju sehingga 200,000 keahlian, tetapi Insyallah jika parti itu akan dapat mencapai 50% daripada sasaran sebelum PRU14, katanya.

Beliau yang juga merupakan Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Persekutuan, dan Ahli Parlimen Semporna berkata, Parti Warisan bukan untuk Bajau, Idaan, Kadazandusun, Murut dan Cina tetapi ianya dimiliki oleh semua lapisan rakyat diSabah.

“ Kehadiran parti ini bukan tujuannya untuk menghuru harakan kita, tetapi kita mahu memperjuangkan hak rakyat Sabah yang telah ditindas...sebaliknya kita mahu kerajaan bersikap adil dalam pengagihan kekayaan dan pembangunan untuk rakyat,” katanya sambil menegaskan bahawa slogan parti “ Ubah Sabah” menunjukkan ia lebih fokus kepada hasrat untuk perubahan.

Shafie turut mengajak rakyat Sabah tanpa mengira keturunan dan agama, supaya terus menyokong dan menyertai perjuangan Parti Warisan untuk menumbangkan UMNO/BN dalam PRU14...tanpa sokongan rakyat jelata sudah tentu objektif dan matlamat parti tidak akan kesempaian, katanya.

DISEMPORNA
“ Saf kepimpinan Parti Warisan terdiri daripada golongan muda, cendikiawan dan Profesional manakala golongan orang lama juga turut bersama untuk memantapkan perjuangan parti Warisan. Oleh itu, dari segi moral perjuangan Parti Warisan adalah lebih baik dan demokratik berbanding UMNO,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh.

Dalam pada itu diSemporna, Semalam kan ada dua kejadian, selepas ini akan tercatat sebagai sejarah politik Sabah. Mimpi ngeri untuk UMNO tapi mimpi yang indah untuk Warisan.

Sedang Datuk Shafie Apdal rancak menyampaikan sedikit amanat pada para penyokongnya yang hadir di kediaman Datuk Shafie Apdal di daerah Semporna pada sekitar jam 9.35pm Ada tiga orang individu yang mewakili dua kumpulan, datang dari Silam, Lahad Datu, semata-mata untuk menyampaikan borang keahlian Warisan mereka sekaligus mengumumkan meninggalkan UMNO.

Satu kumpulan menyerahkan borang keahlian dan yang satu lagi menyampaikan borang keahlian dan mengumumkan keluar daripada UMNO. Walaupun sebelum ini, mereka diugut dimana kedudukan mereka di dalam UMNO akan dilucutkan.

Untuk makluman pada hari yang sama, sekumpulan ahli UMNO dari Kunak dan Tungku, Lahad Datu juga telah menyampaikan borang keahlian sekaligus mengumumkan keluar daripada UMNO. Jumlah mereka adalah dalam tiga ribu ahli atau orang.

 Dicampur dengan kemasukan dari Silam, Lahad seperti keterangan diatas, maka jumlah keseluruhannya adalah dalam lingkungan 6000 orang. Itu belum masuk isteri dan anak anak mereka tau. ;) #politikbolos #sabahubah

Ahad, 27 November 2016

ANAK MENTERI UMNO SERANG KHALID SAMAD..."Politik sial"

By: Jalin Luin 


PENYOKONG Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak berlagak samseng di lobi Parlimen. Menurut satu portal, sekumpulan lelaki yang terdiri daripada penyokong dan anak Datuk Tajuddin sendiri telah menyerang MP Khalid Samad di hadapan bangunan Parlimen. 

Berlaku ancaman nasib baiklah pengawal keselamatan bertindak cekap. Sedangkan kalau kita ikuti rakaman dialog diantara Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Khalid Samad jelas menunjukkan Datuk Tajuddin lah yang memulakan pergaduhan, apabila memanggil MP Seputeh Teresa Kok dengan berkata beliau satu-satunya wanita yang “mempunyai Kok”.

 "Cock"dalam bahasa English bermaksud zakar. Khalid Samad yang mewakili Amanah bangkit mengutuk perbuatan itu sebagai tidak beradab sambil berulang kali memanggilnya “sial”.

Ini Menteri dan penyokong UMNO, semakin hari semakin tidak waras dan macam orang yang tidak bertamadun. Kenapa ya? Sistem sudah digenggam kuat. Bayangkan kawasan Parlimen boleh diceroboh.

Cuba yang buat tu, orang kebanyakan atau penyokong pembangkang. Silap silap, esok sudah masuk mahkamah. Tapi tidak apa, dek kerana itu, rasa hormat admin pada golongan kebanyakan dan terpinggir semakin tinggi. Beranilah membuat perubahan sebelum di pijak oleh spesis tolol yang semakin ramai. #politikbolos 

Sabtu, 26 November 2016

PAKAT LEGA BILA KM SABAH TEGAKKAN PENDIRIAN JANJI BERI NCR

Oleh: Mail Mathew 

RAINUS
KEMABONG: Pengerusi Perkampongan Pangulobon, Abingkoi, Kolorok dan Ahuron (PAKAT) Rainus Sagulau (gambar), menyambut baik pendirian kerajaan sebelum ini untuk memberikan tanah kepada penduduk yang tidak memiliki tanah untuk meningkatkan sosio ekonomi masing masing.

 Pendirian tersebut dinyatakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman ketika persidangan Dewan Undang Negeri Sabah baru baru ini, dimana pendirian itu satu usaha mendekatkan masyarakat orang asal ke lembah perubahan sepertimana digariskan dalam TN2050.

“ Kami bersyukur dan berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah kerana masih terus berpegang teguh kepada janji janjinya sebelum ini....manakala penduduk kampong tetap sabar menanti janji itu menjadi kenyataan.

“ Walaupun kami menerima cacian malah ada yang melabelkan kami sekadar mengambil kesempatan namun kesabaran dan percaya kepada kejujuran menyebabkan kami tetap sabar dan setia menunggu,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Sabtu.

Walau bagaimana pun, Rainus turut terkilan dakwaan Ketua Menteri Sabah kononnya ada sesetengah daripada pemohon tanah bukan niat jujur dan ikhlas, sebaliknya kumpulan ini sekadar orang tengah yang diperalatkan pihak ketiga, adalah kurang tepat.

 Tambahnya, adalah kerana semasa proses permohonan dilakukan hanya pemohon tulen akan diterima selepas menyemak data data peribadi pemohon termasuk pengesahan daripada Ketua Kampong bahawa pemohon berkenaan merupakan anak jati dikawasan terbabit, katanya.

“ Sekarang ini sistem pemberian geran komunal untuk pemilik pemilik tanah...tidak mungkin ada kesempatan bagi mereka yang tidak jujur menyelinap masuk ambil kesempatan untuk mengambil alih pengurusan tanah seseorang itu dan menjualnya kepada orang lain,” jelas Rainus.

Menurut Rainus, penduduk dalam kawasan perkampongan keluarga PAKAT telah mengemukakan permohonan sejak tahun 2008 untuk mendapatkan hak tanah adat NCR dikawasan itu seluas 7,300 hektar untuk tujuan tanaman pertanian dan perkampongan.

Tambahnya, mereka perlu melihat jauh kehadapan untuk menentukan masa depan generasi mereka yang kini semakin bertambah tetapi tidak mempunyai sebidang tanah untuk diterokai bagi menjana pendapatan mereka.

Beliau bersetuju dengan pandangan Adun Kemabong Datuk Rubin Balang suatu ketika dahulu bahawa tanah merupakan aset/harta yang paling berharga dalam sesebuah keluarga. Malangnya tanah tanah yang baik dan subur yang dianggarkan lebih kurang 11 ribu hektar telah dimiliki GLC manakala hutan hutan kebanyakannya telah diwartakan sebagai tanah Hutan Simpan sejak tahun 1930an.

Rabu, 23 November 2016

20 MP MENUNTUT KEADILAN DIBUKIT AMAN

OLEH: ULUPADAS


Ahli Parlimen pembangkang terus bangkit menolak kezaliman yang diamalkan oleh kerajaan dalam usaha mempertahankan UMNO sebagai parti pemerintah. 

Hari ni seramai 20 orang pemimpin pembangkang yang diketuai oleh Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Wan Aziza mengemukakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Ketua Polis Negara.

Mereka berjalan sejauh 1 KM menuju ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Sambil membawa playkad yang tertulis pertahan hak ahli Parlimen dan beberapa lagi. Mereka termasuklah mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal mantan Menteri KKLW dan DAP, Lim Kit Siang serta Ahli Parlimen PAS dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Mereka menggesa perlindungan keatas hak ahli Parlimen dan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Supaya dipatuhi.

Sejak akhir akhir ini pihak Polis menggunakan akta SOSMA untuk menahan individu individu yang menuntut keadilan dari konteks politik. Sedangkan tujuan akta ini adalah untuk menahan individu yang terlibat dengan aktiviti pengganas.

Secara langsung tunjuk perasaan ini juga menuntut agar Maria Chin Abdullah dibebaskan dari penjara sekaligus dari tuduhan akta SOSMA. Begitu juga tuntutan keadilan keatas Rafizi Ramli yang dipenjarakan selama 18 bulan selepas mendedahkan satu dokumen pengauditan 1MDB yang didakwa dilindungi dibawah akta rahsia rasmi.

Walhal dokumen itu menunjukkan adanya aktiviti penyelewengan yang melibatkan wang rakyat. Apa lagi Rafizi Ramli adalah seorang ahli Parlimen Pandan. Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai ahli Parlimen telah disoal siasat oleh pihak Polis selepas berhujah berhubung 1MDB di dewan Parlimen.

Sedangkan ahli parlimen seperti mereka ada kekebalan dari konteks undang undang. Semoga kesungguhan pemimpin pemimpin pembangkang ini dapat membuka mata pihak yang berwajib dan dapat membezakan kedudukan antara parti politik dan Kerajaan atau negara yang mesti diutamakan.
#politikbolos#

20 MP MENUNTUT KEADILAN DIBUKIT AMAN

OLEH: ULUPADAS


Ahli Parlimen pembangkang terus bangkit menolak kezaliman yang diamalkan oleh kerajaan dalam usaha mempertahankan UMNO sebagai parti pemerintah. 

Hari ni seramai 20 orang pemimpin pembangkang yang diketuai oleh Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Wan Aziza mengemukakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Ketua Polis Negara.

Mereka berjalan sejauh 1 KM menuju ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Sambil membawa playkad yang tertulis pertahan hak ahli Parlimen dan beberapa lagi. Mereka termasuklah mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal mantan Menteri KKLW dan DAP, Lim Kit Siang serta Ahli Parlimen PAS dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Mereka menggesa perlindungan keatas hak ahli Parlimen dan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Supaya dipatuhi.

Sejak akhir akhir ini pihak Polis menggunakan akta SOSMA untuk menahan individu individu yang menuntut keadilan dari konteks politik. Sedangkan tujuan akta ini adalah untuk menahan individu yang terlibat dengan aktiviti pengganas.

Secara langsung tunjuk perasaan ini juga menuntut agar Maria Chin Abdullah dibebaskan dari penjara sekaligus dari tuduhan akta SOSMA. Begitu juga tuntutan keadilan keatas Rafizi Ramli yang dipenjarakan selama 18 bulan selepas mendedahkan satu dokumen pengauditan 1MDB yang didakwa dilindungi dibawah akta rahsia rasmi.

Walhal dokumen itu menunjukkan adanya aktiviti penyelewengan yang melibatkan wang rakyat. Apa lagi Rafizi Ramli adalah seorang ahli Parlimen Pandan. Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai ahli Parlimen telah disoal siasat oleh pihak Polis selepas berhujah berhubung 1MDB di dewan Parlimen.

Sedangkan ahli parlimen seperti mereka ada kekebalan dari konteks undang undang. Semoga kesungguhan pemimpin pemimpin pembangkang ini dapat membuka mata pihak yang berwajib dan dapat membezakan kedudukan antara parti politik dan Kerajaan atau negara yang mesti diutamakan.
#politikbolos#

Selasa, 22 November 2016

MARIA CHIN ABDULLAH MASIH DIBAWAH TAHANAN SOSMA?

OLEH: JALIN LIUN 


SEKARANG duduk seorang diri dalam lokap yang kecil, tidak bertingkap, lampunya  hidup 24 jam dan sudah tentu tidak ada katil. Ketua Bersih berkenaan ditahan sehari sebelum perhimpunan Bersih 5 berlangsung. 

Beliau didakwa dibawah akta SOSMA. Untuk makluman, mengikut akta SOSMA tidak ada tempoh had tahanan reman, bererti kita tidak tahu bila beliau akan dibebaskan dan juga beliau tidak boleh dibebaskan dengan jaminan Polis.

Persoalannya kan, kenapa beliau dituduh dibawah akta SOSMA, apa kesalahan yang beliau telah lakukan. Sedangkan kita maklum perhimpunan Bersih 5 yang berlangsung pada 19hb tidak pun mencetuskan sebarang ketegangan kaum atau pertumpahan darah. Walaupun kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Yunus sengaja menganjurkan perhimpunan pada waktu yang sama.

Tidak seperti Kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Yunus, asal mereka muncul, ada saja kekecohan yang mereka cetuskan. Sepak terajang menjadi perkara biasa, sampailah hidungnya berdarah terkena tangan seorang anggota Polis, ketika cuba mengejar seseorang yang dia percayai peserta Bersih, kejadian berlaku di area Ampang yang ditadbir oleh PKR.

Tapi kenapa Jamal Yunus tidak turut ditahan dibawah akta SOSMA? Apa lagi sebelum ini dia ada memuat status provokasi di akaun Facebooknya yang berbunyi, "Saya berjanji tragedi 13 Mei akan berulang dan parang terbang akan terjadi jika Bersih 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan #Bersih5 yang dijadualkan pada 19 Nov ini. Hidup Melayu !".

Entry itu telah mendapat perhatian daripada ramai pembaca hingga mendapat 2.8 juta like. Tapi dinafikan oleh Jamal Yunus yang akaun Facebook itu bukan miliknya. Tapi kenapa akaun berkenaan masih aktif, tidak ada tindakan dari pihak SKMM.

Kerana dia pemimpin UMNO kah? Setahu admin ni, SOSMA ni hanya digunakan untuk mendakwa pengganas atau penceroboh atau individu individu yang berkelakuan ganas hingga melibatkan komuniti seperti si Jamal Yunus dan gerakannya. ;) #politikbolos 

Sabtu, 19 November 2016

JABATAN HUTAN PERLU TUNJUKKAN SEMPADAN YANG TEPAT, SEBELUM ROBOH RUMAH PENDUDUK

Oleh: Mail Mathew 
RUMAH DITAMPAL NOTIS UNTUK DIROBOHKAN


TENOM: Dua agensi kerajaan iaitu Jawatankuasa Kemajuan Kampong (JKKK) Kg Angan Angan dan Kg Chinta Mata meminta Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah turun padang dan melihat sendiri untuk memperakui sempadan sebenar kawasan Hutan Simpan Lumaku yang didakwa dicerobohi penduduk disini. 

Penduduk terbabit khususnya para pemilik tanah amat kecewa dan kesal dengan tindakan kakitangan jabatan itu yang datang menampal surat surat amaran mengarahkan mereka supaya berpindah kerana rumah rumah yang ada disitu akan dirobohkan kerana memasukki kawasan Hutan Simpan.

Sedangkan, tanah tanah yang didakwa memasukki kawasan Hutan Simpan telah pun bergeran sejak tahun 1950an lagi, kata Pengerusi JKKK Kg Angan Angan Salimin Sadio ketika memberitahu pemberita pada Jumaat.

PENGERUSI JKKK KG CHINTA MATA
“ Kami telah pun mengusahakan tanah itu dan kini telah mengeluarkan hasil berpuluh tahun lalu....sekarang pula lain ceritanya, mereka kata tanah tanah kamu memasukki kawasan Hutan Simpan...walhal apa yang kami tahu dari nenek moyang kami, sempadan Hutan Simpan Lumaku masih jauh diatas puncak bukit,” katanya.

Selain itu, Pengerusi JKKK Kg Chinta Mata Asrih bin Bagi berkata, sepatutnya kakitangan mereka (Jabatan Perhutanan) berbincang dengan JKKK setiap kampong yang terlibat terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan dilakukan supaya penduduk tidak merasa panik.

Tambahnya, sesiapa pun akan merasa panik jika kedatangan mereka itu secara mengejut dan membawa surat amaran untuk merobohkan rumah atau bangunan yang ada disitu kerana kononnya ia berada dikawasan Hutan Simpan Lumaku.

“ Kami mahu tahu dimana sebenarnya sempadan yang telah diwartakan oleh jabatan itu...dan anehnya mengapa jabatan tanah melulus dan mengeluarkan geran kepada pemilik tanah jika kawasan itu adalah kawasan Hutan Simpan Lumaku?” tanya Asrih.

JKKK KG ANGAN ANGAN
Beberapa hari lepas, Pejabat Perhutanan Daerah Tenom telah mengeluarkan surat amaran bil. JPHTN/TNM 700-1/2/3/Jld. 1 (39) bertarikh 17.11.2016 dan ditampalkan dirumah beberapa penduduk diKg Angan Angan dan Kg Chinta Mata memaklumkan bahawa rumah mereka akan diroboh kerana telah memasukki kawasan Hutan Simpan Lumaku.

Berikutan perkembangan tersebut, kedua dua JKKK terbabit akan mengadakan mesyuarat masing masing sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk membuat laporan Polis dalam masa terdekat. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.BANTAH ROBOH 1- Pengerusi JKKK Kg Angan Angan Salimin Sadio 2.BANTAH ROBOH 2- Pengerusi JKKK Kg Chinta Mata Asrih bin Bagi 3.BANTAH ROBOH 3- Surat amaran daripada Jabatan Perhutanan daerah Tenom.

Jumaat, 18 November 2016

AWI DITENOM....DIKEREMUNI PEMINAT, DIMEDAN SELERA

Oleh: Mail Mathew 
 
AWI DAN ADO PUIN (kanan)

OLEH: MAIL MATHEW

TENOM: Penyanyi rock terkenal dengan lagu “Tragedi Oktober dan Senja Nan Merah” Awi muncul kali yang ke-2 di Tenom, dimana kedatangan Awi kali ini dalam misi mempromosi konsert WING sempena ulang tahun penubuhannya ke-30 tahun di Stadium Likas, pada Disember 24.

 AWI yang bersama rombongannya Wing Big Bike Sabah Tour seramai kira kira 20 orang kesemuanya menunggang motorsikal berkuasa tinggi tiba diMedan Selera Tenom kira kira jam 3 petang pada Khamis. Rombongan itu diketuai oleh Ketua Penganjurnya Datuk Shahrulnizam dan Datuk Annuar Ayub Timbalan Ketua Bahagian Umno Keningau dengan menaiki kenderaan khas.

Difahamkan konsert amal Awi, anjuran PESRON (Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU Negeri) Sabah, selain daripada meraihkan ulangtahun ke-30 kumpulan Wing diseluruh Negara, tetapi juga sebahagian daripada kutipan tiket akan disumbangkan kepada golongan OKU dan Persatuan Paralimpik Sabah.

Sebaik tiba diMedan Selera, Awi disambut Penolong Pegawai Daerah Puin Pinduruh yang mewakili Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi dan Pegawai Daerah Tenom beserta dengan ratusan peminat Awi yang telah menunggu ketibaan Awi sejak tengah hari lagi.

 Ketika mengalu alukan kedatangan rombongan Awi, ADO Puin turut mengajak peminat Awi dan para
individu yang baru mengenalinya supaya tampil menyokong konsert amal Awi pada Disember 24, 2016 kerana untuk membantu golongan OKU dan Persatuan Paralimpik Sabah.

Selain itu, Puin turut mempromosi produk minuman terkenal disini “Kopi Tenom” kepada rombongan Awi termasuk pusat pusat riadah dan pelancongan seperti Taman Pertanian Sabah, White water rafting Pangi dan Pusat Kebudayaan Murut yang banyak mempamerkan seniukiran tempatan.

“ Suasana dan iklim disini sangat baik, tenteram dan pasti anda selesa,” katanya sambil berseloroh bahawa kawasan Tenom, “bagus baah!”.

Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.AWI 1- Kelihatan Awi (tengah) menyerahkan cendera hati kepada ADO Puin (kanan). 2.AWI 2- Kelihatan Awi berkata sesuatu kepada penyokong dan peminatnya mengenai WING.

Khamis, 17 November 2016

SK TILIS MERANGKUL ANUGERAH PENGLIBATAN PIBG TERBAIK KALI KETIGA

Oleh: Mail Mathew 
 
ROMBONGAN: Dari kiri, Yambaris (YDP PIBG), Isteri Yambaris, Juilin (Ketua Sektor Pengurusan PIBG JPNS, Emillia Soh Timbalan Ketua Sektor.

KEMABONG: Kejayaan demi kejayaan empat tahun berturut turut Sekolah Kebangsaan (SK) Tilis kira kira 51 kilometer dari pekan disini merangkul beberapa Anugerah khas malah diiktirafkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan satu anjakan paradigma sekolah tersebut. 

Terbaharu, November 2016, sekolah SK Tilis sekali lagi menerima Anugerah Khas Penglibatan para ibubapa (PIBG) kerana keterlibatan mereka memberi kerjasama membangunkan mutu pembelajaran sekolah tersebut  dan mendapat pujian daripada KPM, kata Pengerusi PIBG SK Tilis Yambaris Muli.

 Menurut Yambaris, sebelum itu, sekolah tersebut pernah menerima Anugerah seperti Anugerah dari segi sekolah Kluster, dan Serasi (Alam sekitar) dimana mereka (Pengerusi PIBG, Guru Besar dan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah) bertandan ke Ibu Negara untuk menerima Anugerah tersebut sebagai simbol pengiktirafan KPM, katanya.

 “ Saya sekadar tumpang gembira tetapi lebih adil jikalau ucapan syabas dan tahniah kepada Guru Besar dan guru guru yang mendidik serta membentuk anak anak kami menjadi pelajar yang terbaik dan cemerlang.
Yambaris Muli

“ Memang tidak dinafikan kerjasama yang disumbangkan PIBG tetapi ia terlalu minima berbanding peranan yang dimainkan oleh guru guru sehinggalah sekolah ini mencapai satu pengiktirafan sekolah kluster yang paling manis dalam warga SK Tilis pada tahun 2015,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Isnin.

Selain itu, Yambaris turut berterima kasih diatas sokongan dan dorongan beberapa NGO terutama sekali wakil rakyat dikawasan disini kerana atas keprihatinan mereka menyumbang material dan wang ringgit untuk melaksanakan pelan perancangan kerjaya anak anak murid sehingga membuahkan hasil yang cemerlang, katanya.

Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.YAMBARIS MULI 2- Pengerusi PIBG SK Tilis, Kemabong. 2.YAMBARIS MULI- Kelihatan Yambaris (kiri sekali) bersama Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dari kanan, Pegawai Sektor Pengurusan PIBG Juilin Willy dan Emillia Soh Timbalan Ketua Sektor.

Rabu, 16 November 2016

MAMAGUN SAMBUT BAIK KETERBUKAAN PERDANA MENTERI SELESAI ISU MA63

Oleh: Mail Mathew 


TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun (Mamagun) menyambut baik jaminan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa pihaknya sentiasa bersikap terbuka dalam merundingkan apa sahaja kebaikan rakyat diSabah khususnya Perjanjian Malaysia 1963. 

Mamagun akur sebarang keputusan yang bakal dicapai hasil rundingan itu kelak namun apa yang lebih penting kemelut isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat menghasilkan satu penyelesaian yang melegakan semua atau win win situation, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi (gambar).

Setakat ini ramai generasi Y terutama masyarakat orang asal yang dilahirkan selepas pembentukkan Malaysia masih tertanya tanya bilakah kemelut isu hak asasi rakyat dinegeri ini yang didakwa kononnya terdapat kepincangan tetapi belum ada pemimpin yang bersedia duduk semeja untuk memulakan perbincangan, kata Rudy.

“ Persoalan yang terbaru, masing masing mahu mengetahui maklumat hak 40 peratus dipulangkan kepada negeri Sabah hasil kutipan cukai....dan yang lain lain penukaran status Negara kepada Negeri termasuk isu bahasa rasmi diSabah...ini semua kita memerlukan campurtangan Perdana Menteri untuk menyelesaikannya,” katanya.

 Rudy berkata demikian pada Selasa, sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri itu ketika merasmikan Konvensyen UPKO tahun 2016 diadakan diPusat Kebudayaan Sabah Penampang pada Sabtu.

Turut hadir dimajlis itu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dan Presiden Kehormat UPKO Tan Sri Bernard Giluk Dompok yang juga merupakan Duta Malaysia ke Holy See.

Perdana Menteri itu dipetik sebagai berkata, beliau menggesa rakyat Sabah agar terus bersatu dengan Malaysia dan menolak sebarang tanggapan pemisahan, dengan mengibaratkan ia umpama sebuah keluarga yang berpecah hanya akan memusnahkan dirinya sendiri.

Sedangkan pintu sentiasa terbuka untuk mana mana rundingan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 dan beliau berikrar akan memastikan rakyat Sabah dipertahankan mengikut perjanjian tersebut, kata Najib.

Selain itu, berhubung dengan persetujuan Perdana Menteri memberi geran RM1 juta untuk mempromosikan bahasa Kadazan, Rudy berharap agar geran sedemikian perlu diperluaskan kepada masyarakat rumpun Momogun dimana masyarakat orang asal sebanyak lebih 21 etnik berada dikelompok tersebut.

 “ Sepertimana yang didedahkan dalam ucapan Datuk Seri Madius Tangau mengenai peluang perniagaan IKS, Momogun juga teringin untuk mendapat agihan kek pembangunan seperti yang dinikmati MCA dan MIC dimana masing masing telah diperuntukkan sebanyak RM50 juta melalui TEKUN untuk perniagaan kecil dan sederhana diluar bandar.

“ Suntikan ini pastinya akan merancakkan lagi penjanaan pendapatan, sekaligus mempertingkatkan taraf hidup masyarakat kita yang berada diluar bandar,” kata Rudy. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.RUDY SULAIMAN MAIRI- Presiden NGO Mamagun (Mamagun) Sabah.

Selasa, 15 November 2016

BUKAN HANYA RAFIZI, ARUL KANDA JUGA...

OLEH: POLITIKBOLOS 


Rafizi Ramli didapati bersalah dan akan menerima hukuman penjara selama 18 bulan, hukuman berkuatkuasa bermula kelmarin. Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman berkenaan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. 

Walaubagaimanapun rayuan akan dibuat. Rafizi didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman atau muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Sedangkan pada hakikatnya dalam laporan itu mencatatkan adanya unsur penyelewengan yang melibatkan wang rakyat. Sekaligus laporan itu boleh diangkat sebagai satu bukti kukuh.

Satu admin mahu tanya, bagaimana pula andai laporan yang didedahkan itu menunjukkan perkara yang positif atau kejayaan mengurus 1MDB dengan baik. Masih kah iya dianggap satu kesalahan?

 Seperti contoh, pada masa yang sama Arul Kanda CEO 1MDB mencanang hingga keluar negara perkara yang bertentangan laporan dibocorkan oleh Rafizi Ramli, dimana seolah olah tidak penyelewengan yang berlaku.

Bukan kah perbuatan memutar belit laporan adalah satu kesalahan yang nyata? Selepas ini, nampaknya pembangkang kenalah memelihara sekumpulan hantu raya yang pandai berpolitik yang mampu mendedahkan salahlaku pemerintah dengan demikian UMNO tidak boleh mengheret hantu berkenaan ke muak pengadilan. ;)

 Isunya disini bukan soal akta yang telah dilanggar tapi apa yang telah didedahkan oleh Rafizi yang mana 1MDB telah kantoi selepas melesapkan wang rakyat sehingga RM50 bilion. Ini dia punya point.

(gambar, keputusan mahkamah yang mensabitkan Rafizi telah dipaparkan di skrin bergerak di luar negara) #politikbolos

Jumaat, 11 November 2016

KERAJAAN DIGESA LULUSKAN TANAH NCR SELUAS 7,300 HEKTAR UNTUK KELUARGA PAKAT

Oleh: Mail Mathew 
 
RAINUS

TENOM: Pengerusi Persatuan Keluarga PAKAT (Pangulobon, Abingkoi, Kolorok, Ahuron dan Tenom) Rainus bin Sagulau (gambar), berkata, hasrat kerajaan untuk mewartakan kira kira 90,000 hektar hutan simpan sebagai kawasan dilindungi sepenuhnya (TPA), cadangan Ketua Konsevator Negeri Datuk Sam Mannan memang baik. 

Bagaimana pun, PAKAT masih mengharapkan agar kawasan tanah adat NCR yang dipohon PAKAT pada sebelum ini seluas 7,300 hektar diambil perhatian seterusnya diluluskan, katanya.

Katanya, tanah NCR seluas 7,300 hektar yang dipohon sejak tahun 2008 oleh 1,520 peserta yang memohonnya, masih terus bergantung harap terhadap jaminan Ketua Menteri Sabah bahawa mana mana tanah adat NCR akan dikeluarkan untuk diagih agihkan kepada penduduk kampong yang tidak mempunyai tanah.

“ Kami penduduk asal dikawasan empat perkampongan seperti Kg Abingkoi, Kg Pangulobon, Kg Kolorok dan Kg Ahuron masih setia menunggu janji yang pernah ditaburkan itu, walaupun ianya sudah berlalu beberapa tahun.

“ Kami yakin dan percaya bahawa janji tersebut pasti akan direalisasikan kerana ia bukan dizahirkannya sekadar sekali dua malah setiap kali ada perayaan Pesta Kaamatan atau Pesta Kalimaran.

“ Kami penduduk kampong amat memerlukan tanah untuk membela masa depan anak cucu cicit kami...kerana tanah merupakan aset yang mampu menjana sosioekonomi kami bagi menyara penghidupan seterusnya,” tegasnya ketika memberitahu pemberita pada Khamis.

Dalam pada itu, Rainus turut menepis berbagai andaian pihak pihak tidak bertanggung jawab yang mendakwa kononnya hasrat perjuangannya untuk mendapatkan tanah itu atas kepentingan dirinya sendiri, adalah tidak benar dan fitnah semata mata.

“ Bagaimana ia boleh dikatakan sebagai kepentingan sendiri sedangkan semua geran tanah yang dikeluarkan kelak akan berbentuk geran komunal....(jadi) adakah masih ada peluang bagi sesiapa pemiliknya untuk mengurusniaga geran tanah komunal ini? ” tanya Rainus. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1. RAINUS SAGULAU – Pengerusi PAKAT


Khamis, 10 November 2016

JANGAN ALU ALUKAN KEDATANGAN JAMAL YUNOS KE SABAH

Oleh: Mail Mathew 

RUDY S MAIRI
 TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun Sabah (Mamagun) menggesa kerajaan negeri agar mengikut jejak langkah kerajaan Negeri Sarawak yang telah membuat keputusan tepat mengharamkan pemimpin baju merah Datuk Jamal Yunos daripada memasuki negeri ini, jika tujuannya untuk membuat huru hara disini. 

Presidennya Rudy Sulaiman Mairi berkata, sikap ganas Jamal sepertimana yang ditunjukkannya diSemenanjong sebelum ini, tidak boleh diterima oleh rakyat dinegeri ini kerana bimbang ia menjadi ikutan generasi Y dan seterusnya menyuburkan isu perkauman, katanya.

 Rudy berkata, seperti yang umum tahu bahawa Jamal membawa masalah ke mana sahaja beliau pergi dan membuat kekacauan bersama kumpulan Baju Merahnya bersikap ala samseng, biarpun kononnya kehadiran mereka hanya untuk mengekang kumpulan 'Bersih', tetapi dalam masa yang sama dia (Jamal) telah membuat keadaan menjadi kecoh.

“ Jawatankuasa belia kami dalam NGO Mamagun telah pun menghantar pesanan ringkas/sms kepada belia kami diseluruh kawasan, supaya tidak melibatkan diri dalam mana mana kumpulan ini sama ada kumpulan Baju Kuning atau Baju Merah.

“ Kita harus membantu kerajaan untuk mengekalkan keamanan kerana dengan adanya keamanan rakyat boleh hidup dengan selesa...malah ianya juga akan dapat meyakinkan kedatangan pelabur asing untuk melabur dinegeri ini,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Selasa.

 Rudy berkata, rakyat dinegeri ini yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan masing masing telah menjalinkan hubungan persefahaman serta kemesraan beratus tahun dahulu, tetapi sehingga kini hubungan antara kaum tidak pernah menjadi masalah.

“ Kita bimbang ideologi kumpulan Baju Merah diSemenanjong Malaysia akan dapat mempengaruhi rakyat disini terutama sekali generasi Y....(dan) kerana itu kehadiran mereka tidak perlu dialu alukan,” tegasnya.

 “ Seperti yang kita semua tahu bahawa...Perlembagaan Persekutuan ada menyebut Kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perkara 10, tidak melarang mana mana kumpulan untuk menyuarakan pendapat atau cadangan mereka kepada kerajaan...kerana sistem demokrasi yang diamalkan kerajaan ketika ini perlu dihayati sewajarnya,” tegasnya.

 Oleh kerana itu, tegas Rudy, tumpuan rakyat jelata sekarang harus ditumpukan untuk menyokong dan mendokong agar Bajet 2017 yang telah dibentangkan Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak di Dewan Rakyat baru baru ini, mencakupi beberapa program yang telah digariskan khusus untuk mensejahterakan rakyat terutamanya dikawasan luar bandar.

 “ Bayangkanlah...jika kekecohan terus berlaku sudah pastilah masyarakat Mamagun/orang asal akan menjadi masalah kerana pembangunan sukar dibawa masuk ke kawasan pedalaman ketika keadaan porak peranda,” tegas Rudy. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.RUDY SULAIMAN MAIRI- Presiden NGO Mamagun Sabah.

Sabtu, 5 November 2016

NUR MISUARI ARRESTED BY MALAYSIAN POLICE OFF SABAH

Manila, Nov. 25, 2001 - (STAR) By Roel Pareño - Outgoing Autonomous Region in Muslim Mindanao (ARMM) Gov. Nur Misuari was arrested by Malaysian police before dawn yesterday on an island near the Philippine-Malaysian border, Malaysian officials said yesterday. 

 Malaysia’s official Bernama News Agency reported Misuari’s arrest as Prime Minister Mahathir Mohamad admonished Misuari and ruled out granting political asylum to the former chairman of the separatist Moro National Liberation Front (MNLF).

 President Arroyo praised Malaysian authorities for the swift arrest of Misuari, who was captured with six unidentified followers at about 3:30 a.m. at Jampiras island, the island closest to the border and about 30 minutes by boat from Sandakan, Sabah.

The arrest of Misuari came virtually on the eve of the ARMM elections which he sought to discredit. Presidential Spokesman Rigoberto Tiglao said Misuari was being held at the Sabah state capital of Kota Kinabalu.

Tiglao said Manila would seek Misuari’s immediate repatriation but hinted the government would not object if Malaysia chooses to detain him for violating Malaysia’s "very strict" security laws.

 "We have to respect Malaysia as an ally and friendly government," Tiglao said. "(But) we may request for his (repatriation) because we want him to face justice here.

" Malaysian Inspector General of Police Norian Mai said Misuari and his followers were arrested for "entering Malaysia illegally" and that Kuala Lumpur would hand over Misuari as soon as possible.

"We will inform the Philippine Embassy in Kuala Lumpur as soon as possible as we have to consider that he is wanted by the Philippine government," Mai said.

Misuari has been wanted for rebellion since his followers attacked military positions in Jolo, Sulu on Nov. 19. The government filed the rebellion charges in a Sulu court against Misuari and faction leaders of the Abu Sayyaf group, which has haunted southwestern Mindanao with murders and kidnapping over the past few years.

The court has issued a warrant for Misuari’s arrest, the basis for the cancellation of the fugitive’s two passports by the Department of Foreign Affairs last Friday. The military said Misuari fled the country after government troops repulsed the attack, which resulted in the death of at least 113 people, more than 100 of whom were Misuari followers.

While Malaysia had given refuge to Misuari and his lieutenants at the height of the Mindanao war in the 1970s, Mahathir said Malaysia would no longer grant political asylum to the fugitive warlord. "This is an internal matter of the Philippines and Malaysia should not interfere by providing refuge to rebels from other countries," Bernama quoted Mahathir as saying.

 Mahathir also used strong words to admonish Misuari and his MNLF faction for failing to fulfill their promises of progress and development for Muslim Mindanao. "Autonomy has been accorded but unfortunately when in power, they did not use their power for the development of the southern Philippine region," the prime minister said.

"Not much had been done for the benefit of the people... So therefore, we no longer feel responsible to provide him any assistance," Mahathir added, noting that Misuari was often in Manila or abroad and was seldom in Mindanao.

Misuari’s arrest came a day before the ARMM elections that would elect Misuari’s successor and the region’s legislative assembly. The holding of the elections was among the reasons Misuari cited for the Nov. 19 attack on Sulu, leading local Mindanao leaders to conclude that he was simply interested in keeping his post as ARMM governor.

Misuari founded the MNLF in the 1970s and launched a 30-year rebellion, which gained the sympathy of the Organization of Islamic Conference (OIC). Hiding in Muslim countries, like Libya and Saudi Arabia, Misuari bolstered his international prestige and managed to wangle from the government a peace agreement, brokered by Indonesia, which was signed in Jakarta in 1996.

As a reward for the peace pact, the government appointed him ARMM governor and was re-appointed several times while he repeatedly asked Manila to postpone elections. But after five years as ARMM governor with budget allocations totaling some P43 billion, the ARMM remains among the country’s most impoverished regions, continually threatened with war.

Misuari’s colleagues in the MNLF were disillusioned with his leadership and, in April, ousted him as MNLF chairman and replaced him with a Committee of Fifteen. Wanting to take another tack on Mindanao development, President Arroyo backed the gubernatorial candidacy of physician Farouk Hussin, a member of the Committee of Fifteen.

 Misuari was offended by the series of defeats and allegedly forged alliances with armed groups, including Abu Sayyaf factions, to renew hostilities, leading to the Nov. 19 attack on Jolo, Sulu. In her first press briefing after a working visit to the US, the President derided Misuari for shaming the MNLF and forging an alliance with the Abu Sayyaf, which has been tagged as an international terrorist group.

 "It’s not right to identify Misuari (with the) MNLF anymore," she said. "It’s better to identify him with the Abu Sayyaf." The President noted that while Misuari may be reputed to be a "good warrior," he has proven to be poor administrator as he has yet to account for the billions of pesos the government released for various infrastructure projects in the ARMM. — With Marichu Villanueva

Isnin, 31 Oktober 2016

KEBAKARAN DIKG ANSIP MENDAPAT PERHATIAN DARI NGO MAMAGUN

Oleh: Mail Mathew 


KENINGAU: Mangsa kebakaran diKg Ansip pada pagi Ahad melibatkan 7 buah rumah hangus dijilat api, manakala 11 keluarga kehilangan tempat tinggal mendapat perhatian dan simpati Pertubuhan NGO Mamagun Sabah tampil menghulurkan sumbangan berupa makanan dan pakaian. 

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Wanita NGO itu Norlea Yuntung kepada petugas urusetia kebakaran tersebut yang dikendalikan oleh Pegawai JPAM kira kira jam 7.30 malam pada (Ahad).

“ Kami bertindak dengan cepat sebaik mendapat maklumat berhubung kejadian yang agak memilukan itu....semoga mereka/mangsa tabah menghadapinya,” kata Norlea.

Difahamkan kebakaran yang berlaku kira kira jam 10.30 pagi pada Ahad, pihak berkaitan belum dapat menyatakan jumlah anggaran kebakaran tersebut kerana pihak berkaitan kini sedang dalam proses penyiasatan.

Manakala mangsa tercedera KAN Shapri @ Welfred Lagusing 60, melecur dibelakang badan dan kaki dan isterinya Nupi@ Angelina Lagusing 58, cedera dibahagian muka dan tangan.

Bagaimana pun, kedua dua mangsa difahamkan dalam keadaan stabil selepas diberi rawatan di Hospital Keningau. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.SUMBANGAN KG ANSIP- Kelihatan Ketua Wanita NGO Mamagun Norlea Yuntung (ke-2 dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Urusetia JPAM.

Ahad, 30 Oktober 2016

NGO MAMAGUN DIANTARA YANG BERSETUJU MENERIMA TERMA "MOMOGUN"

Oleh: Mail Mathew 
 
TANDA TANGAN DEKLARASI MOMOGUN

KOTA KINABALU: Pertubuhan NGO Mamagun Sabah (Mamagun) berharap agar menjadikan konvensyen Momogun kali ini sebagai penanda aras bahawa istilah ‘Momogun’ sebagai rumpun bagi penduduk di Sabah yang bertutur dalam bahasa Murutik, Dusunik dan Paitanik. 

Cukuplah sejarah yang pernah dilalui masyarakat Murut sejak berdekad lalu yang terpaksa berpaut dengan kesukuan rumpun masyarakat Kadazandusun yang kemudiannya disebut sebagai Kadazandusun dan Murut atau KDM, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi ketika membahas usul Konvensyen Momogun pada Sabtu.

Rudy menambah bahawa, masyarakat Murut bangga malah bersyukur kerana konvensyen itu dapat dilaksanakan dengan jayanya, dimana ia dapat mencapai tujuan dan matlamatnya untuk menghimpunkan para etnik orang asal atau Momogun supaya berkumpul dalam satu rumpun dalam satu keluarga besar, katanya.

Oleh itu, Rudy berkata, sudah sampai masanya masyarakat Murut harus bersendirian untuk mengatur
RUDY
langkah dan halatuju bangsanya sendiri tanpa berpaut dalam mana mana etnik kecuali ia bersama dalam satu rumpun Momogun.

" Sebelum ini, beberapa perbincangan telah dilakukan dengan masyarakat kami (Murut) dimana kami telah memikirkan secara mendalam...justeru, keputusannya kami tetap menyokong dan terus bersama keluarga besar Momogun.

 “ Kami juga menyokong penuh agar masyarakat kami dikeluarkan daripada pengenalan kaum “Lain lain” sepertimana terdapat didalam borang borang rasmi kerajaan dan statistik negara...ini sangat memalukan dimana seolah olah kesukuan kami kurang penting didalam negeri ini,”kata Rudy.

NGO MAMAGUN tentulah amat terhutang budi kepada usaha dan inisiatif para pendokong MOMOGUN kerana akhirnya rumpun MOMOGUN terus terbina dengan gagahnya walaupun terdapat beberapa tentangan daripada kumpulan kecil etnik lain.

 Rudy menambah, meskipun begitu, namun dengan komitmen yang serius pihak penganjur Momogun National Congress (MNC) akhirnya konvensyen tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Konvensyen Momogun telah dirasmikan bekas Presiden Penaja Kongress Momogun Nasional (MNC) yang juga merupakan Duta Residen Pertama Malaysia ke Vatican Tan Sri Benard Giluk Dompok di Dewan Masyarakat Bandaraya Kota Kinabalu pada Sabtu.

Diakhir konvensyen itu menyaksikan seeramai 21 perwakilan etnik telah menurunkan tanda tangan bersetuju menerima terma Momogun selepas melalui perbahasan selama lima jam daripada para perwakilan.

Dalam pada itu, Presiden MNC Datuk Henrynus Amin dalam ucapan penangguhannya berkata, sebenarnya niat baik Konvensyen Nasional Momogun yang melibatkan NGO etnik etnik diSabah disalah mengerti oleh KDCA, KSS dan USDA.

 “ Saya harap pemimpin pemimpin ketiga-tiga NGO etnik tersebut tidak menutup kemungkinan mereka bekerjasama dengan MNC dan semua NGO etnik yang bersetuju dengan Momogun di masa masa  akan datang,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1. NGO MAMAGUN 1- Para perwakilan NGO Mamagun bersiap mengiringi Presiden mereka menanda tangani persetujuan penerimaan terma Momogun. 2. NGO MAMAGUN 2- Presiden dan Setiausaha Agung menurunkan tanda tangan dihadapan Peguam dan Pesuruhjaya Sumpah. 3. NGO MAMAGUN 3- Rudy menyampaikan ucapan membahas usul konvesyen.

Sabtu, 22 Oktober 2016

NGO MAMAGUN ALU ALUKAN BAJET 2017 INKLUSIF DAN BERHEMAH

Oleh: Mail Mathew 

RUDY
 KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan NGO Mamagun Sabah (Mamagun) Rudy Sulaiman Mairi (gambar), ketika mengalu alukan Bajet 2017 sejumlah RM260 billion bersyukur kerana golongan pekebun kecil getah dan petani padi bukit (tindal) tidak dilupakan. 

 Kedua dua golongan tersebut kebanyakkannya merupakan daripada masyarakat Mamagun atau orang asal (Momogun) terus tersenarai sebagai bakal dibantu kerajaan dalam Bajet 2017 untuk meringankan beban golongan tersebut, katanya.

 Bagaimana pun, Rudy berharap agar pelaksanaan bagi bantuan pekebun kecil getah dapat dipermudahkan sistem pemprosesannya dan tidak mengenakan banyak karenah birokrasi yang terlalu ketat sehingga menyebabkan ramai yang mengeluh, katanya.

 “ Kita mendapat laporan dimasa lalu, dimana para pemohon diharuskan membawa geran tanah masing masing tetapi had keluasan yang diberi bantuan tidak melebehi 5 ekar....jika melebehi had, menyebabkan permohonan seseorang individu itu ditolak.

 “ Itu sebabnya kita merayu kepada kerajaan terutamanya agensi yang diberi mandat melaksanakan tanggung jawab ini agar dipermudahkan,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Sabtu.

Dalam pada itu, bantuan tersebut pada tahun lepas (2015), dikendalikan agensi kerajaan Persekutuan RISDA dan LIGS bagi kerajaan negeri Sabah. Bagaimana pun, difahamkan pelaksanaannya tidak disenangi oleh para pemohon disebabkan kekangan daripada karenah birokrasi yang terlalu ketat.

Rudy berkata demikian sebagai mengulas Bajet 2017 yang dibentangkan diParlimen oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat sejumlah RM260 billion, dimana Perdana Menteri antara lain berkata bahawa Bajet 2017 bukanlah digubal bagi kepentingan atau berlegar kepada kumpulan rakyat tertentu sahaja, namun ia direkayasa, bersifat inklusif demi kesejahteraan rakyat seluruhnya. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.RUDY SULAIMAN MAIRI 3- Presiden NGO Mamagun Sabah.

Rabu, 19 Oktober 2016

NGO MAMAGUN SOKONG KEHADIRAN MOMOGUN ILHAM MNC

Oleh: Mail Mathew 

RUDY
TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun Sabah (Mamagun) menyokong penuh pandangan beberapa pemimpin Persatuan dan Pertubuhan “Momogun” (MNC) dalam mencari ' titik pertemuan dan kesepakatan' untuk penyatuan etnik etnik Dusunic, Murutic , Paitanic dan lain lain dengan menggunakan satu sebutan perkataan “Momogun”. 

Sebelum ini terdapat gesaan mahupun saranan agar masyarakat Dusun diharuskan menggantikan perkataan “lain lain” ketika mengisi borang kerajaan bagi etnik KMDR (Kadazandusun Murut dan Rungus) tidak disenangi masyarakat itu kini hampir selesai, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi.

“ Sekarang ini pun MNC telah mendapat lampu hijau daripada lebih 30 NGO mewakili etnik masing masing dijangka akan menurunkan tanda tangan sebagai kesepakatan persetujuan penggunaan Momogun,” katanya pada Rabu ketika memberi taklimat kepada para Perwakilan dan Pemerhati NGO Mamagun yang akan menghadiri Konvensyen MNC pada Oktober 29 ini.

Bagaimana pun, ketika menjawab pertanyaan hadirin berhubung tanggapan sesetengah pihak mendakwa kononnya usaha itu sebahagian daripada penghapusan bangsa adalah tidak tepat sama sekali.

“ Walaupun kita telah menetapkan persetujuan untuk berlindung dalam satu bumbung Momogun atau orang asal...namun bangsa etnik masing masing tidak akan terhapus malah terus kekal untuk selama lamanya.

 “ Saya telah menghadiri kesemua mesyuarat MNC sejal awal lagi dan sesi terakhir pada Oktober 14, dan inilah perkembangannya...jadi, ia amat baik dari segi penyatuan kaum,” jelasnya.

Selain itu, Rudy berkata, MNC juga mempunya Misi seperti Penyatuan (to unite), Memperkasakan (to empower), dan memakmurkan (to prosper) dimana pelaksanaannya mempunyai strategi seperti berikut, Strategi 1 - Menyatu - padukan masyarakat Dusunic Murutic dan Paitanic sebagai satu rumpun bangsa yang besar.

Kita perlu tentukan sasaran kita iaitu masyarakat Anak Negeri orang asal Sabah (Borneo) yang kita anggap masih jauh ketinggalan dari segi sosioekonomi.

Strategi 2 - Memperkasa sosioekonomi melalui 8-Perkara Agenda Transformasi Ekonomi Momogun. 1. Mindset change (perubahan minda melalui pembelajaran Modul PV). 2.Building entrepreneurial spirit & skills (Memupuk semangat & kemahiran Keusahawanan).

3. Pooling of resources (Menggabungkan sumber masyarakat Momogun untuk menjana kekayaan dalam perniagaan). 4.Promoting technical education (Menggalakkan pendidikan/ latihan teknikal kepada para belia & beliawanis Momogun.

5. Teaching of English (Mempastikan masyarakat Momogun menguasai bahasa Inggeris). 6. Access to Government Assistance (Mempastikan masyarakat Momogun tahu dan boleh mendapat bantuan program kerajaan khusus dana perniagaan.

7. Review of Government policies & programs (MNC akan mengkaji dasar dan program kerajaan serta memberi cadangan untuk penyesuaian dan kegunaan masyarakat Momogun).

 8. Sponsorship & Mentoring of bright but poor rural Momogun student (MNC menggalakkan usahawan Momogun menjadi mentor dan pembiaya sukarela membantu pelajar Momogun luar bandar yang miskin dan tidak mampu). Ends///.....(Mail Mathew)

Caption:- 1. RUDY SULAIMAN MAIRI- Presiden NGO Mamagun.

Selasa, 18 Oktober 2016

BEKAS AJK UMNO TENOM ALU ALUKAN KEHADIRAN PARTI WARISAN

Oleh: Mail Mathew 

NOSSIL
TENOM: Bekas Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Tenom Nossil Basayu (gambar), mengalu-alukan kehadiran Parti Warisan Sabah (Warisan) di negeri ini sepertimana diumumkan Presidennya Datuk Seri Shafie Apdal diPutrajaya pada Isnin. 

Menurut Nossil, ramai masyarakat diPedalaman khususnya diParlimen Tenom lega dengan berita pengumuman itu dimana ada yang tidak sabar sabar telah menghubunginya untuk mendapatkan borang permohonan keahlian.

“ Saya minta mereka bertenang kerana pengumuman itu sekadar memberitahu bahawa parti yang didaftarnya dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah pun diluluskan....(mungkin) ada mesyuarat akan diadakan di Kota Kinabalu dalam masa sehari dua ini.

“ Kita kena bersabar dulu buat sementara waktu,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Selasa sebagai meyakinkan para peminat parti itu disini.

Nossil antara pemimpin Umno Bahagian Tenom yang telah membawa bersama kira kira lebih 1,000 ahli keluar Umno menyokong perjuangan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal semasa majlis Irau Batu 10 Paal, Kemabong pada Julai lalu.

Selain itu, Nossil turut menyokong kenyataan Shafie bahawa parti yang diasaskannya berharap akan dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN), agar dapat berikan kehidupan baharu kepada rakyat Sabah.

Ahli Parlimen Semporna dan bekas menteri itu turut mengumumkan bekas Naib Presiden PKR, Darell Leiking sebagai Timbalan Presiden. Manakala Presiden NGO Pertubuhan Kadazandusun Murut Malaysia (KDM M), Datuk Peter Anthony, bekas Naib Ketua Umno Semporna, Datuk Dr Jaujan Sambakong dan bekas Setiausaha DAP Sabah yang juga Adun Likas, Junz Wong dinamakan sebagai Naib Presiden.

Pada 4 Julai, Shafie yang merupakan bekas Naib Presiden Umno mengumumkan keluar parti Melayu itu selepas keahliannya digantung pada Jun 24 kerana dituduh bersekongkol dengan pembangkang. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.NOSSIL BASAYU 1 – Bekas AJK Bahagian Umno Tenom

Isnin, 17 Oktober 2016

PARTI WARISAN BAKAL MEROBAH LANSKAP POLITIK DISABAH?

OLEH: ULU PADAS


PARTI WARISAN pimpinan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga merupakan Ahli Parlimen Semporna melancarkan parti itu pada Isnin jam 10 pagi diPutrajaya. 

Parti WARISAN yang mana pada nama asalnya sebagai Parti Pembangunan Warisan Sabah telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada tahun 2013 tetapi telah diubah dengan kelulusan ROS pagi tadi kini dikenali sebagai Parti Warisan Sabah (WARISAN).

WARISAN yang berkonsepkan perjuangan berbilang kaum (Multiracial) dijangka akan memfokuskan perjuangan untuk menumbangkan BN diSabah pada PRU14 dengan kerjasama parti parti tempatan yang lain diSabah.

Dalam pada itu, ramai yang meramalkan kemunculan Parti WARISAN dengan kerjasama parti parti tempatan lain diSabah mampu menggugat kekuatan BN diSabah malah ianya dijangka bakal merobah lanskap politik diSabah.

Bagaimana pun, situasi yang diharap harapkan itu hanya akan tercapai sekiranya gagasan pembangkang itu yang merangkumi PCS,SAPP, Star, WARISAN dan parti yang bakal didaftarkan oleh kumpulan Datuk Seri Lajim Ukin berupaya merealisasikan formula 1 lawan 1 pada PRU14.

 Senario politik negeri dibawah bayu kini semangkin hangat dan sukar diramalkan lebih lebih lagi selepas kelulusan pendaftaran WARISAN, dimana semangat juang terus menghangatkan bahang pilihanraya yang semakin dekat yang dijangkan akan diadakan selewat lewatnya pertengehan tahun 2017.

Sementara itu, beberapa isu menarik perhatian rakyat dinegara ini seperti isu 1MDB, kini yang terbaharu isu penyelewengan dalam Jabatan Air dimana kesnya masih ditangan SPRM dijangka akan menjadi topik utama kempen pada PRU14.

Meskipun begitu, ramalan pembangkang itu ditepis oleh para pemerhati politik BN yang mendakwa kononnya harapan gagasan pembangkang itu hanyalah berbentuk angan angan kerana kelibat mereka itu, ibarat tidur sebantal tapi mimpi lain lain.

Tidak seperti BN yang bersama 14 buah parti parti komponen terus kukuh dan bersepadu dalam apa juga keputusan yg dicapai, malah rakyat yakin dan terus memberi mandat kepada BN semasa PRU13 untuk memerintah Negara dengan kekuatan 2/3 majoriti.

Mohd Shafie yang memimpin WARISAN selaku Presiden akan dibantu MP Penampang Darrel Leiking selaku Timbalan Presiden parti, manakala Adun Sulabayan Datuk Dr Jaujan Sambakong, Adun Likas Junz Wong dan Presiden KDM Malaysia Datuk Peter Anthony akan menjalankan tanggung jawab selaku Naib Presiden.

Shafie ketika memberitahu media berkata, “I’m quite confident, from the visits on the ground, the people are on board. They want a local-based party. Many want to see change in the state and surely, also the landscape at national level.

 “We are looking into it, we will talk with other parties. As long as they are with us in wanting to topple the Sabah Barisan government, we are willing to work with them,” said Mohd Shafie, adding that they are “halfway done” in finalising its candidates list.,” he said.

Sabtu, 8 Oktober 2016

DATUK SERI RADIN KETUAI LEBIH 3,000 SERTAI HARI SUKAN NEGARA DITENOM

Oleh: Mail Mathew 


TENOM: Hari Sukan Negara yang disambut pada hari Sabtu, di minggu kedua bulan Oktober pada setiap tahun membuktikan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai satu negara bersukan yang unggul di dunia, Kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh. 

Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan melalui jentera-jentera perkhidmatan akan bekerjasama dengan pelbagai sektor awam dan pihak swasta serta rakyat berbilang kaum untuk menganjurkan program-program pembangunan sukan termasuklah Hari Sukan Negara secara serentak di seluruh negara, katanya.

Beliau menambah, Kerajaan komited untuk untuk melahirkan rakyat yang sihat dan sejahtera melalui aktiviti-aktiviti bersukan kerana kemajuan negara juga bergantung kepada sumber tenaga manusia yang cergas dan produktif.

“ Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan khususnya Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) di Sabah kerana mengagihkan peruntukan kepada badan-badan JKKK dan JKDB di negeri ini khususnya bagi daerah Tenom pada 30 September lepas.

 “ Mungkin ada pihak beranggapan bahawa jumlah peruntukan RM500.00 itu adalah satu jumlah yang kecil, namun ia membantu meringankan bebanan badan-badan JKKK dan JKDB terbabit untuk menampung kos menganjurkan program berkenaan di kawasan masing-masing.

 “ Justeru, badan-badan JKKK dan JKDB turut berperanan penting untuk menjayakan hasrat kerajaan dan matlamat Hari Sukan Negara dalam meningkatkan penyertaan rakyat berbilang kaum dalam pelbagai bidang sukan. Beliau yang juga merupakan Adun Melalap berkata demikian ketika merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat zon Pedalaman Atas tahun 2016 dekat padang Pekan Tenom pada Sabtu. Hadir sama, DO Tenom Madiyem Layappan, PPM Simon Mamat, OCPD Tenom DSP Firdaus Francis, Pegawai Khas MCMC Jamawi Jaafar, Mohamad Khairu Ahmad @ Abdullah Pegawai KBS Presekutuan Keningau dan Peter Suman Pegawai KBS Tenom.

Selain itu, program ini akan memupuk minat bersukan di kalangan rakyat terutamanya meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai disiplin sukan yang boleh memberikan peluang-peluang kerjaya serta pendapatan kepada golongan belia.

Malah bidang sukan telah melahirkan tokoh-tokoh sukan yang telah menyumbang dalam perkembangan sukan di Sabah dan mengharumkan nama Malaysia pelbagai temasya sukan antarabangsa, jelasnya. Kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan rakyat berbilang kaum dalam pelbagai aktiviti sukan di negara ini kerana bidang sukan boleh menjadi wadah perpaduan kaum dan integrasi nasional.

 Malah kecemerlangan negara dalam sukan antarabangsa juga adalah disebabkan adalah kerjasama dan penglibatan rakyat berbilang kaum yang sememangnya menjadi keistimewaan, kekuatan dan kelebihan negara kita.

Justeru, program ini akan memupuk minat para belia tempatan untuk menceburi bidang sukan dan memerlukan kerjasama semua lapisan masyarakat, dimana Radin berharap berharap para pembekal alat-alat sukan di pedalaman atas khususnya di daerah Tenom akan dapat mengadakan promosi harga istimewa kepada orang ramai sebagai tanda sokongan kepada usaha-usaha kerajaan menganjurkan Hari Sukan Negara, katanya.

“ Saya difahamkan sasaran kita ialah lebih 18 ribu orang dari daerah Tenom, Keningau, Nabawan serta Tambunan menyertai program Hari Sukan Negara Peringkat Zon Pedalaman ini berbanding dengan enam ribu orang pada tahun 2015.  Jumlah penyertaan yang banyak ini membuktikan program ini semakin mendapat sambutan baik rakyat,” jelasnya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:-  1. HSN 1- Radin melakukan pelepasan acara Fun Run sejauh 5km dari Pekan Tenom ke Kompleks Sukan Tenom 2. HSN 2- Radin menyerahkan motosikal kepada Sharin Sulaiman, pemenang hadiah utama cabutan bertuah Hari Sukan Negara Pedalaman Atas.

Isnin, 3 Oktober 2016

PESTA KALIMARAN PERINGKAT NEGERI BAKAL DIADAKAN MAC, 2017

Oleh: Mail Mathew 


 KALABAKAN: Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) Datuk Rubin Balang berkata, perayaan Pesta Kalimaran peringkat negeri akan diadakan di Pusat Kebudayaan Murut (PKM) Polong Tenom pada Mach, 2017. 

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah pada baru baru ini, katanya.

 Rubin berkata, beliau merasa sukacita dan berterima kasih kepada penduduk Kalabakan khususnya PMS Tawau kerana dapat menganjurkan pesta tersebut yang bukan sahaja kepada golongan masyarakat Murut, namun ianya juga turut disertai pelbagai keturunan seperti suku Bugis, Iban dan Suluk.

 “ Matlamat kita adalah untuk menyatu padukan kepelbagaian masyarakat kita supaya mereka berada didalam suasana harmoni aman dan dan damai...(dan) inilah yang dikehendaki oleh pemimpin negara kita, supaya saling hormat menghormati suku suku lain.

“ Inilah yang kita harapkan supaya keharmonian ini akan berterusan sehingga ke generasi seterusnya,” katanya ketika merasmikan Pesta Kalimaran peringkat daerah Tawau-Kalabakan yang diadakan di Dewan Masyarakat Kalabakan pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Presiden PMS Datuk Taimin Lumaing, Presiden Pertubuhan NGO Mamagun Rudy Sulaiman Mairi, para AMT PMS dan AMT NGO Mamagun.

 Selain itu, Rubin yang juga merupakan Adun Kemabong dan Pengerusi LIGS berkata, penjenamaan Pesta Kalimaran itu tercetus apabila PMS mengambil ketetapan dalam mesyuaratnya supaya beberapa bentuk perayaan suku Murut terdahulu seperti Pandawari, Injawari dan Napangaan Nongotom disatukan, katanya.

Dalam pada itu, Rubin turut memaklumkan bahawa peruntukkan khas untuk membiayai kos perayaan Pesta Kalimaran disembilan daerah diSabah telah diluluskan oleh Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak sebanyak RM180,000 iaitu RM20,000 setiap satu daerah, jelasnya.

 Rubin juga turut berterima kasih kepada Wakil Rakyat Kalabakan Datuk Ghaffur Salleh kerana telah melestarikan pembangunan dikawasan itu secara saksama tanpa menyisihkan mana mana kaum lain terutamanya masyarakat suku kaum Murut dikawasan itu.

Berhubung dengan bantahan PMS dan Pertubuhan NGO Mamagun terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana memuatkan sejarah yang tidak tepat mengenai dengan adat kematian Murut didalam buku teks tingkatan satu ianya wajar dilakukan untuk mempertahankan institusi adat suku Murut.

“ Kita telah minta ketua ketua adat kita seperti Ketua Daerah dilima daerah supaya mengadakan mesyuarat dan menyediakan surat bantahan bersama untuk disampaikan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah supaya menarik balik buku buku teks yang telah diedarkan,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.KALABAKAN 1- Rubin tiba diDewan Masyarakat untuk merasmikan Pesta Kalimaran. 2.KALABAKAN 2- Rubin menyampaikan cendera hati kepada salah seorang AJK Pelaksana.

Rabu, 28 September 2016

JASAD DIMUAT KE DALAM TAJAU BESAR KEMUDIAN DIBAKAR KONON ADAT MURUT?

OLEH; ULU PADAS 
 
RUDY SULAIMAN MAIRI

SARANAN DEMI SARANAN dilakukan berbagai pihak agar penyampaian fakta sejarah hendaklah disampaikan maklumat yang tepat, terutama sekali kepada pelajar pelajar yang sedang meningkat naik dari tangga permulaan pengajian mereka. 

Namun masih ada lagi pakar pakar mahupun cendikiawan yang masih belum menerima teguran atau saranan daripada masyarakat luar, mengakibatkan buku rujukan sejarah yang terpenting tanpa disedari telah memuatkan maklumat yang kurang tepat mengenai adat Murut.

Hakikatnya, kejadian tersebut telah mendapat kritikan hebat dari masyarakat Mamagun khususnya bagi etnik Murut, dimana ia bukan sahaja disifatkan mereka sebagai suatu penghinaan tetapi juga ramai yang kesal kerana sejarah tersebut turut diajar ke sekolah sekolah.

Lantaran itu, NGO Mamagun akan menyiasat bukti pemesongan fakta sejarah yang melibatkan pengurusan upacara pengkebumian suku kaum Murut sebelum sesuatu tindakan lanjut akan dilakukan.

Malahan Presiden Pertubuhan NGO Mamagun Sabah Rudy Sulaiman Mairi telah memanggil mesyuarat tergempar yang meminta para AMTnya membincangkan perkara tersebut pada petang Rabu dekat sini.

Ketika dihubungi Rudy berkata, “ Kenyataan rasmi hanya akan dibuat selepas satu laporan polis selesai diadakan kira kira jam 10 pagi Khamis...setakat ini, sebarang kenyataan belum boleh dikeluarkan,” katanya.

Laporan itu kini tersebar luas selepas ianya dimuatkan dlm buku sejarah sekolah. Sejarah itu antara lain mengkisahkan kononnya jasad suku Murut selepas kematian akan dimasukkan ke dalam tajau besar (dipercayai belanga) dan kemudiannya dibakar.

Jikalau terdapat bukti pemesongan ini berlaku berdasarkan tulisan buku sejarah sekolah dan dibenarkan ianya digunakan disekolah sekolah sebagai bahan pengajaran, pihak pihak berkenaan akan bertanggung jawab.

Sehubungan itu, NGO Mamagun akan meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) memberi penjelasan berhubung penggunaan buku buku tersebut disekolah sekolah seterusnya menarik balik buku buku tersebut yang kini berada dipasaran.

Khamis, 22 September 2016

NGO MAMAGUN PERLU DISOKONG KERANA PERANANNYA BAIK, MP TENOM

Oleh: Mail Mathew 
 
AMT NGO MAMAGUN

TENOM: Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, kewujudan NGO Mamagun disifatkannya sebuah pertubuhan yang tidak membebankan masyarakat atau memberi masalah politik dan sosial, sebaliknya perlu diberi sokongan penuh kerajaan. 

Beliau berkata, NGO Mamagun seperti yang diketahui bahawa peranannya sejak ia ditubuhkan adalah untuk membantu rakyat akar umbi khususnya mereka yang berada diatas pagar supaya terus menyokong dasar dan program kerajaan.

Raime berkata, NGO Mamagun juga boleh memainkan peranan yang bukan sahaja isu politik dalaman tetapi juga untuk membantu membanteras ideologi sosial antarabangsa seperti fahaman “Lesbian” yang boleh merosakkan akhlak.

 “ Disebabkan ledakan maklumat yang dicetuskan oleh berbagai rangkaian teknologi, kita tidak dapat menahan kerana semuanya berada dihujung jari kita....tetapi segala maklumat yang diterima ia perlu ditapis dan diperbetulkan terlebih dahulu.

 “ Melalaui NGO Mamagun juga boleh menyampaikan sebarang maklumat kerajaan dengan tepat kepada rakyat akar umbi terutamanya dasar penurunan kuasa yang telah diumumkan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pada tahun lepas (2015),” katanya.

 Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Timbalan Ketua Umno Tenom memberitahu pemberita ketika menyambut kunjungan kehormat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Pertubuhan NGO Mamagun yang diketuai oleh Presidennya Rudy Sulaiman Mairi diPejabat Perhubungan Parlimen Tenom pada Khamis.

 Terdahulu, Presiden NGO Mamagun Rudy Sulaiman Mairi berkata, kunjungan kehormat seperti itu dilakukan kepada semua pemimpin Barisan Nasional (BN) terutamanya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dan juga Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

 Antara lain tujuannya, adalah untuk memberi taklimat berhubung peranan yang bakal dimainkan NGO itu bagi menyampaikan dasar dan program kerajaan dengan tepat kepada masyarakat akar umbi khususnya masyarakat “orang asal” atau “Mamagun”.

NGO Mamagun telah pun ditubuhkan lebih dua tahun lalu mempunyai keahlian setakat ini lebih 5,000 orang dimana kebanyakan tumpuan keahliannya dikawasan Pedalaman Sabah. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.MP TENOM 1- Raime sedang menerima cendera hati daripada Rudy Sulaiman Mairi. 2.MP TENOM 2- Kelihatan Raime ketika memberi taklimat kepada para AMT NGO Mamagun.

Isnin, 19 September 2016

DATUK RUBIN DAN AJK UMNO TENOM KEKAL PENDIRIAN SOKONG NAJIB DAN MUSA

Oleh: Mail Mathew 


KENINGAU: Ketua Bahagian Umno Tenom merangkap Adun Kemabong Datuk Rubin Balang berkata, kawasan baharu DUN Tulid dalam kawasan Parlimen Pensiangan memang mempunyai kewajaran diberikan kepada Umno kerana parti itu telah banyak menyumbang pembangunan dikawasan itu sebelum ini. 

 Lagi pun, dalam kawasan Parlimen Pensiangan kini mempunyai tiga Adun termasuk Adun baharu Tulid semuanya dimiliki parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) tanpa penglibatan Umno yang dilihat sebagai tidak seimbang, katanya.

Selain itu, Rubin turut mengalu alukan kehadiran Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yakob yang mana kehadirannya disitu selain dapat bertemu dengan para ahli Umno ketika persidangan tersebut.

 Tetapi juga beliau berkesempatan mendengar sendiri keluhan beberapa pemimpin akar umbi berhubung masalah pembangunan dikawasan Pedalaman yang masih berkurangan, katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan alu aluan Mesyuarat Perwakilan serentak tiga bahagian Umno iaitu Umno Tenom, UMNO Keningau dan Umno Pensiangan yang dirasmikan Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yakob diDewan Masyarakat Keningau pada Ahad.

Turut hadir, Ketua Umno Pensiangan Datuk Abd Ghani Yassin, Umno Tenom Datuk Rubin Balang, Umno Keningau Datuk Sairin Karno, Pegawai Penerangan Pemuda Umno Pusat Jamawi Jaafar.

Ketika menyentuh isu pembangunan, Rubin mengambil contoh wawasan 2020 yang dicetuskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kira kira hampir 30 tahun lalu, dimana antara lain matlamatnya untuk merangka berbagai aspek pembangunan ekonomi, merapatkan jurang perbezaan bandar dan luar bandar namun hasil pencapaiannya masih jauh sampai ke matlamatnya.

 Justeru, Rubin menggesa Menteri KKLW yang baharu agar lebih kerap turun padang untuk membantu nkan rakyat dikawasan luar bandar diPedalaman yang masih dalam serba kekurangan, katanya.

 “ Rakyat dimana mana ada berpesan, kalau rakyat tolong Umno...sebaliknya, Umno haruslah tolong rakyat pula,” katanya sambil berjenaka.

Dalam pada itu, Rubin mengulangi pendiriannya termasuk para jawatankuasa bahagianya bahawa ikrar taat setia yang pernah mereka zahirkan sebelum ini tetap tidak berubah dan kekal setia menyokong kepimpinan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1. MESYUARAT UMNO- Kelihatan Ismail Sabri (tengah) menerima cendera hati daripada Rubin.

Ahad, 18 September 2016

SEMAKAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963 TINDAKAN TEPAT

Oleh: Mail Mathew 
 
RUDY S MAIRI

TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun Sabah (MAMAGUN) sependapat dengan beberapa cadangan pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung semakan semula Perjanjian Malaysia 1963 iaitu kira kira 53 tahun yang lalu supaya isu tersebut diselesaikan dengan baik tanpa dipolitikkan.

 Langkah sedemikian merupakan jalan terbaik untuk mengukuhkan perpaduan negara selain meredakan pergeseran kaum dimana kelihatan masing masing kumpulan yang tidak sehaluan dengan kerajaan menjadikan isu Perjanjian Malaysia sebagai teras perjuangan mereka, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi, (gambar).

 “ Mamagun percaya bahawa ia bukanlah niat kerajaan Persekutuan untuk menghakis hak hak rakyat dinegeri ini sepertimana termaktub dalam perjanjian itu, sebaliknya mereka juga dilihat sedang mengkaji kesesuaiannya sebelum apa apa tindakan.

 “ Namun sebaliknya, jika kita menyingkap kembali ucapan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ketika merasmikan Hari Kebangsaan pada tahun 2015 diPadang Merdeka Kota Kinabalu, Perdana Menteri turut mengumumkan sistem Penurunan Kuasa...yang lebih mudah dilaksanakan berbanding Autonomi.

 “ Malahan ramai rakyat kita menyifatkan tindakan Perdana Menteri itu telah mula menerima denyut nadi rakyat berhubung hak asasi kita,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Sabtu.

Sehubungan itu, Rudy turut memuji peranan yang dimainkan beberapa pemimpin yang bertindak menganjur Forum bantu rakyat memahami Perjanjian dan pembentukkan Malaysia 1963 yang diketuai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Manakala ahli ahli panelnya terdiri daripada Adun Bingkor Datuk Dr Jeffrey G Kitingan, Peguam Kanan Haji Ansari Abdullah, bekas Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Sabah Datuk Kadoh Agundong (Moderator), bekas Adun Petagas Datuk James Ligunjang dan bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail.

Rudy berkata, para ahli panel tersebut telah sanggup menjelajah diseluruh pelusuk daerah diPedalaman semata mata untuk mendekati rakyat untuk menjelaskan dengan tepat berhubung isi kandungan Perjanjian Malaysia dan Pembetukkan Malaysia 1963 supaya rakyat tidak akan terus terkeliru.

Pada Jun, satu jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan bersama oleh Menteri DiJabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dari Sarawak dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dari Sabah ditubuhkan untuk mengkaji penurunan kuasa kepada kedua dua kerajaan dinegeri Wilayah Borneo.

Difahamkan, jawatankuasa itu akan mengenal pasti isu kegagalan pematuhan dalam konteks Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), Perjanjian Malaysia 1963 dan Akta Malaysia 1963 serta Perlembagaan Persekutuan termasuk laporan Suruhanjaya Cobbold sebelum mengemukakan syor serta penyelesaian untuk pertimbangan kerajaan Persekutuan. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.RUDY SULAIMAN MAIRI- Presiden NGO Mamagun Sabah.

Khamis, 15 September 2016

MAJLIS DUA DALAM SATU ANJURAN 3 JKDB AKAN DIRASMIKAN RADIN

Oleh: Mail Mathew 
 
TIGA ZON JKDB SERAH JEMPUTAN KEPADA RADIN

TENOM: Tiga zon Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) iaitu zon Pekan Tenom, zon Tenom Lama dan zon Tenom Barat bergabung tenaga mengadakan majlis malam Sambutan Perayaan kuih bulan tahun 2016. 

 Majlis sambutan tersebut dijangka akan dirasmikan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Adun Melalap Datuk Radin Malleh bertempat di Dewan Chung Hwa dekat sini pada 19 September 2016 jam 6:30 petang, kata Pengerusi Penganjurnya Chong Neng Choon ketika memberitahu pemberita pada Khamis.

 Selain itu, beberapa orang kenamaan turut dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut antaranya, Adun Kemabong Datuk Rubin Balang, MP Tenom Datuk Raime Unggi, Senator Datuk Dr Lucas Umbul, DO Tenom Madiyem Layappan, OCPD Tenom DSP Firdaus Francis, Pengerusi Tenom Chinese Chamber Ng Giok Siong dan para Kapitan Cina.

Menurut Chong, majlis tersebut juga sebagai meraihkan perlantikkan tiga JKDB baharu antaranya Steven Chung (Pekan Tenom), Chong Neng Choon (Tenom Lama) dan Voo Lee Leong (Tenom Barat), yang mengambil alih tampuk kepimpinan lama yang telah tamat tempoh masing masing.

Seorang daripada JKDB yang baharu dilantik bagi zon pekan yang juga merupakan Ketua Pemuda LDP Melalap Steven Chung berkata, beliau sudah merangka beberapa perancangan untuk melakukan penambahbaikan dikawasan pekan terutamanya dari segi kebersihan keseluruhannya, katanya.

Selain itu, berbagai acara menarik dijangka akan mewarnai majlis itu seperti cabutan tikit bertuah, pertandingan tanglung (lantern), dan nyanyian serta tarian kebudayaan masyarakat Cina. Orang ramai adalah dijemput hadir dimana kehadiran adalah percuma. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.MOON CAKE 1- Banner jemputan majlis Kuih Bulan dan meraihkan perlantikkan JKDB. 2.MOON CAKE 2- Steven Chung menyerahkan surat jemputan rasmi kepada Datuk Radin.

Jumaat, 9 September 2016

MPOB SEDIA BANTU USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA, KATA DATUK YAP

Oleh: Mail Mathew 
 
BARISAN AJK PPKT

TENOM: Penasihat Kehormat Persatuan Pekebun Kecil Tenom (PPKT) Datuk Yap Yun Fook berkata, kini peluang setiap usahawan untuk melangkah maju kehadapan dalam bidang penanaman kelapa sawit kerana Malaysian Pump Oil Berhad (MPOB) akan memberi subsidi sebanyak RM9,000 untuk satu hektar. 

 Selain itu, pihak MPOB akan membantu para usahawan untuk menerokai ladang dan sehinggalah kepada proses penanaman seterusnya melakukan penjagaan dan rawatan kepada tanaman sawit sebelum diserahkan kepada pemiliknya, katanya.

 Beliau menambah, peluang seumpama itu tidak harus dipersia siakan atau berfikiran negatif apabila mendengar maklumat yang tidak sahih mendakwa kononnya industri sawit juga menghadapi pasaran harga yang tidak stabil iaitu bakal senasib dengan pasaran getah.

“ Kenapa mesti bimbang dengan harga pasaran yang berlaku turun dan naik...sedangkan kita belum cukup berusaha menambah keluasan ladang tanaman yang bukan sahaja kepada kelapa sawit atau getah tetapi juga ia harus dipelbagaikan kepada tanaman lain seperti halia, kopi dan sebagainya.

 “ Selain fokus kepada tanaman pertanian, tetapi kenapa kita tidak pelbagaikan kepada ternakan khususnya lembu tenusu dimana hasil tenusu boleh dipasarkan dengan harga yang stabil,” katanya ketika merasmikan majlis makan malam dan sambutan ulang tahun ke-15 PPKT diDewan Chung Hwa dekat sini pada Khamis.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layappan, Pegawai Pertanian Osman Marzuki, Pengerusi PPKT Kapitan Alfred Tai Nyuk Wei, Pengerusi Penganjur James Pao, Pegawai MPOB Keningau, para AJK PPKT dan para pemimpin masyarakat tempatan.

Yap yang merupakan seorang usahawan yang berjaya berkata, meskipun harga pasaran komoditi menjadi kekangan kepada setiap usahawan namun ianya bukanlah merupakan persoalan pokok yang menjadi alasan untuk menutup kerjayanya, sebaliknya masih ada ruang seluas luasnya untuk terus maju dalam bidang tersebut.

 “ Seseorang usahawan pertanian harus bersabar dan tabah dalam usahanya....(sebaliknya) jangan takut dan bimbang kepada kegagalan tetapi cekal dan berusaha gigih untuk meneruskan kerjayanya sebagai usahawan,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.PPKT 1- Datuk Yap (4th kanan) menerima momento daripada Alfred Tai. 2.PPKT 2- Datuk Yap menyampaikan amanatnya. 3.PPKT 3- Datuk Yap bersama kenamaan lain menikmati hidangan.