Khamis, 24 Mei 2012

BELIA DISERU BANGKIT, BERJUANG BURU KEADILAN

Oleh: Ambrose M Matthew 

TENOM: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Star Sabah Hasmin Azroy Abdullah menegaskan bahawa penglibatan beliau dalam politik bukan sekadar memenuhi minatnya dalam bidang itu namun ia dibuat berlandaskan kesungguhannya untuk membela hak asasi rakyat negeri ini yang kini semakin tertindas. 

Beliau berkata, perjuangan yang amat penting ini ianya memerlukan kebangkitan tenaga generasi muda untuk meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin terdahulu yang belum pernah selesai. Jika tidak siapa lagi yang diharapkan sebagai sandaran perjuangan itu.

“ Umpamanya saya membawa anak bermandi manda disebuah kolam renang...tiba tiba anak saya tenggelam kerana tidak tahu berenang...(Jadi), apakah lojik saya memberi alasan bahawa saya pergi belajar menyelamat nyawa dulu baru saya selamatkan anak saya yang tenggelam dan memerlukan bantuan saya untuk menyelamatkannya,” ujar beliau dihadapan kira kira lebih seratus orang semasa Pesta Kaamatan diperingkat Mukim diKg Kalang pada Sabtu lepas.

Azroy berkata demikian sebagai mengulas desas desus mengatakan bahawa perjuangan politik beliau dalam usia muda terlalu awal untuknya menceburi bidang tersebut sedangkan beliau seorang pemegang Izajah yang masih boleh menumpukan bidangnya untuk berbakti kepada masyarakat.

Beliau berkata, dalam lingkungan usia sebegitu rupa, tidak ada masa untuknya membiarkan arus gelombang kecelaruan berterusan di bumi bertuah ini tanpa penghujungnya dimana umum semua tahu bahawa pada hakikatnya rakyat Sabah akan menjadi pelarian dibumi sendiri namun apakah rakyat Sabah akan membiarkan keadaan sedemikian akan berlaku.

Malahan tegasnya, tidak perlu merasa gentar ataupun takut jika perjuangan itu dibuat seikhlas ikhlas dan sejujur jujurnya untuk menuntut hak keadilan yang sama rata yang telah pun dipersetujui ketika pemeteraian perjanjian pembentukkan Malaysia sekitar tahun 1963 tetapi malangnya ia menyimpang dilandasan yang betul ketika dipertengahan jalan.

 “ Jikalaulah mereka lakukan yang betul sepertimana yang yang dijanjikan terdahulu...kenapa pula kita menentang dasar dasar mereka jikalaulah dasar itu baik untuk kita dan tidak bercanggah dengan persetujuan asal...tentunya sehingga sekarang tiada masalah, malah kamu boleh bayangkan apa mereka telah lakukan kepada kita,” tegas beliau.

 Justeru, beliau menyeru rakan rakan belia agar turut bangkit bersama sama memperjuangkan hak asasi rakyat dinegeri ini demi keadilan dan kesaksamaan sejejar dengan amalan demokrasi yang tulen sepertimana dijamin didalam Perlembagaan Persekutuan.

 “ Kita minta  kerajaan laksanakan RCI secepat mungkin untuk menyiasat pemberian MyKad dan kerakyatan kepada warga asing menerusi pintu belakang...kita juga mahu hasil kekayaan bumi negeri ini terutamanya minyak diberi agehan royalty yang seadil adil selain meminta 20 Perkara dikaji semula dan dilaksanakan, malahan kita Sabah bukan sebahagian daripada wilayah tanah jajahannya tetapi adalah sebagai rakan kongsi kuasa ketika pembentukkan Malaysia bersama Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, ” tegasnya. Ends///..