Ahad, 17 April 2011

SAPP MEMILIKI STESEN TV, RADIO SENDIRI?

Oleh: FLAVIUS ROBERT

KOMEDENAN frasarana teknologi komunikasi dan informasi SAPP semakin canggih dan mampu bersaing dengan teknologi media perdana dalam usaha parti itu untuk mendapatkan maklumat tepat, sahih dan terkini untuk disalurkan ke kawasan akar umbi termasuk juga maklumat maklumat diperingkat global.


Meskipun pun ia masih diperingkat ‘percubaan/ujian’ namun sudah menampakkan keupayaannya sebelum dilancarkan oleh Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dalam masa terdekat ini namun petugas Sabahtv.net milik SAPP DJ Stephen Gaimin iaitu seorang lulusan Izazah Komunikasi daripada UTM menegaskan bahawa frasana tersebut sudah mampu dan berupaya memberi maklumat tepat ketika PRU Negeri Sarawak kali ke-10 baru baru ini.


Bagaimana pun Stephen menjelaskan bahawa sesiapa sahaja indidvidu boleh mengikuti siaran tersebut bermula jam 6 pagi dengan melayari www.sabahtv.net klik Radio jika pendengar ingin mendengar siaran radio atau klik tv untuk mengikuti perkembangan dalam dan luar negeri termasuk kawasan kawasan diMalaysia.

Dalam pada itu, Pegawai Penerangan SAPP Tenom Ambrose M. Matthew yang melawat mini konti itu yang menempatkan petugas petugas sabahtv.net bersiaran setiap hari sempat menemubual PP tersebut berhubung pilihanraya umum negeri Sarawak seperti berikut,

Sabahtv.net: Selamat petang sdra AMM, bagaimana pandangan Tuan berhubung kekuatan dan kebangkitan pembangkang dalam pilihanraya umum Negeri Sarawak pada kali ini.

AMM: Saya merasakan pengundi pengundi Sarawak terutamanya golongan pengundi muda sudah mendapat momentum perlunya ada perubahan dalam kepimpinan untuk membawa keluar Sarawak daripada corak kepimpinan yang membosankan sekaligus sistem digunapakai telah menjadi jumud.

Sabahtv.net: Bolehkah sdra AMM jelaskan maksud jumud?

AMM: Maksud jumud ialah sesuatu perkara yang sudah basi dan tidak relevan lagi atau dalam bahasa Inggeris disebut ‘outdated’.

Sabahtv.net: Apa yang kebanyakkan penganalisis politik telah ramalkan bahawa kemungkinan BN akan menang malah dapat mengekalkan majoriti 2/3, tetapi ada juga ramalan DAP mampu meningkatkan keupayaannya dimana sekarang ini DAP mendahului sokongan dari calun BN khususnya SUPP.

AMM: BN mendapat 2/3 tidak menghairankan kerana calun PBB di32 kawasan merupakan pemimpin setia KM Sarawak Taib Mahmud, lagi pun calun calun PKR yang diturunkan menentang saf kepimpinan Taib semuanya dikalangan surat khabar lama. DAP memang mampu merobek benteng pertahanan BN khususnya SUPP berdasarkan misi perubahan mereka cukup bersedia dimana DAP telah menurunkan calun calun yang menentang BN-SUPP dikalangan muda mudi dan cendikiawan iaitu kebanyakkannya Peguam, doktor dan Jurutera.
Sabahtv.net: erima kasih AMM kerana sudi dating ke studio mini kami.

AMM: Terima kasih kembali.


Caption:-

1. Gambar AMM DITEMUBUAL DJ SABAHTV.NET- Kelihatan dibelakang MP Sepanggar memerhati sesi temubual Datuk Eric Mojimbun.
2. Gambar AMM DITEMUBUAL DJ SABAHTV.NET 2