Rabu, 10 Ogos 2016

PENANTIAN 30 TAHUN 400 PENDUDUK KG ULU TEPOH DAPAT BEKALAN AIR KINI TERCAPAI

Oleh: Mail Mathew 

RAIME
TENOM: Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, masalah penduduk Kg Ulu Tepoh seramai 400 orang untuk mendapatkan bekalan air selama 30 tahun dalam penantian, kini telah selesai. 

Beliau berkata, sebaik mendapat laporan daripada kakitangannya berkaitan masalah air dikampong terbabit, peruntukan khas untuk tujuan itu segera diluluskan untuk menyelesaikan masalah mereka supaya penderitaan mereka tidak berpanjangan.

 “ Kita akan terus bertindak sekiranya laporan sampai kepada kita...lagi pun itu sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pemimpin di kawasan saya untuk membantu rakyat yang berada dalam kesusahan.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa, kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin akan masalah yang dihadapi oleh rakyat malah ia tidak pernah mengabaikan tanggung jawabnya.

“ Sebaliknya, pemimpin akar umbi hanya perlu melaksanakan tugas dan tamggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat kerana rakyat yang memilih kerajaan dan pemimpin yang ada hari ini.

“Penyediaan kemudahan asas penduduk kampung diluar bandar merupakan tanggungjawab utama para pemimpin akar umbi dan pihak kerajaan dalam memudahkan aktiviti harian penduduk", katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Pembinaan Paip Graviti Baru dan Majlis Hari Raya Kg.Ulu Tepoh di Dewan Terbuka Kg.Ulu Tepoh pada Ahad lepas.

Sepanjang 5 kilometer batang poly paip yang baharu telah dipasang untuk menggantikan batang paip yang telah rosak untuk disambung dari ulu sungai di Taman Negara di kampung itu, katanya.

Setelah siap pemasangan poly paip baharu, ianya dapat membekalkan air sebanyak 70 buah rumah dengan kos pembinaannya  berjumlah kira kira RM60 ribu melalui peruntukkan khas Parlimen Tenom, tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg.Ulu Tepoh, Nazarius Gerimus berkata, polypaip yang lama di ulu sungai itu tidak lagi sesuai dan berfungsi dengan baik untuk membekalkan air kepada penduduk kampung disebabkan kedaifan paip yang lama, seterusnya antara sebab ia diganti dengan polypaip baharu.

Katanya, aktiviti harian termasuk penyediaan makanan dan minuman dan bermandi manda antara perkara yang penting dimana ianya semua bergantung kepada sumber air yang cukup untuk menjana kira kira 400 penduduk dikampong itu, katanya.

“Seperti musim kemarau baru-baru ini, untuk mendapatkan bekalan air bersih para penduduk kampung terpaksa berulang-alik ke Pekan Tenom atau Keningau bagi membeli bekalan air bersih di mesin-mesin menjual air.

Selain itu, Nazarius mewakili suara penduduk kampung merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih diatas keperihatinan Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi, kakitangannya dan jabatan yang berkaitan kerana membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung selama ini.

Turut hadir, Naib Ketua Bahagian Umno Tenom, Juli Malik Hussin dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Tenom, Norhazrilah Latif, AJK Umno Bahagian Tenom dan para penduduk kampung. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1. Gambar GRAVITI PAIP- Raime (kanan) dan Nazarius membuka air paip sebagai simbolik perasmian paip graviti air kampung itu.