Isnin, 7 April 2014

PEMILIHAN PKR TENOM: mampukah Masdin mengekalkan jawatan KC?

Oleh: Ambrose M Matthew

PROSES penamaan calon bagi pertandingan untuk semua jawatan ketika pemilihan umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah berlangsung pada Ahad di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di Kota Kinabalu dimana sebaik sahaja langkah pertama itu selesai maka semua calon dibolehkan berkempen secara sihat dan dalam suasana persahabatan.

Dalam pada itu Cabang PKR Tenom, tidak akan terkecuali untuk mengadakan pemilihan dimana jawatan
MASDIN TUMAS
Ketua Cabang bakal berentap tiga penjuru diantara Masdin Tumas selaku penyandang yang akan mempertahankan jawatan itu. Beliau akan ditentang oleh dua pemimpin PKR yang dikenali ramai iaitu Adris Taripin dan Daniel Rigai yang juga merupakan seorang pengasas PKR diTenom ketika parti itu mula berkembang sayapnya diSabah.

Masdin yang sebelum itu bekas calon PKR bertanding dalam PRU13 bagi kerusi Parlimen Tenom. Walau pun tewas pada PRU13 namun undi yang diperolehi beliau hampir mencecah 6,000 undi menunjukkan kredibiliti beliau sebagai “pemimpin” hampir menjadi kenyataan.

Selain itu, beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Cabang merupakan seorang pemimpin yang sempat menimba pengalaman politik daripada bekas bossnya Allahyarham Datuk Haji Halik Zaman sejak tahun 2010 sehinggalah tahun 2013.

Beliau yang berkelulusan Diploma dalam bidang Perhubungan Awam dan Multimedia, pernah bertugas sebagai wartawan beberapa tahun dahulu disebuah akhbar
ADRIS TARIPIN
tempatan dan kini beliau bertugas disebuah Industri swasta sebagai Pegawai Pemasaran.

Manakala Adris Taripin seorang usahawan berbangsa Murut Timugon dan bekas pelajar di Open Universiti Malaysia (OUM), bekas calon PKR bagi kerusi Parlimen Tenom pada tahun 2008 tetapi tewas dan hanya mendapat undi hampir 3,000 orang.

Daniel Rigai seorang dari suku Lundayeh meskipun setakat pembabitannya dalam politik semasa diTenom kurang memberangsangkan namun dari aspek demokrasi tidak ada sebab baginya dinafikan untuk mencoba nasib untuk bertanding dalam perebutan jawatan ini.

Dalam pada itu, sumber sumber politik yang boleh dipercayai menyatakan bahawa pertandingan ini diramalkan berlaku persaingan sengit antara Masdin Tumas dan Adris Taripin dimana Masdin sudah tentulah mempunyai kelebihan sokongan selaku bekas penyandang Ketua Cabang dan juga seorang bekas calon PRU13 mewakili PKR.

Tambahan pula Masdin dikatakan mempunyai sokongan kuat daripada orang orang lama dalam politik selaku “master mind” atau 'pemimpin dibelakang tabir” beliau, sama ada dikawasan Dun Melalap atau Dun Kemabong untuk mempastikan kemenangan selesa bagi Masdin.