Sabtu, 23 April 2016

PESTA KAAMATAN TENOM PERINGKAT NEGERI HANYA TINGGAL SEMINGGU?

Oleh: Mail Mathew

BALOI TULUS- MURUT TIMUGON
TENOM: Kemuncak perayaan Pesta Kaamatan 2016 Peringkat Negeri Sabah yang bakal berlangsung dekat sini pada 1Mei 2016 hanya tinggal kira kira seminggu (7 hari). Tema perayaan “ Keamanan dan Persahabatan, Masisindangan am Pamagunan Moonsoi” (Peace and Friendship).

 Beberapa petugas yang dipertanggung jawabkan untuk menyediakan persiapan dilapangan seperti pemasangan kanopi untuk gerai gerai pertanian dan pameran kraftangan serta memasang struktur pentas utama pelancaran Pesta Kaamatan oleh Ketua Menteri Sabah sedang giat dijalankan.

BEKAS KD HAJI MARIBIN
Turut kelihatan disudut tepi padang, tiga buah rumah kebudayaan masyarakat Murut Timugon, Murut Taghol dan suku kaum Dusun telah siap dibina sepenuhnya. Namun segala galanya bergantung kepada faktor cuaca yang baik agar acara yang telah siap diatur tidak tergendala.

Tiga pemimpin masyarakat tempatan ketika ditemui, masing masing menyatakan bahawa perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri kali ini bagi kali ke-3, selepas tahun 1997 dan 1998, diharapkan antara yang terbaik pernah berlaku sebelum ini. Seorang bekas Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri Tenom, OKK Haji Maribin Rugin menjelaskan bahawa perayaan Pesta Kaamatan merupakan satu satunya perayaan yang kaya dengan sumber informasi dari segi adat dan senibudaya yang harus ditonton oleh generasi Y.

PEMAJU MUKIM KURITING
“ Itu sebabnya pelbagai karya seni diperagakan terutamanya rumah tradisi yang disebut orang terdahulu sebagai 'baloi tulus'....kerana keunikannya dalam merayakan sesuatu pesta berunsurkan kekeluargaan seperti mansisia dan magimamata...semua keluarga berkumpul disitu,” katanya ketika ditemui pada Sabtu dirumah tradisi pekan Tenom.

 Seorang lagi pemimpin Murut, Ketua Kampong (KK) Jungaton Antik mengajak para ibubapa agar membawa bersama sama anak anak mereka untuk menghadiri sambil menonton acara acara Pesta Kaamatan terutama sekali aktiviti adat dan senibudaya supaya anak anak mereka dapat memahami senibudaya nenek moyang terdahulu.

Manakala Pemaju Mukim Kuriting Anguin yang mengetuai pembinaan rumah tradisi Murut Taghol yang disebut sebagai “ Pahun Patingaisan” berkata, jika generasi Y tidak didedahkan mereka dengan adat senibudaya kita terdahulu, mungkin juga mereka ketinggalan zaman malah tidak tahu langsung adat dan senibudaya Murut kerana telah ditenggelami oleh arus kemodenan. Ends///...(Mail Mathew)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan