Ahad, 17 Mei 2009



PETA MENUNJUKAN KAWASANPARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI [ Peta daerah Tenom secara ringkas menunjukan kawasan PARLIMEN dan ADUN ]District Region, Parliment & Sabah State Assemblymen.( Region Of Tenom, Assemblymen N.35 Melalap, N.36 Kemabong& Parliment P.181 Tenom.)Klik untuk melihat Kawasan Parlimen P 181 Tenom

PROFILE DAERAH TENOM

SEJARAH DAERAH TENOM

Daerah Tenom telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1900an. Pegawai Dearah yang pertama bernama bernama M.C.M. Weedon. Pembukaaan Daerah Tenom oleh pihak Inggeris bermula dengan pembukaan Sapong Estate dan Melalap Estate. Namun demikian, mengikut kajian Arkeologi yang dibuat oleh T.R William (1962). Dr. Neville (1963) A.H Dumbelton dan F. Wassey (1984) serta Ian Crawton (1980), ke atas beberapa tempat di Tenom seperti Batu Penotal (Penotal Gorge) dan bukit bukau di Banjaran Kroker (Crocker Range) terbukti kawasan ini telah diduduki sejak pra sejarah lagi. Di kawasan ini dijumpai 'Batu Penukul' beliung, batu yang digunakan oleh orang orang Murut untuk memburu dan membuat pakaian. Pada mulanya nama Daerah Tenom adalah Port Birch, iaitu sempena nama Gabenor E.W Brich (1901-1904) . Bagaimanapun nama Tenom telah ujud pada tahun 1904 berikutan dengan siapnya pembinaan jalan keretapi dari Beaufort ke Tenom dan Melalap.

LOKASI DAERAH/TOPOGRAFI/TANAH PERTANIAN.
Kedudukan Tenom adalah dikelilingi oleh sempadan dengan Daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan Indonesia. Keluasan Daerah Tenom kira kira 2,238 km atau 930 batu persegi dan meliputi Daerah Kecil Kemabong. Topografi adalah bukit bukau. Hujan Tropika yang lebat dan subur didapati di tanah-tanah rendah dan berbukit bukau dan amat sesuai untuk aktiviti pertanian. Dua buah sungai yang mengalir melalui daerah ini iaitu Sungai Padas dan Sungai Pagalan, merupakan sumber air kepada penduduk-penduduk Daerah Tenom dan juga sebagai penjana bekalan api Elektrik Hidro Tenom Pangi. Manakala taburan hujan di Daerah Tenom pada tahun 2000 ialah 1,937.9mm.

PENDUDUK
Daerah Tenom mempunyai bilangan penduduk seramai 39,240 orang mengikut banci (Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia Tahun 2000). Pada tahun 2006 penduduk Tenom seramai 51,000 orang . Bilangan ini termasuk Daerah Kecil Kemabong. Suku kaum Murut merupakan suku kaum yang terbesar iaitu 60%, diikuti oleh cina 20%, Melayu 10%, Dusun/Kadazan 8% dan lain-lain 2%. Suku kaum Murut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu suku Murut Timugon dan Murut Tagol Suku kaum Murut Timugon kebanyakannya menetap di Kawasan Mukim Pekan, Mukim Melalap dan Mukim Entabuan manakala kaum Murut Tagol menetap di kawasan di Mukim Sapong, Mukim Kemabong, Mukim Tomani dan Mukim Rundum.

SOSIO BUDAYA
Daerah Tenom mempunyai kebudayaan dari berbagai kaum. Ia memberi sumbangan dan gabungan dari berbagai kaum, khususnya Murut Tagol, Murut Timugon, dan Suku Lundayeh, Melayu dan Cina. Sikap tolak ansur antara kaum juga nampak dan jelas menjadikan pegangan. Semua bentuk kebudayaan serta agama lain adalah dihormati. Di majlis-majlis perkahwinan, Sambutan Hari Raya Aidilfitri/Adha, Hari Natal atau Krismas, Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan atau hari Napangan Nanantab dan lain lain, masyarakat dari semua kaum akan bergaul dan mengunjungi rumah saudara mara tanpa mengira keturunan dan agama demi mengeratkan tali persahabatan serta muhibbah yang telah diamalkan sejak sekian lama.

AGAMA
Agama Kristian dianuti oleh sebahagian daripada masyarakat Murut Lundayeh dan Kadazan / Dusun. Agama Buddha dianuti oleh Masyarakat Cina. Selain itu terdapat sebahagian daripada masyarakat Murut Lundayeh, Cina yang menganuti agama Islam, Tao, Nasrani dan ada juga yang masih Pagan. Walaupun agama yang dianuti oleh masyarakat di Tenom, sesuatu yang jelas ialah kepatuhan terhadap tanggungjawab untuk mengerjakan ibadat sembahyang di kalangan komumniti -komumniti yang mengamalkan sistem yang berbeza-beza. Semuanya ini melambangkan toleransi yang wujud di kalangan kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza itu dan jelas juga selaras seperti yang termaktub dalam Rukun Negara.

PERHUBUNGAN
Daerah Tenom boleh dihubungi dengan jalan darat melalui Jalan Kimanis - Papar dan Tambunan - Keningau atau Bamban Kemabong - Sipitang dengan jarak lebih kurang 209 kilometer. Daerah Tenom tidak mempunyai masalah tentang perhubungan jalan darat oleh kerana hampir keseluruhan kampung dalam Daerah Tenom telahpun mendapat perhubungan jalanraya, samada ianya dibina oleh Kerajaan melalui Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pembangunan Persekutuan ataupun Syarikat-Syarikat Pembalakan. Selain itu terdapat juga perkidhmatan keretapi daripada Stesyen Tanjung Aru, Kota Kinabalu melalui Papar - Bongawan, Membakut dan Beaufort sejauh 134 kilometer.

EKONOMI
Kedudukan Ekonomi Daerah Tenom adalah bergantung kepada hasil pertanian terutama sekali pengeluaran getah yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk Daerah Tenom. Pada masa kini pertumbuhan ekonomi di daerah ini telah meningkat dengan perwujudan pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan terutama sekali pertumbuhan sector Perindustrian, Perkilangan dan juga Pelancongan .

PERTANIAN
Pada asasnya Dearah Tenom mempunyai keluasan kawasan yang berpotensi untuk pertanian berjumlah 30,000 hektar.Sehingga tahun 2000 keluasan yang diusahakan berjumlah 22,000 hektar. Tanaman utama ialah Getah dan diikuti oleh Koko, Kopi, padi sawah dan diikuti oleh tanaman buah-buahan. Stesen Penyelidikan Lagud Seberang adalah sebuah Pusat Penyelidikan dan Kajian terhadap pelbagai tanaman seperti Koko, Kopi, Buah-Buahan dan lain lain. Selain itu pusat ini juga ada menjual pelbagai jenis benih ( bibit ) buah-buahan untuk dijual kepada orang ramai. Di Daerah Tenom juga terdapat beberapa Agensi Kerajaan yang memainkan peranan penting dalam Pertubuhan Peladang seperti Tanah Negeri Sabah, Lembaga Industri Getah Sabah.

PENTADBIRAN
Daerah Tenom mempunyai 07 Kawasan Mukim termasuk Daerah Kecil Kemabong dan 201 buah kampung, 116 buah Badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Seorang Ketua Daerah, 07orang Ketua Anak Negeri, 27 Wakil Ketua Anak Negeri, 27 orang Ketua Kampung serta 06 Ketua Masyarakat Cina. Daerah ini mempunyai Pusat Pentadbiran yang ditempatkan di Pekan Tenom yang diketuai oleh Pegawai Daerah, Tuan Faimin Kamin selaku Pegawai Daerah yang ke 21 disamping Ketua Ketua Jabatan yang lain seperti Kuasa Kuasa Tempatan. Jabatan-Jabatan Negeri dan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan.

KAWASAN PILIHANRAYA
Daerah Tenom mempunyai Dua Kawasan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu Kawasan N.35 MELALAP yang diwakili oleh Yang Berhormat Datuk Radin Malleh (PBS-BN) dan Kawasan DUN N.36 KEMABONG diwakili oleh Yang Berhormat Datuk Rubin Balang. Kedua-dua Kawasan Pilihanraya N.35 MELALAP dan N.36 KEMABONG adalah termasuk dalam Kawasan Pilihanraya Parlimen P.181 TENOM yang diwakili oleh Yang Berhormat Tuan Raime Unggi. Jumlah Pemilih Kawasan DUN.35 MELALAP ialah 16,607 orang dan Kawasan DUN.36 KEMABONG ialah 11,140 orang pemilih, manakala jumlah pemilih Kawasan Parlimen P.181 TENOM ialah 27,747 orang pemilih.

KEPESATAN PEMBANGUNAN
Daerah Tenom kini bersama maju dengan daerah daerah lain di Negeri Sabah. Berbagai kemudahan asas disediakan oleh Kerajaan. Di Daerah Tenom, dulunya adalah sebuah daerah yang agak suntyi dan terpencil daripada berbagai kemudahan, kini daerah ini telah berubah wajah kepada sebuah daerah yang sama sama maju. Daerah yang membangun dengan adanya projek-projek yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sejak Merdeka seperti Bangunan Jabatan Kerajaan, beberapa buah sekolah Menengah, Sekolah Rendah, Bangunan Kedai yang Baru, Perumahan Kos Rendah, Pusat Kesihatan Hospital, Masjid, Gereja, Tokong dan sebagainya. Pembinaan sebuah jalanraya Tenom ke Beaufort menyeberangi Sungai Padas adalah satu satunya projek yang menjadi lambang kemegahan dan mercu tanda untuk Daerah Tenom khasnya dan seluruh masyarakat di Bahagian Pendalaman Atas amnya yang akan menikmati kemudahan jalanraya tersebut. Di samping kepesatan pembangunan yang berlaku di daerah ini, kampung-kampung dalam daerah ini turut sama menikmati kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan seperti Masjid, Gereja, Surau, Chapel, Tokong, Sekolah, Klinik, Balairaya, Rumah Kebudayaan, Bekalan Api ELektrik Bekalan Air, Jalanraya dan sebagainya. Untuk kemudahan penduduk-penduduk kampung.

BEKALAN AIR
Sumber Bekalan Air Tenom ialah Sungai Padas. Bekalan air bersih tidak menjadi masalah, kini terdapat dua buah Loji Penapis Air iaitu di Tenom dan Daerah Kecil Kemabong. Selain itu terdapat juga Bekalan Air Gravity oleh Jabatan Air dan Jabatan Kesihatan.

BEKALAN API LETRIK
Di Daerah Tenom terdapat sebuah Janakuasa Hidro Elektrik yang terdapat di Pangi. Janakuasa Hidro Elektrik ini satu-satunya merupakan Stesen Run Off River yang pertama di Sabah. Kemampuan Bekalan Elektrik ini ialah 66 Megawat. Stesen ini memebekalkan tenaga ke Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Papar, Beaufort, Keningau dan Tenom. Kini kira kira 6,169 buah rumah di daerah ini telah mendapat kemudahan elektrik.

SEKOLAH
Di Daerah Tenom sehingga 31 Januari 2001 terdapat 50 buah sekolah iaitu 03 buah Sekolah Menengah Kebangsaan, 02 buah Sekolah Menengah Bantuan dan Sebuah Sekolah Menengah Swasta dan 45 buah Sekolah Rendah yang telah menampung seramai 11,205 orang pelajar Rendah dan Menengah. Bilangan ini tidak termasuk jumlah pelajar Sekolah Swasta. Dari segi tenaga pengajar pula bilangan guru Sekolah Rendah seramai 784 orang. Manakala bilangan guru Sekolah Menengah 194 orang.

PERUBATAN DAN KESIHATAN
Untuk kemudahan kesihatan kepada masyarakat di Daerah Tenom, Kerajaan telah menyediakan pelbagai Pusat Kesihatan. Sebuah Hospital Daerah dan Pusat Kesihatan telah d wujudkan di Pekan Tenom. Ianya memeberi khidmat perubatan dan Kesihatan kepada penduduk di Daerah Tenom dan Daerah Kecil Kemabong. Kini terdapat 03 buah Pusat Kesihatan dan 08 buah Klinik Desa dan sebuah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Selain itu terdapat juga 02 buah Klinik Swasta dan 02 buah Klinik Tradisional.

PELANCONGAN
Tenom kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti bukit bukau yang penuh misteri dan lengkap dengan tumbuh-tumbuhan pelbagai jenis dan hidupan liar. Sungai-sungai yang hebat dan deras seperti Sungai Padas dan Sungai Pegalan. Di Daerah Tenom terdapat beberapa tempat menarik untuk dilawati oleh para pelancong. Taman Pertanian terletak di Lagud Seberang kira-kira 8 kilometer dari Pekan Tenom. Taman ini menjanjikan kekekalannya sebagai warisan hijau selama-lamanya. Taman Pertanian ini memaparkan aktiviti Kementerian Pertanian Dan Industri Pemakanan Sabah dalam Pembangunan Luar Bandar. Disini nilai Estetika dan Sains digabungkan bagi mengimbangi zaman yang berlalu dengan masa yang akan datang, budaya dengan kemajuan serta alam sekitar. Tempat-tempat pelancongan lain yang sedia ada seperti Pusat Kebudayaan Murut di Pulong Melalap. Batu Berukir di Tomani, Air Terjun di Kg. Amboi, Kg. Baru Jumpa, Kg. Kalang dan Reakrasi Air atau White Water Rafting di Pangi. Satu lagi mercu tanda kemegahan iaitu pembinaan sebuah Tugu sebagai memperingati Pahlawan Murut bernama Antanom atau Ontoros yang berjuang bagi kaum mereka di Rundum pada tahun 1915.

KEMUDAHAN LAIN
Syarikat Telekom Malaysia ada menyediakan kemudahan perkhidmatan Telekomunikasi. Selain itu terdapat juga sebuah Pejabat Pos bagi Perkhidmatan Pos , dan Pusat Internet Desa ( PID ) yang tertelak di bangunan Pejabat Pos

TEMPAT PENGINAPAN
Bagi Pelancong atau Pelawat yang melawat Daerah Tenom tidak mengalami kesulitan tempat tinggal. Tenom mempunyai sebuah Hotel yang Bertaraf antarabangsa, di samping hotel-hotel sederhana, Chalet dan Rumah Rehat yang disewakan dengan harga yang sederhana dan berpatutan .

TEMPAT MAKAN
Disini terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan dan minuman yang halal. Disamping harganya yang amat berpatutan.

KENALI DAERAH TENOM



Pelancongan


Tenom kini telah dan sedang menjadi salah satu destinasi pelancongan di Negeri Sabah yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri seperti berikut:

Taman Pertanian

Terletak di Lagud Sebrang, 12 kilometer dari Pekan Tenom dan 212 km dari Kota Kinabalu. Disini terdapat Muzium Tanaman Hidup, Taman Orkid dan Lebah Madu.

Muzium Taman Hidup

Muzium ini terletak didalam kawasan Pusat Penyelidikan Pertanian Lagud Seberang. Disini anda akan dapat melihat pelbagai jenis tanaman yang mempunyai nilai serta kegunaan dalam pertanian dan perindustrian. Muzium yang mempunyai keluasan 8 ekar dan mempunyai lebih kurang 400 jenis tanaman. Para pelawat akan berpeluang melihat pelbagai tanaman yang telahpun dibahagikan mengikut kegunaan seperti sayur-sayuran, rempah-ratus, buah-buahan, tanaman minuman, wangi-wangian dan sebagainya.

Lain-lain tanaman liar dari hutan yang didapati ialah Timakon, Peruput, Dabai, Kembayau, Kesusu, Sentul, Mengkudu dan Mundu. Manakala tanaman yang diperkenalkan Buah Ajaib ( Sybespalum dulcificum) Ice Cream ( Inga.sp)Abiu ( Pouteria Caimito ), Canisted ( Pouteria campechiana ) Sekiranya anda bernasib baik, anda dapat melihat tanaman ini berbuah dan seterusnya merasa buah tersebut. Pastinya kepelbagaian tanaman dimusim ini akan menarik perhatian setiap pengunjung. Kadar bayaran masuk ke Muzium Tanaman Hidup akan dikenakan bagi orang dewasa RM5.00, Pelajar Sekolah Menengah RM3.00 dan murid Sekolah Rendah RM2.00


Taman Orkid

Kawasan ini seluas 2 ekar telah mendapat perhatian dimata dunia terutama sekali pakar-pakar dan orang ramai dari dalam dan luar Negara. Adalah didapati bahawa Borneo mempunyai lebih 3,000 spesis orkid liar dan daripada jumlah tersebut 2,000 spesis terdapat di Negeri Sabah. Setakat ini Taman Orkid telah mengumpulkan sejumlah lebih 500 spesis orkid liar kawasan tanah rendah.

Ternakan Lebah Madu

Terletak didalam kawasan Taman Pertanian dan mempunyai tiga unit utama iaitu Apiari Stok Koloni, Apiari Penyelidikan dan Apiari Komersial. Projek ini dimulakan pada tahun 1987. Apa yang menarik ialah di Stesen ini ia boleh menunjukkan 06 spesis lebah madu daripada 07 spesis yang terdapat di dunia. Projek ini satu-satunya Stesen di Asia dan malah diseluruh dunia dimana boleh memperlihatkan 06 spesis lebah madu didalam satu kawasan lapangan penyelidikan.

Di Stesen ini bukan sahaja dapat menyediakan perkhidmatan pelbagai sumber maklumat mengenai penternakan lebah madu tetapi pelbagai kemudahan lain.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi: Pengurus Taman Pertanian Sabah WDT 28, 89907 TENOM, SABAH, MALAYSIA Tel: 087-737952 No Faks 087-737571


STESEN JANAKUASA HIDRO ELEKTRIK TENOM PANGI

Terletak di hulu lurah Tenom - Pangi kira-kira 10 km dari Pekan Tenom dan 215km dari Kota Kinabalu. Tapak ini boleh dihubungi dengan kereta ataupun keretapi. Projek Hidro Tenom Pangi ini adalah jenis 'run-of-river' yakni air sungai dialih alirannya melalui terowong supaya ada tekanan di hujung terowong itu kemudiannya disalurkan melalui empaisir keluli ke turbin untuk menjana tenaga eletrik.

Tenaga yang diperolehi dihantar ke bandar-bandar utama di Pantai Barat dan Pedalaman Negeri Sabah. Pada masa ini kawasan-kawasan yang menerima bekalan ialah Tenom, Beaufort, Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Keningau. Hidro Tenom Pangie ini berupaya menjana 66Megawat kuasa elektrik.


Pusat Kebudayaan Murut Sabah

Pusat Kebudayaan Murut Sabah ini terletak di Kampung Inalisan Pulong kira kira 13 km dari Pekan Tenom dan mempunyai keluasan 33 ekar. Bangunan ini menelan belanja RM8 juta dan telah dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996 dan mula beroperasi pada 02 Januari 1998.

Bangunan utama Pusat Kebudayaan Murut Sabah Tenom berfungsi sebagai pusat pengurusan dan pentadbiran, pameran dan persembahan kebudayaan dan kesenian, kedai kraftangan
Kemudahan yang terdapat di Pusat Kebudayaan Murut ini ialah Kantin, Bilik Hiburan, Bilik Rehat, Bilik Perbincangan, Dewan Persembahan yang boleh memuatkan lebih kurang 1,000 orang. Bilik Persalinan, 04 buah Dewan Pameran,06 buah Dewan pertunjukan untuk menganyam dan pertukangan.


BATU BERUKIR

Batu Berukir terletak 64km di Kampung Bekuku, Ulu Tomani 64 km dari Pekan Tenom. Perjalanan ke sini akan mengambil masa 1 jam 30 minit dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Pelawat akan berjalan kaki selama lebih kurang 40 minit melalui bendang/sawah dan anak bukit. Untuk mengikuti cerita Lagenda Tujuh Beradik Berukir para pelawat boleh membuat temujanji dengan Ketua Kampung tersebut.


AIR TERJUN

Di Tenom terdapat beberapa buah air terjun tempat berkelah iaitu Air Terjun Kalang, Air Terjun Amboi, Sapong dan Baru Jumpa. Perjalanan ke Air Terjun ini memakan masa 20 minit hingga 1 jam berjalan kaki untuk sampai. Kepuasan dan keseronokan ditambah lagi apabila dapat menikmati air bersih, segar dan nyaman serta hutan tropika asli.

Selain daripada air terjun terdapat beberapa tempat yang mempunyai tarikan pelancong seperti di Sungai Biah di Ladang Sapong dimana terdapat Tanah Pinsi yang mempunyai lagendanya yang tersendiri. Perjalanan ke Tanah Pinsi ini mengambil masa lebih kurang 15 dari Air Terjun Sapong.

NAJIB IBARAT ULAR DUA KEPALA?


Oleh: Mail Mathew


MELIHAT kepada gaya ungkapan kata kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib sejak akhir akhir ini apabila diasak oleh para cendikiawan dan pemikir biasa yang berpendirian tegas bahawa hanya kembali kepada rakyat sahaja kemelut politik di Perak dapat diselesaikan, namun Najib kali ini meletakkan pula dua sasaran untuk menepis serangan politik yang ditujukan kepadanya.


PERTAMA, Najib cuba mengalihkan tekanan yang dihadapinya dengan menyatakan beliau dan Barisan Nasional yang dipimpinnya tidak ada halangan untuk berbincang dengan Pakatan Rakyat berhubung cara terbaik menyelesaikan kemelut politik Perak.


KEDUA, Najib bertindak lebih berani lagi dengan mengatakan bahawa penyelesaian mutlak krisis politik Perak terletak di tangan Sultan Perak, kerana tegas Najib lagi hanya Sultan sahaja yang mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri itu dan melorongkan laluan supaya pilihanraya negeri diadakan.Dalam langkah pertama, Najib mahu mengalihkan perhatian rakyat dan dunia bahawa beliau luhur dan ikhlas menangani krisis politik Perak.


Beliau berjiwa besar dan sedia berbincang dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.Tujuan beliau berbuat demikian adalah jelas. Najib mahu rakyat tahu bahawa beliau tidak gentar menghadapi cabaran Pakatan Rakyat. Malah sebaliknya Najib mahu memberi isyarat bahawa jika kemelut politik Perak tidak boleh diselesaikan dengan baik dan sopan itu adalah kerana Pakatan Rakyat “tidak mahu atau keberatan” untuk meleraikannya secara bertamadun dan ikhlas.


Langkah politik ini dangkal. Beliau berharap Pakatan Rakyat menolak pelawaan yang bersalut syarat yang tidak munasabah itu,. Najib berkata, perbincangan boleh diadakan dengan Pakatan Rakyat jika pihak lawannya itu bersetuju untuk saling hormat menghormati dan akur kepada undang-undang dan sempadannya.


ADALAH jelas sekali bahawa pelawaan Najib itu tidak ikhlas, kerana perbincangan tidak perlu memasang syarat kepada pihak saingan. Adalah kerana memang satu hakikat dan menjadi lumrah bahawa perbincangan hanya akan berlaku apabila ada kesediaan untuk bersikap terbuka dan bersantun.


Najib memang cerdik merancang segala galanya yang mahu mencabar Pakatan Rakyat. Dalam erti perkataan lain bahawa Najib mengatakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memang tidak bertamadun dan bersopan santun serta tidak menghormati undang-undang.


Bagaimanapun jika kalian ingin duduk semeja dan berbincang dengan Barisan Nasional kalian perlu bertamadun dan hormati undang-undang!Ini bukan pelawaan tapi herdikan politik! Pada permukaannya, Najib dengan digilap oleh media arus perdananya cuba menonjolkan imej seorang negarawan yang lebih mementingkan kesejahteraan rakyat.


Bagaimanapun syarat yang diberikannya sebenarnya mendedahkan kesumat yang bersarang di hatinya.Najib berharap dengan kenyataan itu, Pakatan Rakyat akan segera menolak usulnya kerana marah dengan sindiran Najib bahawa mereka kurang bertamadun. Sifir politik Najib terlalu mudah untuk menjadi umpan agar rakyat marah dan “meluat” terhadap keengganan Pakatan Rakyat bekerjasama menyelesaikan isu politik Perak.


Bagi Anwar membaca Najib tidak sukar. Oleh kerana keterbatasan pengalamannya memimpin, Najib yang selama ini “diampu dan dibelai” kerjaya politiknya oleh individu yang banyak terhutang budi kepada Allahyarham bapanya dan juga “pembodek” profesional, akan pasti mengambil langkah cetek seperti ini. Sekarang Najib perlu nyatakan bila dan di mana.


Persoalannya sanggupkah beliau menghadapi kelibat Anwar, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan barisan pemimpin muda berkaliber besar dalam saf Pakatan Rakyat?Pakatan Rakyat perlu bijak dan tidak sekadar berpolitik sederhana, jika ‘alang alang dalam bahasa Sabah’ tidak cukup menjerat nafas politik Najib, strategi keduanya untuk mengalihkan tanggungjawab menentukan penyelesaian berkekalan krisis politik Perak ke bahu Sultan, nampaknya lebih menjerut imej dan juga nilai kepemimpinan Najib.


Persoalannya disini, apakah Najib berfikir rakyat tidak tahu bahawa bagaimana Sultan boleh bersetuju melantik Zambry Kader sebagai Menteri Besar dan pada masa yang sama mengenepikan hakikat bahawa Menteri Besar yang sedia ada, Nizar Jamaladdin sebelum ini tidak meletak jawatan jika tidak Baginda diberi nasihat yang salah, Congakan Najib ialah jika Dewan tidak dibubarkan ia adalah kerana Sultan.


Biarlah rakyat marah pada Sultan asalkan kemarahan itu tidak disasarkan kepada dirinya dan Barisan Nasional.DiSabah misalnya, perangai atau kelibat seperti Najib boleh disifatkan sebagai kukuo duo ulu..yang bermaksud ular dua kepala’ kerana keputusannya senantiasa berdolak dalik.Ends//..