Ahad, 17 Mei 2009

NAJIB IBARAT ULAR DUA KEPALA?


Oleh: Mail Mathew


MELIHAT kepada gaya ungkapan kata kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib sejak akhir akhir ini apabila diasak oleh para cendikiawan dan pemikir biasa yang berpendirian tegas bahawa hanya kembali kepada rakyat sahaja kemelut politik di Perak dapat diselesaikan, namun Najib kali ini meletakkan pula dua sasaran untuk menepis serangan politik yang ditujukan kepadanya.


PERTAMA, Najib cuba mengalihkan tekanan yang dihadapinya dengan menyatakan beliau dan Barisan Nasional yang dipimpinnya tidak ada halangan untuk berbincang dengan Pakatan Rakyat berhubung cara terbaik menyelesaikan kemelut politik Perak.


KEDUA, Najib bertindak lebih berani lagi dengan mengatakan bahawa penyelesaian mutlak krisis politik Perak terletak di tangan Sultan Perak, kerana tegas Najib lagi hanya Sultan sahaja yang mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri itu dan melorongkan laluan supaya pilihanraya negeri diadakan.Dalam langkah pertama, Najib mahu mengalihkan perhatian rakyat dan dunia bahawa beliau luhur dan ikhlas menangani krisis politik Perak.


Beliau berjiwa besar dan sedia berbincang dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.Tujuan beliau berbuat demikian adalah jelas. Najib mahu rakyat tahu bahawa beliau tidak gentar menghadapi cabaran Pakatan Rakyat. Malah sebaliknya Najib mahu memberi isyarat bahawa jika kemelut politik Perak tidak boleh diselesaikan dengan baik dan sopan itu adalah kerana Pakatan Rakyat “tidak mahu atau keberatan” untuk meleraikannya secara bertamadun dan ikhlas.


Langkah politik ini dangkal. Beliau berharap Pakatan Rakyat menolak pelawaan yang bersalut syarat yang tidak munasabah itu,. Najib berkata, perbincangan boleh diadakan dengan Pakatan Rakyat jika pihak lawannya itu bersetuju untuk saling hormat menghormati dan akur kepada undang-undang dan sempadannya.


ADALAH jelas sekali bahawa pelawaan Najib itu tidak ikhlas, kerana perbincangan tidak perlu memasang syarat kepada pihak saingan. Adalah kerana memang satu hakikat dan menjadi lumrah bahawa perbincangan hanya akan berlaku apabila ada kesediaan untuk bersikap terbuka dan bersantun.


Najib memang cerdik merancang segala galanya yang mahu mencabar Pakatan Rakyat. Dalam erti perkataan lain bahawa Najib mengatakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memang tidak bertamadun dan bersopan santun serta tidak menghormati undang-undang.


Bagaimanapun jika kalian ingin duduk semeja dan berbincang dengan Barisan Nasional kalian perlu bertamadun dan hormati undang-undang!Ini bukan pelawaan tapi herdikan politik! Pada permukaannya, Najib dengan digilap oleh media arus perdananya cuba menonjolkan imej seorang negarawan yang lebih mementingkan kesejahteraan rakyat.


Bagaimanapun syarat yang diberikannya sebenarnya mendedahkan kesumat yang bersarang di hatinya.Najib berharap dengan kenyataan itu, Pakatan Rakyat akan segera menolak usulnya kerana marah dengan sindiran Najib bahawa mereka kurang bertamadun. Sifir politik Najib terlalu mudah untuk menjadi umpan agar rakyat marah dan “meluat” terhadap keengganan Pakatan Rakyat bekerjasama menyelesaikan isu politik Perak.


Bagi Anwar membaca Najib tidak sukar. Oleh kerana keterbatasan pengalamannya memimpin, Najib yang selama ini “diampu dan dibelai” kerjaya politiknya oleh individu yang banyak terhutang budi kepada Allahyarham bapanya dan juga “pembodek” profesional, akan pasti mengambil langkah cetek seperti ini. Sekarang Najib perlu nyatakan bila dan di mana.


Persoalannya sanggupkah beliau menghadapi kelibat Anwar, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan barisan pemimpin muda berkaliber besar dalam saf Pakatan Rakyat?Pakatan Rakyat perlu bijak dan tidak sekadar berpolitik sederhana, jika ‘alang alang dalam bahasa Sabah’ tidak cukup menjerat nafas politik Najib, strategi keduanya untuk mengalihkan tanggungjawab menentukan penyelesaian berkekalan krisis politik Perak ke bahu Sultan, nampaknya lebih menjerut imej dan juga nilai kepemimpinan Najib.


Persoalannya disini, apakah Najib berfikir rakyat tidak tahu bahawa bagaimana Sultan boleh bersetuju melantik Zambry Kader sebagai Menteri Besar dan pada masa yang sama mengenepikan hakikat bahawa Menteri Besar yang sedia ada, Nizar Jamaladdin sebelum ini tidak meletak jawatan jika tidak Baginda diberi nasihat yang salah, Congakan Najib ialah jika Dewan tidak dibubarkan ia adalah kerana Sultan.


Biarlah rakyat marah pada Sultan asalkan kemarahan itu tidak disasarkan kepada dirinya dan Barisan Nasional.DiSabah misalnya, perangai atau kelibat seperti Najib boleh disifatkan sebagai kukuo duo ulu..yang bermaksud ular dua kepala’ kerana keputusannya senantiasa berdolak dalik.Ends//..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan