Sabtu, 16 Disember 2017

PBPM SEHARUSNYA ELAKKAN PERSENGKETAAN, BAKAL MENGHANCURKAN PERSATUAN

Oleh: Mail Mathew 
 
PBPM TENOM

TENOM: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Bahagian Sabah akan terus kekal wujud dan beroperasi sebagai sebuah persatuan yang sah selagi tidak menyimpang kepada Undang Undang Tubuh PBPM yang diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Malaysia. 

 Pengerusinya Joseph Israel memberitahu bahawa, fungsi dan peranan PBPM Sabah akan terus berkuatkuasa berdasarkan sokongan dan mandat yang diberikan perwakilan dalam mesyuarat agung lebih setahun lalu dan hanya akan dibubar untuk mendapat mandat baharu setelah genap tempohnya, katanya.

 Oleh itu, tidak ada sebab untuk melabelkan PBPM diSabah tidak sah atau sudah tidak ada kuasa lagi untuk mentadbir persatuan, sedangkan kita masih relevan dan tidak pernah mendapat surat daripada ROS untuk menamatkan operasi, jelasnya.

“ Saya menyeru para ahli PBPM Cawangan Cawangan diseluruh Sabah supaya terus bekerja untuk memantapkan kawasan masing masing dan tidak keliru dengan cakap cakap kosong yang disebarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab dimana tujuannya tidak jelas.

 “ Kita mahu persatuan terus maju kehadapan untuk melayani kebajikan para ahli yang memerlukan bantuan kita....(sebaliknya) kita tidak berminat melayani persengketaan sesama sendiri,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Sabtu.

 Sebelum itu, satu mesyuarat khas PBPM disini diPengerusikan Haji Maribin Rugin telah diadakan pada Sabtu untuk membincangkan beberapa perkara antaranya, cadangan PBPM Cawangan Tenom akan mengadakan mesyuarat tergempar selain isu isu yang tidak berasas mendakwa kononnya kepimpinan PBPM Sabah tidak sah dan batal.

Bagaimana pun, Haji Maribin menggesa kesemua Ahli Jawatankuasanya agar tidak terpengaruh mahupun percaya kepada maklumat yang disebarkan oleh pihak tertentu yang mana tujuannya adalah untuk memporak porandakan kewujudan dan kestabilan persatuan dari terus bergerak dengan lancar dan teratur.

 “ Kita semua telah matang dalam memikirkan sesuatu tindakan yang sebaik baiknya perlu dilakukan demi kebaikan persatuan untuk menjaga kebajikan para ahli kita...(dan) bila sahaja kita bersengketa sudah tentu matlamat dan objektif persatuan akan hancur,” kata Maribin. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.PBPM TNM – Kelihatan Haji Maribin (ke-4 kanan) bergambar bersama sebahagian AJK PBPM Tenom