Selasa, 19 Disember 2017

DAP GESA JANGAN TEROKAI LERENG BUKIT CROCKER RANGE BERLEBIHAN PUNCA BANJIR LUMPUR

Oleh: ULU PADAS 


KENINGAU: Democratic Action Party (DAP) Keningau agak kesal kerana lebih 20 tahun selepas tragedi ribut Greg tahun 1996 yang meragut ribuan nyawa dan harta benda dikawasan yang sama masih belum nampak sebarang tindakan pencegahan drastik pihak berwajib. 

Malahan sikap penduduk dikawasan terbabit masih terus berdegil dan difahamkan tidak mengendahkan saranan atau nasihat pihak berkuasa supaya tidak menduduki dikawasan tersebut, kata Pengerusinya Peter Saili.

 Beliau berkata, selain masalah kedegilan penduduk perlu ditangani dengan lebih serius tetapi juga kerja-kerja penerokaan tanah di kawasan bukit lereng Banjaran Crocker perlu dihentikan dengan kadar yang segera kerana dibimbangi ia sebahagian punca hakisan tanah dan banjir lumpur.

 “ Penerokaan tanah yang berleluasa tanpa mematuhi garis panduan oleh Jabatan Alam Sekitar boleh menyebabkan ekosistem hutan terganggu....(dan) apabila ekosistem hutan terganggu, sekaligus kawasan tadahan air turut rosak dan mengakibatkan larian air deras yang turut membawa lumpur bersama”. Jelas Peter Saili.

Peter Saili yang diiringi beberapa Ahli Jawatankuasa DAP Keningau, berkata demikian ketika melaksanakan gerak kerja melawat dan memantau kawasan-kawasan yang dilanda banjir lumpur pada petang Ahad.

Peristiwa banjir lumpur Ribut Greg pada 26 Disember 1996 yang meragut ribuan nyawa dan harta-benda masih jelas terbayang dan mengingatkan kita betapa seriusnya bencana tersebut yang tidak harus berulang lagi, katanya.

Insiden pada petang Sabtu itu, berlaku di Kg. Pampang dan Kg. Durok, turut melibatkan 10 buah rumah dan juga kenderaan dihanyutkan air deras. Oleh itu, pembinaan benteng kukuh di sepanjang sungai yang dikenal pasti juga amat penting bagi memastikan sungai tidak bertambah melebar ketika berlaku banjir. ENDS///... Caption:- 1.DAP BINGKOR – Kelihatan Peter Saili (ke-2 kanan) bersama AJK Bahagian memantau banjir.