Isnin, 13 Februari 2012

JK PENYELARAS PROJEK DIBENTUK CEGAH PROJEK IKUT PINTU BELAKANG

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Jawatankuasa Khas Penyelarasan Projek Projek Persekutuan dan Negeri disini kini telah terbentuk dan menetapkan bahawa dimasa akan datang tidak ada lagi mana mana projek pembangunan yang bakal dilaksanakan termasuk pendidikan dan latihan untuk tujuan melahirkan modal insan tanpa melalui jawatankuasa itu untuk dibincang sebelum pelaksanaan.


Jawatankuasa tersebut yang baru dibentuk ekoran saranan Ketua Menteri Sabah baru baru ini yang mahu melihat bahawa setiap Pegawai Daerah termasuk wakil wakil rakyat akan turun padang mempastikan pelaksanaan projek projek pembangunan dikawasan akar umbi benar benar menepati sasaran yang tepat dan seterusnya ianya diberi keutamaan.

Demikian dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa itu yang juga merupakan Pegawai Daerah disini Siriman MF Basir ketika memberitahu media sejurus selepas mesyuarat itu di Bilik Gerakan Pejabat Daerah disini pada Isnin.

Hadir sama pada mesyuarat itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Radin Malleh, Adun Kemabong Datuk Rubin Balang, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi, ADO Kemabong Fredian Gan dan Ketua Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

Siriman berkata, mesyuarat itu turut menekankan bahawa masalah kedaifan jalanraya dan juga bekalan air bersih menjadi fokus perbincangan dimana kedua dua tajuk pembangunan tersebut perlu diselesaikan secepat mungkin (kerana) ianya sudah menjadi rungutan rakyat pada setiap masa.

“ Bermula dari sekarang, semua permasalahan (rungutan rakyat) jalanraya mahu pun bekalan air hendaklah disalurkan menerusi jawatankuasa ini yang kemudiannya akan menyalurkan ke jabatan yang berkenaan supaya kita dapat monitor perkembangannya,” tegas Siriman MF Basir.

“ Insyallah...kita akan turun padang bersama wakil wakil rakyat memantau permasalahan rakyat dari masa ke semasa supaya tiada lagi akan mendakwa mereka telah terpinggir dari menerima dan menikmati pembangunan kerajaan,” tambah beliau.

Dalam pada itu, kekecewaan tiga wakil rakyat disini turut diluahkan Datuk Rubin Balang terhadap sikap Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jurutera Jabatan Bekalan Air (JBA) disini yang sering tidak menghadirkan diri ketika mesyuarat penting dijalankan sebaliknya hanya menghantar wakil mereka.

Rubin menambah, perilaku mereka (Jurutera) bukan sahaja semasa mesyuarat Jawatankuasa itu, namun beberapa mesyuarat lain (sebelum ini) seperti mesyuarat tindakan daerah juga mereka menunjukkan sikap sedemikian rupa yang disifatkannya sebagai bertentangan dengan amalan dan dasar selaku penjawat tinggi awam.

“ Kita bukan tidak yakin dengan kebolehan wakil mereka tetapi mereka harus faham bahawa mesyuarat ini penting dan memerlukan tindakan dan keputusan segera daripada jabatan mereka. Lagi pun, ketidak hadiran mereka menyukarkan kita membincangkan masalah yang penting untuk dibincangkan,” tegas Rubin.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar SIRIMAN DAN 3 YB – Datuk Radin (kiri), Siriman (tengah, Datuk Rubin dan Datuk Raime.