Sabtu, 8 Oktober 2016

DATUK SERI RADIN KETUAI LEBIH 3,000 SERTAI HARI SUKAN NEGARA DITENOM

Oleh: Mail Mathew 


TENOM: Hari Sukan Negara yang disambut pada hari Sabtu, di minggu kedua bulan Oktober pada setiap tahun membuktikan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai satu negara bersukan yang unggul di dunia, Kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh. 

Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan melalui jentera-jentera perkhidmatan akan bekerjasama dengan pelbagai sektor awam dan pihak swasta serta rakyat berbilang kaum untuk menganjurkan program-program pembangunan sukan termasuklah Hari Sukan Negara secara serentak di seluruh negara, katanya.

Beliau menambah, Kerajaan komited untuk untuk melahirkan rakyat yang sihat dan sejahtera melalui aktiviti-aktiviti bersukan kerana kemajuan negara juga bergantung kepada sumber tenaga manusia yang cergas dan produktif.

“ Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan khususnya Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) di Sabah kerana mengagihkan peruntukan kepada badan-badan JKKK dan JKDB di negeri ini khususnya bagi daerah Tenom pada 30 September lepas.

 “ Mungkin ada pihak beranggapan bahawa jumlah peruntukan RM500.00 itu adalah satu jumlah yang kecil, namun ia membantu meringankan bebanan badan-badan JKKK dan JKDB terbabit untuk menampung kos menganjurkan program berkenaan di kawasan masing-masing.

 “ Justeru, badan-badan JKKK dan JKDB turut berperanan penting untuk menjayakan hasrat kerajaan dan matlamat Hari Sukan Negara dalam meningkatkan penyertaan rakyat berbilang kaum dalam pelbagai bidang sukan. Beliau yang juga merupakan Adun Melalap berkata demikian ketika merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat zon Pedalaman Atas tahun 2016 dekat padang Pekan Tenom pada Sabtu. Hadir sama, DO Tenom Madiyem Layappan, PPM Simon Mamat, OCPD Tenom DSP Firdaus Francis, Pegawai Khas MCMC Jamawi Jaafar, Mohamad Khairu Ahmad @ Abdullah Pegawai KBS Presekutuan Keningau dan Peter Suman Pegawai KBS Tenom.

Selain itu, program ini akan memupuk minat bersukan di kalangan rakyat terutamanya meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai disiplin sukan yang boleh memberikan peluang-peluang kerjaya serta pendapatan kepada golongan belia.

Malah bidang sukan telah melahirkan tokoh-tokoh sukan yang telah menyumbang dalam perkembangan sukan di Sabah dan mengharumkan nama Malaysia pelbagai temasya sukan antarabangsa, jelasnya. Kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan rakyat berbilang kaum dalam pelbagai aktiviti sukan di negara ini kerana bidang sukan boleh menjadi wadah perpaduan kaum dan integrasi nasional.

 Malah kecemerlangan negara dalam sukan antarabangsa juga adalah disebabkan adalah kerjasama dan penglibatan rakyat berbilang kaum yang sememangnya menjadi keistimewaan, kekuatan dan kelebihan negara kita.

Justeru, program ini akan memupuk minat para belia tempatan untuk menceburi bidang sukan dan memerlukan kerjasama semua lapisan masyarakat, dimana Radin berharap berharap para pembekal alat-alat sukan di pedalaman atas khususnya di daerah Tenom akan dapat mengadakan promosi harga istimewa kepada orang ramai sebagai tanda sokongan kepada usaha-usaha kerajaan menganjurkan Hari Sukan Negara, katanya.

“ Saya difahamkan sasaran kita ialah lebih 18 ribu orang dari daerah Tenom, Keningau, Nabawan serta Tambunan menyertai program Hari Sukan Negara Peringkat Zon Pedalaman ini berbanding dengan enam ribu orang pada tahun 2015.  Jumlah penyertaan yang banyak ini membuktikan program ini semakin mendapat sambutan baik rakyat,” jelasnya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:-  1. HSN 1- Radin melakukan pelepasan acara Fun Run sejauh 5km dari Pekan Tenom ke Kompleks Sukan Tenom 2. HSN 2- Radin menyerahkan motosikal kepada Sharin Sulaiman, pemenang hadiah utama cabutan bertuah Hari Sukan Negara Pedalaman Atas.