Isnin, 15 Ogos 2011

SAPP GESA RAKYAT BERSATU PADU TUMBANGKAN BN PRU13



Oleh: MEDIA SAPP TENOM

TENOM; Ogos 14: Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah mengajak rakyat agar terus bersatu padu dalam perjuangannya untuk menumbang kerajaan kuku besi BN pada PRU13 kerana dengan cara demikian sahaja segala kepincangan yang menyusahkan rakyat dapat diselesaikan terutamanya masalah pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI yang dianggarkan kira kira 600,000 pemegangnya diSabah.


Beliau berkata, UMNO-BN yang telah bertapak diSabah lebih 17 tahun lalu telah banyak menyusahkan rakyat dinegeri ini dengan pelbagai karenah dan perilaku yang tidak disenangi rakyat khususnya pembaziran, rasuah, pemanipulasian projek projek luar bandar yang mana sehingga sekarang jalanraya luar bandar masih seperti dahulu iaitu semasa era kerajaan kolonial lagi.

Tegas Jimmy, kerajaan BN memperkenalkan program NKRA konon konon untuk mempastikan pembangunan luar bandar dari segi infratruktur terutamanya jalanraya, bekalan air bersih dengan peruntukkan berbillion ringgit namun kesannya tidak pun dinikmat rakyat bahawa ianya telah benar benar membantu mengatasi masalah yang membelenggu rakyat luar bandar sebelum ini.

Malahan, rakyat masih kedengaran mengeluh mendakwa jalanraya tidak ubah lopak tempat mandi kerbau manakala bekalan air bersih masih banyak kawasan kawasan perkampongan dan perumahan paip terus mengalami kering kontang menjangkau bertahun tahun lamanya seperti yang berlaku di Kg Karangan Baru, Kg Enubai, Ponontomon, Mukim Entabuan, Kg Paguokon, Taman Perumahan Kalang, Taman Tensan, Kg Amboi dan kawasan Pekan.

“ Kita juga sudah dengar isu pembinaan pusat giatmara disini telah terbengkalai sejak tahun 2008 mengakibatkan pembelajaran pelajar pelajar giatmara terganggu disebabkan prasarana yang tidak selesa kerana mereka terpaksa menumpang diantara bangunan yang tidak digunakan di Pusat Kebudayaan Murut….apakah punca ianya terbengkalai tetapi kerajaan terus membisu tidak mengambil tindakan menanganinya,” tegas Jimmy.

Jimmy yang juga merupakan Pengerusi CLC Melalap dan Kemabong berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Tahunan (AGM) cawangan SAPP Kg Paguokon bertempat rumah kediaman Gabriel Malanting pada Ahad. Turut hadir, Naib Presiden SAPP Datuk Frankie Chong Yu Chee dan para AJK CLC Melalap.

Selain itu, Jimmy turut membangkitkan masalah pemberian Kad Pengenalan yang disifatkan beliau prosesnya bagaikan “mee Maggie” dimana dalam masa yang singkat penerimanya boleh mengkutip daripada pembekal secara “express” kini sedang berleluasa diSabah malah tiada apa apa tindakan daripada pihak berkuasa kerajaan BN untuk mematahkan kegiatan sendiket tersebut.

“ Itu sebabnya, baru baru ini SAPP telah memfailkan saman kepada kerajaan melalui dua rakyat Sabah yang telah tertindas haknya berhubung isu yang di panggil BORNEONISASI yang termaktub dalam 20 Perkara. Kerana kita merasakan bahawa hak dan kuasa otonomi diSabah sudah dinodai oleh kerajaan Persekutuan menyebabkan kita diSabah telah kehilangan kuasa yang sepatutnya kita berhak melantik rakyat kita diSabah menjawat jawatan jawatan dalam Jabatan Persekutuan diSabah termasuk kuasa kuasa melantik mereka jawatan itu,” kata Jimmy.

Terdahulu, Ketua Cawangan SAPP Kg Paguokon Gabriel Malanting 55, menegaskan bahawa rakyat diseleuruh kawasan khususnya di Kg Paguokon harus bertekad untuk menumbangkan kerajaan UMNO-BN pada PRU13 yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Tegasnya, selagi kerajaan UMNO-BN tidak ditumbangkan selagi itu rakyat dinegeri ini terus terbeban memikirkan tindak tanduk pemimpin pemimpin BN yang beliau sifatkan hanya pandai berjanji tetapi semuanya berbentuk “Janji Terang Bulan” tiada yang tepat.

“ Lihatlah sendiri jalanraya masuk ke perkampongan kami, kalau mereka tidak dapat maklumat bahawa SAPP akan dikunjungi pemimpin pemimpin pusat dan CLC Melalap jalanraya ini tidak akan diselenggara….baru kelmarin kena selenggara daripada 20 tahun lamanya tidak pernah kena selenggara. Jadi, apakah kerajaan sebegini rupa kita rakyat mahu sokong lagi?…sorilah!...tiada esok bagi mu lagi wahai BN, kami tetapi menyokong pembangkang parti tempatan SAPP,” disambut sorak sorai daripada hadirin yang dianggarkan kira kira 40 orang.

Gabriel menambah, kerajaan BN langsung tidak berhati perut kerana pemimpin pemimpin BN sudah mendapat maklumat bahawa penerokaan tanah tanah yang memasuki kawasan hutan simpan secara tidak sengaja tetapi malangnya penguatkuasa Jabatan Hutan tetap juga melarang penduduk bercucuk tanam disitu.

Tegasnya, penduduk lakukan sebegitu bukan atas dasar sengaja kerana kawasan hutan simpan tidak pernah menunjukkan sempadan yang tepat menyebabkan penduduk kampong keliru dan terlajak menerokai kawasan tersebut dengan menanam getah, kopi dan padi yang sudah pun mengeluarkan hasil.

“ Sepatutnya kerajaan perlu menimbangkan rayuan rakyat tetapi mereka tetap juga mengambil tindakan. Bagaimana pun kami tidak mahu berganjak dari situ dan membiarkan mereka mengambil tindakan mengikut peraturan mereka,” tegas Gabriel.