Isnin, 30 Januari 2017

ROGER STIMIN AKAN UMUMKAN BILA SAMPAI MASANYA

OLEH: ULU PADAS
 
ROGER STIMIN

 KEMUNCULAN kembali bekas Calun PRU13 Roger Stimin berharap dapat menebus kekalahan lalu sekaligus dapat menegakkan kembali maruahnya pada PRU14, namun semua itu adalah terserah kepada kebijaksanaan pengundi untuk memutuskannya. 

 Roger yang juga seorang graduan Undang Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Diploma Pentadbiran Perniagaan (Diploma of Business Admin.) masih berpegang teguh kepada prinsipnya bahawa beliau tidak semestinya menyertai sesebuah parti politik untuk menang, jikalau pengundi ikhlas menyertai perjuangannya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi wartawan www.jendelasabah.blogspot.com pagi Isnin berdasarkan laporan yang diviralkan di media sosial facebook begitu ramai penyokongnya meminta beliau buat pendirian sama ada mahu bertanding didalam PRU14 yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Dalam PRU13, Roger Stimin terlibat dalam perlawanan empat penjuru dimana calun PBS/BN Datuk Radin Malleh memenangi pemilihan tersebut mendapat 4,643 undi, Roger Stimin SAPP mendapat 2,044 undi, Norita Sual DAP 1,992 undi manakala calon STAR Kong Fui Seng hanya mendapat 924 undi.

Oleh yang demikian, berdasarkan keputusan itu jika undi pembangkang disatukan (apabila satu lwn satu dengan BN antara Radin vs Roger) pembangkang mendapat jumlah undi sebanyak 4,960 undi dan mungkin dapat mengalahkan calon PBS/BN dengan kelebihan sebanyak 317 undi.

Ketika ditanya adakah beliau mahu memohon untuk menyertai mana mana parti politik pembangkang Roger berkata, setakat ini beliau masih mempunyai keahlian dalam PKR, tetapi akan memikirnya apabila keadaan sesuai untuknya membuat keputusan....tak boleh tergesa gesa, katanya.

Meskipun begitu, Roger mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa dia menyokong sekirannya Adun Kemabong yang juga Pengerusi BN Tenom Datuk Rubin Balang bertanding dikawasan Parlimen Tenom kerana mahu menghormati Rubin selaku Presiden PMS dan juga orang yang telah berjasa membawa banyak pembangunan dikawasan Kemabong.

Kepada soalan tambahan apakah mendorongnya untuk bertanding dalam PRU14, adakah kerana soal 20 Perkara, otonomi atau Perjanjian Malasia 1963 atau MA63 Roger berkata,

“ Rakyat sudah bosan dengan isu isu tersebut walaupun ia agak penting...tetapi apa yang kita utamakan sekarang ialah soal ekonomi, ketirisan dan pembangunan tidak seimbang....inilah yang perlu kita perbetulkan,” tegasnya.