Isnin, 11 Julai 2011

PERHIMPUNAN BERSIH: Rugi RM100 juta, mengapa?

PERHIMPUNAN Bersih 2.0 Julai 9, 2011 yang diharamkan walaupun pada mulanya ada saranan murni boleh berhimpun di dalam stadium namun sikap berdolak-dalik pemimpin kerajaan, apa pun mereka yang terbabit terus dengan kempen 'Bersih' atau sebaliknya.

Perdana Menteri Dato’Seri Najib Razak selepas itu dilaporkan turun gelanggang iaitu sehari selepas peristiwa itu dan menemui warga kota Kuala Lumpur khususnya para peniaga kerana kononnya PM simpatis dan empatis!

Simpatis dan empatis kepada para pendokong kapitalisme. Rasa belas kepada golongan peniaga yang kononnya kerugian RM100 juta pada hari bersejarah, hari berangka ganjil '9.7.11' .

Dalam riak riak kebingunan penulis sempat memetik kata kata seorang insan prihatin..” Fikirkanlah di sisi lain. Betapa pada tarikh tersebut banyak wang orang Melayu telah dapat diselamatkan. Kerana apa? Orang Melayu sememangnya sikapnya suka berbelanja (shopping). Membeli barangan yang telah sedia ada; bukan yang tiada. Sikap membazir sikap yang semacam sudah menjadi darah daging orang Melayu. Oleh itu kenapa rugi? Sekurang-kurangnya orang Melayu dapat bertahan daripada wangnya mengalir sia-sia cuma satu hari sahaja pada hari itu. Orang Melayu telah membuktikan 'kuasa membelinya' ada 'power' menyebabkan kerugian RM100 juta sehari. Ha..ha..ha.. Apa ruginya?” .

Justeru, sama ada Najib Razak atau sesiapapun janganlah menyanyi lagu 'bangau oh bangau'. Tidak guna saling salah menyalahkan pihak lain. Mahu salahkan Polis/PDRM yang menutup semua jalan pintu masuk utama ke KL yang menyebabkan tiada urus niaga? Pihak PDRM akan buka 'story' lain pula. Maka lebih baik semua pihak jadikan iktibar.

Apa gunanya Najib Razak turun ke gelanggang bersalaman dengan para peniaga kedai/toko seperti yang dibuat pada masa-masa lalu turun ziarah ke tumpuan umum di KL di Pudu Raya, Jalan Petaling, Jalan TAR, Chow Kit , Jalan Masjid lndia dan sebagainya tetapi bersalaman dengan para peniaga (pembantu kedai) dan orang ramai bukan warganegara Malaysia seperti pendatang Pakistan, lndia, Nepal, lndonesia, Bangladesh, Kazakhtan, Turkistan, Afghanistan yang bukan sahaja ada di KL bahkan di merata-rata seluruh negara sekarang.

Lebih baik Najib Razak sekarang fikirkan berapakah bulan bonus gaji mahu diberikan kepada kakitangan kerajaan menjelang hari raya dan penghujung tahun ini. Adalah lebih baik Najib Razak tinjau dan kawal serta arahkan pemaju perumahan dan ejen hartanah menuruhkan harga rumah yang kini banyak dijual dengan harga yang tidak masuk akal.

Dan bertambah afdal jika Najib Razak bertanyakah kepada SN Pak Samad Said dari lubuk kalbu nuraninya tentang kejadian sebenar dan intisari peristiwa 9 Julai itu. Luahan hati seorang sasterawan adalah ketelusan dan kebenaran. Pak Samad bukan orang politik yang sering ditafsirkan dengan pelbagai wajah.

Lebih baik Najib Razak pantau harga 'barang naik' (BN) termasuk membetulkan stering dan kepala para CEO di setiap GLC khususnya TNB dan lain-lain. Praktikkan betul-betul 'Rakyat didahulukan, bukan Cukong didahulukan'. Janganlah buka bab PRU 13 buat masa ini, kelak cepatlah anda jatuh. Percayalah pandangan saya.