Isnin, 8 Jun 2009

BERSIH CEKAP DAN AMANAH?


Oleh: Mail Mathew
Blog: ambrosemail52.blogspot.com


BETUL KATA ORANG kalau seseorang pegawai kerajaan itu terlalu lama bertugas disesuatu daerah melebehi sepuluh tahun, bukan sahaja pegawai terbabit merasa ‘muak’ dengan kerjaya sehariannya, malahan orang kampong sebagai ‘pelanggan’ beliau yang sering berurusan dengan pegawai itu, tidak mendapat layanan dengan sempurna seperti sebelumnya.

Apakah rakyat yang memerlukan pengurusan pejabat yang dianggap sebagai ‘pelanggan’ mereka diketepikan begitu sahaja, walhal bila dilihat ‘Piagam’ Pejabatnya begitu gah terpampang ‘diskripsi’ yang begitu teratur kaedah melayan pelanggan tetapi malangnya tidak terselit perkataan disitu yang mengatakan ‘muak’ kerana telah lama berkhidmat disitu.

Ada juga segelintir pegawai yang berkelibat ‘terlalu berkuasa’ sehingga mengenepikan kuasa yang ada pada ‘Bosnya’ dimana pegawai terbabit seolah olah beliaulah yang boleh memutuskan segala gala peraturan untuk dipatuhi, sepertimana yang telah berlaku ketika pemilihan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) kawasan DUN Melalap baru baru ini.

Malahan ada suatu ketika pegawai terbabit (siapa makan lada dia merasa pedasnya) menengking dalam perbualan telefon bimbit dengan seorang wartawan yang memaklumkan beliau untuk mendapatkan komen kerana terdapat beberapa buah perkampongan yang memprotes pelaksanaan pemilihan yang bukan sahaja tidak sempurna malah kakitangan pelaksana yang diamanhkan menjalankan mesyuarat pemilihan itu adalah kalangan mereka yang kurang kompeten mejalankan tugasan tersebut.

Pegawai terbabit berkata dalam telefon bimbitnya ‘ Apa lagi diaorang mau…apa lagi diaorang mau protes, kalau begitu biarlah kasih balik saja main lantik itu barangkali diaorang suka…kalau begitu biarlah panggil saja Polis mengatur diaorang” .sambil pegawai itu meninggikan suaranya.

Melihat senario tersebut menunjukkan seakan akan ada sesuatu tekanan yang ‘mendesak’ menyebabkan terbit sifat sifat ‘keangkuhan’ terhadap diri pegawai tersebut yang tidak diizinkan oleh ‘bosnya’ yang tidak membenarkan suara suara ‘protes’ berlegar didepannya.

Malangnya dalam sistem demokrasi tidak ada terdapat sesuatu pemilihan yang ‘mengharamkan’ sesuatu protes dari pihak yang tidak berpuas hati, kerana pihak yang memprotes mungkin juga mempunyai asas yang kukuh demi keadilan untuk berbuat demikian, dan tiada masalah jika ruang dibuka seluas luasnya untuk mereka membuktikan ketidakpuasan hatinya supaya kelemahan dapat diperbetulkan, apa salahnya.

Pegawai berkenaan harus bertanya dirinya…ketika beliau menurunkan tanda tangan ‘AKU JANJI’ yang berbunyi ‘ Aku bersedia mengabdikan diri saya kepada tugas dan tanggung jawab yang diamanhkan kerajaan demi rakyat’ bahawa apakah ayat itu telah tersemat dihatinya atau pun pegawai terbabit sekadar bersahaja.

Dimanakah silapnya slogan ini..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN, BERSIH, CEKAP dan AMANAH…SEBALIKNYA PERILAKU PEGAWAI ITU BERTENTANGAN DISEBALIKNYA.
Ends//..