Isnin, 6 November 2017

NGO MAMAGUN, PBM SOKONG UPACARA PERDAMAIAN SAGIT, ISU TUTUP

Oleh: Mail Mathew 
 
RUDY

TENOM: Presiden Pertubuhan Mamagun Sabah (Mamagun) Rudy Sulaiman Mairi (gambar), bersyukur kerana upacara perdamaian “sagit” kerana pemesongan fakta sejarah pengurusan mayat suku Murut yang menjadi kemelut selama ini telah selesai. 

Beliau berkata, NGO Mamagun antara yang telah memainkan peranan penting dalam menegakkan keluhuran adat suku Murut supaya pihak pihak yang bertanggung jawab dalam memsongkan fakta adat Murut harus menerima hukuman yang setimpal dengan adat.

Oleh itu, DBP juga perlu dipuji kerana bertanggung jawab dan bersedia menerima apa sahaja bentuk hukuman “sagit” yang dikenakan, disifatkan Rudy sebagai amat menghormati institusi adat suku kaum Murut, katanya.

 Pada awal tahun lepas, dikatakan beberapa pertubuhan dan organisasi bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berikutan penemuan artikel dalam buku teks Sejarah Tingkatan Satu berkaitan dengan ritual kematian kaum Murut.

Rudy berkata demikian sebagai mengulas kesediaan DBP menerima upacara adat Sagit yang dikenakan oleh para pakar adat Mahkamah Anak Negeri Sabah melalui Persatuan Murut Sabah (PMS) yang diadakan di Pusat Kebudayaan Murut Pulong pada Sabtu.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Belia Murut (PBM) Raymond Ahuar (gambar), berkata, anak muda suku kaum Murut diseluruh negeri ini merasa bangga dan kagum dimana adat kesukuan Murut dihormati oleh masyarakat lain, katanya.
RAYMOND

 Ini kerana apabila satu agensi kerajaan yang tampil mengakui kesilapan mereka dan sanggup berusaha untuk mencari jalan penyelesaian mengikut jalan tengah iaitu perdamaian agar persengketaan itu tidak berpanjangan, katanya.

“ Apabila merenong situasi ini...saya suka bangkitkan bahawa ini juga ada kaitan dengan legasi “Batu Sumpah” yang telah dibina di Keningau suatu ketika dahulu yang dilakukan oleh masyarakat Murut sendiri .

 “ Dan kita tahu ada tiga perkara yang disentuh antaranya kebebasan beragama, menghormati adat istiadat negeri Sabah dan tanah tanah dinegeri ini milik orang Sabah....(oleh itu) saya beranggapan bahawa adat kita dihormati dan masih lagi disayangi,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Isnin.

 Sehubungan itu, Raymond menyarankan bahawa, peranan PMS dimasa akan datang perlulah menjadi satu tunjang untuk mendepani masalah masalah sebegini atau pun menjadi juara kepada suku kaum Murut khususnya diSabah.

 Justeru, masyarakat melihat PMS perlu memikir kehadapan untuk menjadi satu persatuan yang bukan sahaja berada di kepompong negeri Sabah tetapi bagi keseluruhan negara ini malahan di seluruh dunia.

Difahamkan bahawa kedua dua persatuan bukan kerajaan NGO Mamagun dan Persatuan Belia Murut telah memainkan peranan dalam bantahan awal sehinggalah isu tersebut dilaporkan ke Balai Polis untuk tindakan seterusnya.Ends///.....