Isnin, 5 September 2016

UMNO KUALA PENYU GEGAR SEMANGAT PATRIOTISME PELBAGAI KESUKUAN

Oleh: Mail Mathew 
 
UMNO KUALA PENYU

 KUALA PENYU : Rakyat  perlu sedar betapa pentingnya memiliki nilai patriotisme terhadap negara agar nikmat kemajuan dan kemakmuran yang dikecapi ketika ini kekal untuk selamanya, kata Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah. 

Beliau berkata, patriotisme sering kali dikaitkan dengan cintakan watan yang menjadi satu semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapaisan masyarakat khususnya genersi muda.

“Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, jika ianya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Pegawai Daerah Kuala Penyu Abd  Rahim Yakub menutup Konvoi Merdeka Perpaduan 2106   anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan  Integrasi Nasional dengan kerjasama   Kawasan Rukun Tetangga Kuala Penyu di dewan masyarakat kampung Kerukan dekat sini pada Ahad.

Sebanyak 18 buah  KRT di daerah Kuala Penyu terlibat dalam konvoi tersebut dimana majlis pelepasannya telah disempurnakan oleh Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih di kampung Kitang Kuala Penyu.

Haji Mohd Fadzlee menambah, nilai patriotisme telah memainkan peranan yang sangat penting dalam diri rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai selama ini ,dimana kepentingan patrotimse dapat membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum.
PENYERAHAN JALUR GEMILANG

“ Justeru, penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergerasi Nasional sangat wajar bagi mengelakkan perbalahan atau perbezaan pendapat daripada berlaku di samping membentuk integrasi kaum” katanya

Sehubungan dengan itu katanya usaha yang dilakukan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi  Nasional dengan dokongan  beberapa buah KRT di daerah Kuala Penyu menganjurkan program tersebut harus dilihat sebagai satu pendekatan positif ke arah mengwujudkan masyarakat yang ptariotik dan bersatu padu. 

“ Usaha-usaha seperti ini perlu diteruskan bagi membentuk semangat patriotisme di kalangan rakyat yang seharusnya tidaklah  semata-mata menjadi tanggungjawab kerajaan namun semua pihak termasuk ibubapa perlu  memainkan obligasi dengan mengajar anak-anak menghargai keamanan negara dan bersikap patriotik” katanya. Ends///...(Mail Mathew)

CAPTION:- 1. UMNO KP 1- Mohd Fadzlee menerima jalur gemilang dari Ketua Rombongan  Konvoi Merdeka Perpaduan 2016 semasa rombongan tiba di lokasi terakhir konvoi di kampung Kerukan Kuala Penyu. 2. UMNO KP 2- Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih melepaskan peserta Konvoi Kembara Perpaduan 2016 yang bermula di kampung Kitang Kuala Penyu. 3. UMNO KP 3- Mohd Fadzlee turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang dianjurkan sempana program tersebut