Selasa, 16 Ogos 2016

4 PEMIMPIN KAMPONG DAPAT ANUGERAH POLIS

Oleh: Mail Mathew

KK KUMUAH TERIMA SURAT PENGHARGAAN DARIPADA DSP FIRDAUS
TENOM: Empat pemimpin masyarakat kampong terdiri daripada dua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) dan dua Ketua Kampong (KK), masing masing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Tenom DSP Firdaus Francis semasa perhimpunan bulanan IPD Tenom pada Selasa.

 Keempat empat pemimpin itu terdiri daripada, KK Robin Kumuah daripada Kg Sungai Api, KK Tabir bin Amulong Kg Sumandalom, Pengerusi JKKK Kg Sungai Api Berni bin Amat dan Pengerusi JKKK Kg Sumandalom Steven bin Ansilok.

Mereka menerima surat penghargaan tersebut kerana telah memberikan kerjasama kepada pihak Polis sehingga tertangkapnya empat penjenayah amat dikehendaki atas kesalahan mencuri kerita didaerah disini.

Menurut DSP Firdaus, insiden yang berlaku pada 11 Ogos 2016, semasa berlaku kejar mengejar dengan Polis disini, suspek dapat melarikan diri menghala ke Sipitang, tetapi mereka dapat dipintas oleh Polis peronda lalu berpatah balik masuk ke perkampungan Sungai Api.

DSP FRIDAUS
 Bagaimana pun, malang sungguh menimpa penjenayah apabila mereka tersalah laluan dan menemui jalan mati, dimana mereka keluar dari kerita yang mereka naiki dan cuba lari namun atas bantuan dan kerjasama daripada penduduk kampong sekitar dikawasan itu (Kg Sungai Api dan Kg Sumandalom) akhirnya penjenayah 2 lelaki dan 2 perempuan dapat ditangkap, katanya.

Keempat empat penjenayah tersebut kini masih dalam tahanan lokap Polis untuk menunggu pengumpulan maklumat dari seluruh daerah, dimana siasatan keatas mereka masih berjalan, kata DSP Firdaus.

DSP Firdaus menyifatkan kejayaan tersebut atas kerjasama daripada orang awam khususnya para pemimpin diperingkat akar umbi dan penduduk dikedua dua perkampongan yang turut sama membantu pihak Polis.

Tambahnya, atas kepimpinan mereka itu, pihak Polis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang dapat diterjemahkan didalam “Surat Penghargaan” tersebut untuk menghargai sumbangan mereka kepada keamanan dan kesejahteraan Negara.

Dalam pada itu, KK Robin Kumuah mewakili keempat empat pemimpin kampong berkata, adalah menjadi kewajipan sebagai pemimpin kampong untuk menggerakkan masyarakat diakar umbi untuk membantu pihak Polis dalam membanteras jenayah.

“ Kami tetap berpegang teguh kepada slogan Polis semasa Hari Polis seperti 'Polis dan Masyarakat berpisah tiada', dan 'Sedia Berkhidmat',” tegasnya. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.PDRM TENOM 1- KK Robin Kumuah menerima surat penghargaan daripada OCPD Tenom DSP Firdaus Francis. 2.PDRM TENOM 2- Ketua Polis Daerah Tenom DSP Firdaus Francis.