Sabtu, 29 Julai 2017

PROGRAM JEJAK KASIH DAP: RUMAH BAHARU UNTUK KELUARGA KURANG UPAYA JADI KENYATAAN

OLEH: KAMSI AHMAD 
 
SERAH KUNCI RUMAH BAHARU

KENINGAU: Penghidupan keluarga Suil Simbat bekas pesakit strok manakala isterinya seorang kurang upaya selepas terlibat dalam suatu kemalangan jalanraya kini semakin bersinar apabila majlis penyerahan kunci rumah baharu disampaikan oleh Pengerusi DAP Keningau Peter Saili. 

Majlis ringkas itu dihadiri oleh beberapa orang penduduk sekitar Kg Ritting, Apin-Apin pada Jumaat, turut dihadiri beberapa pemimpin DAP Pedalaman khususnya Pengerusi DAP Tenom Grelydia Gillod.

 “ Janji kita tetap dilaksanakan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan...we walk the talk...bukan sekadar janji sahaja tetapi apa yang kami janjikan kini telah menjadi kenyataan,” kata Pengerusi DAP Keningau Peter Saili.

 Inisiatif membina rumah tersebut adalah dibawah program “Jejak Kasih” kendalian DAP Keningau yang telah disiarkan menerusi akhbar ini pada 7.7.2017 dan difahamkan kos pembinaannya berjumlah kira kira RM10,000 yang disumbangkan oleh para dermawan selain sumbangan DAP Pusat.


Menurut Peter Saili, rumah yang diduduki Suil Simbat sekeluarga sebelum ini berada dalam keadaan daif dimana zink berlubang di sana-sini, dinding papan bocor dan tiang rumah yang goyah ibarat menunggu rebah menyembah bumi.

Bagaimana pun, agak menyedihkan kerana permohonan untuk mendapatkan  rumah baharu (PPRT) daripada kerajaan sejak lebih sepuluh tahun lalu namun tidak mendapat perhatian wajar daripada pihak berwajib sehinggalah timbul minat beralih kepada DAP untuk mendapatkan bantuan, kata Saili. Ends///...

Caption:- 1.JEJAK KASIH 1- Peter Saili (baju merah) menyerahkan kunci rumah baharu kepada Suil Simbat (bertopi). 2.JEJAK KASIH 2- Peter memotong riben sebagai simbolik perasmian rumah baharu untuk Suil sekeluarga.