Selasa, 30 Ogos 2016

FORUM PERJANJIAN MALAYSIA 1963 MENDAPAT SAMBUTAN DINABAWAN

Oleh: Mail Mathew 
 
PARA AHLI PANEL

NABAWAN: Bekas Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Sabah Datuk Kadoh Agundong menjelaskan bahawa tujuan forum sejarah penubuhan Malaysia sekitar tahun 1963 terutamanya Perjanjian Malaysia 1963 sangat signifikan dan perlu diketahui generasi masakini. 

Kepentingannya amat mendesak terutamanya golongan yang telah dilahirkan selepas penubuhan Malaysia tahun 1963, dimana ia dianggarkan masih ramai yang tidak mengetahui lakaran sejarah tersebut, katanya ketika ditemubual Keningau FM dekat sini pada minggu lepas.

Kadoh yang juga bertindak selaku moderator forum tersebut mengulas lanjut bahawa istilah penubuhan Malaysia meliputi satu perkongsian kuasa antara beberapa wilayah seperti Sabah, Sarawak, Singapura (kemudian keluar dari gabungan selepas 1964) dan Semenanjong, katanya.

 Forum tersebut diKetuai oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, manakala para ahli panel terdiri daripada Adun Bingkor Datuk Dr Jeffrey G Kitingan, bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan Peguam Kanan Haji Ansari Abdullah.

Forum tersebut telah pun menjelajah dibeberapa kawasan diPedalaman dan merancang akan mengadakan forum seumpama itu diluar kawasan Pedalaman. Daerah Nabawan merupakan destinasi terakhir dilawati pada Ogos 27, 2016.

Ditanya sama ada forum tersebut turut diadakan dilain lain kawasan diSabah selepas kawasan Pedalaman Kadoh berkata, mereka akan menjelajah diseluruh pelusuk kawasan/daerah dinegeri ini supaya segenap lapisan masyarakat telah mendapat maklumat yang tepat berhubung penubuhan Malaysia terutama sekali hak hak mereka yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963, katanya.

“ Kita tidak mahu ada rakyat kita yang tidak tahu langsung mengenai hak hak kita mengikut Perjanjian Malaysia 1963...itu sebabnya mereka ini mudah terpesong dengan maklumat maklumat yang tidak tepat. “

Jadi, peranan kami adalah untuk menyebarkan dan seterus memberi kefahaman yang tepat mengenai sejarah penubuhan Malaysia 1963 dan isi kandungan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

Kadoh berkata, tidak ada perkara yang bertentangan dengan kehadiran forum tersebut kerana sebelum ianya bermula Perdana Menteri Dato,Seri Mohd Najib Razak telah merestuinya malah telah melantik Datuk Seri Anifah Aman sebagai Penyelaras Jawatankuasa bagi Negeri Sabah manakala Datuk Nancy Shukri bagi Negeri Sarawak. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.MA63 1- Para ahli panel kelihatan Kadoh (no.2 kiri) sedang memberi penjelasan diNabawan. 2.MA63 2- Para hadirin sedang mendengar hujah hujah ahli panel diNabawan.