Jumaat, 22 Jun 2012

BINA TANDAS BARU, KORBANKAN POKOK, TINDAKAN MDT KURANG BIJAK

OLEH:  Ambrose M Matthew

TENOM: Beberapa pemimpin masyarakat tempatan disini meluahkan kekesalan mereka terhadap tindakan pengurusan Majlis daerah disini (MDT) yang menebang pokok rimbun yang ditanam khas ditepi padang pekan yang antara lain bertujuan untuk menahan tekanan haba selain penjagaan keindahan alam sekitar yang berusia kira kira lebih 20 tahun lalu.

Rudy S Mairi
Keadaan itu menjadi persoalan hangat disekitar warga pekan kerana mereka menganggap tindakan itu kurang bijak dimana MDT sanggup memusnahkan pokok tumbuhan yang boleh membantu menghasilkan udara yang bersih, sihat dan nyaman semata mata memberi keutamaan kepada pembinaan tandas awam yang memang pun kemudahan itu sudah ada sebelum ini.

Sekiranya keperluan untuk membina sebuah tandas baru kerana mengambilkira pertambahan penggunanya terutama ketika berlaku acara acara keramaian yang diadakan dipadang itu sepertimana berlaku dimasa masa lalu, langkah proaktif menaiktaraf tandas tandas awam yang sedia ada di tiga lokasi yang berada berhampiran dengan padang pekan tentunya tindakan yang baik lagi menjimatkan kos, tegasnya.

“ Kenapa mesti mahu mengorbankan pokok pokok yang sedia ada semata mata pembinaan tandas baru? Kenapa tidak naiktaraf sahaja tandas yang sudah sedia ada ditepi padang dan satu lagi dibawah astaka....(lagi pun), dengan pembinaan itu lanskap padang sudah rosak mcam rojak keadaannya,” tegas Rudy.

Pokok ditebang semata mata mementingkan tandas awam...kepaluian MDT!
Manakala Kapitan Wong Tet Yun Naib Presiden Tenom Chinese Chamber of Commerce (TCCC) meminta MDT agar menangguhkan projek tersebut untuk sementara waktu sambil mencari kawasan yang lebih sesuai untuk projek itu dikawasan pekan.

Tegasnya, niat TCCC bukan mahu menghalang atau menolak pembangunan yang dicadangkan oleh MDT khusus untuk melengkapkan kemudahan awam tetapi ia adalah bertentangan dengan kesesuaian pembinaannya dilokasi tersebut.

Wong berkata, dalam masa yang sama MDT juga perlu mengambilkira impak alam sekitar dan akibatnya jika pokok pokok yang sengaja ditanam dengan tujuan tertentu dimusnahkan begitu sahaja.

Selain itu, ianya juga mempunyai nostalgia yang mengingatkan kewujudan pekan ini sejak dari era kerajaan kolonial lagi sehinggalah sekarang. Ends///..

Caption:- Gambar IMG_4473 – Kelihatan pokok ditebang semata mata memberi laluan pembinaan tandas awam baru. Gambar IMG_4474 – Rudy Sulaiman Mairi Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat.