Rabu, 19 Oktober 2016

NGO MAMAGUN SOKONG KEHADIRAN MOMOGUN ILHAM MNC

Oleh: Mail Mathew 

RUDY
TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun Sabah (Mamagun) menyokong penuh pandangan beberapa pemimpin Persatuan dan Pertubuhan “Momogun” (MNC) dalam mencari ' titik pertemuan dan kesepakatan' untuk penyatuan etnik etnik Dusunic, Murutic , Paitanic dan lain lain dengan menggunakan satu sebutan perkataan “Momogun”. 

Sebelum ini terdapat gesaan mahupun saranan agar masyarakat Dusun diharuskan menggantikan perkataan “lain lain” ketika mengisi borang kerajaan bagi etnik KMDR (Kadazandusun Murut dan Rungus) tidak disenangi masyarakat itu kini hampir selesai, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi.

“ Sekarang ini pun MNC telah mendapat lampu hijau daripada lebih 30 NGO mewakili etnik masing masing dijangka akan menurunkan tanda tangan sebagai kesepakatan persetujuan penggunaan Momogun,” katanya pada Rabu ketika memberi taklimat kepada para Perwakilan dan Pemerhati NGO Mamagun yang akan menghadiri Konvensyen MNC pada Oktober 29 ini.

Bagaimana pun, ketika menjawab pertanyaan hadirin berhubung tanggapan sesetengah pihak mendakwa kononnya usaha itu sebahagian daripada penghapusan bangsa adalah tidak tepat sama sekali.

“ Walaupun kita telah menetapkan persetujuan untuk berlindung dalam satu bumbung Momogun atau orang asal...namun bangsa etnik masing masing tidak akan terhapus malah terus kekal untuk selama lamanya.

 “ Saya telah menghadiri kesemua mesyuarat MNC sejal awal lagi dan sesi terakhir pada Oktober 14, dan inilah perkembangannya...jadi, ia amat baik dari segi penyatuan kaum,” jelasnya.

Selain itu, Rudy berkata, MNC juga mempunya Misi seperti Penyatuan (to unite), Memperkasakan (to empower), dan memakmurkan (to prosper) dimana pelaksanaannya mempunyai strategi seperti berikut, Strategi 1 - Menyatu - padukan masyarakat Dusunic Murutic dan Paitanic sebagai satu rumpun bangsa yang besar.

Kita perlu tentukan sasaran kita iaitu masyarakat Anak Negeri orang asal Sabah (Borneo) yang kita anggap masih jauh ketinggalan dari segi sosioekonomi.

Strategi 2 - Memperkasa sosioekonomi melalui 8-Perkara Agenda Transformasi Ekonomi Momogun. 1. Mindset change (perubahan minda melalui pembelajaran Modul PV). 2.Building entrepreneurial spirit & skills (Memupuk semangat & kemahiran Keusahawanan).

3. Pooling of resources (Menggabungkan sumber masyarakat Momogun untuk menjana kekayaan dalam perniagaan). 4.Promoting technical education (Menggalakkan pendidikan/ latihan teknikal kepada para belia & beliawanis Momogun.

5. Teaching of English (Mempastikan masyarakat Momogun menguasai bahasa Inggeris). 6. Access to Government Assistance (Mempastikan masyarakat Momogun tahu dan boleh mendapat bantuan program kerajaan khusus dana perniagaan.

7. Review of Government policies & programs (MNC akan mengkaji dasar dan program kerajaan serta memberi cadangan untuk penyesuaian dan kegunaan masyarakat Momogun).

 8. Sponsorship & Mentoring of bright but poor rural Momogun student (MNC menggalakkan usahawan Momogun menjadi mentor dan pembiaya sukarela membantu pelajar Momogun luar bandar yang miskin dan tidak mampu). Ends///.....(Mail Mathew)

Caption:- 1. RUDY SULAIMAN MAIRI- Presiden NGO Mamagun.