Isnin, 17 April 2017

ROGER STIMIN SERAH BORANG KEAHLIAN WARISAN LEBIH 400 AHLI

OLEH: ULU PADAS 
 
AMM BAGI PIHAK ROGER STIMIN MENYERAHKAN 400 BORANG KEAHLIAN KE WARISAN

KEBANGKITAN kumpulan bekas calon DUN Melalap pada PRU13 Roger Stimin dengan membawa seramai 400 orang penyokongnya menyerahkan borang penyertaan menjadi ahli Parti Warisan melenyapkan cakap cakap konon 300 ahli Warisan Semporna berpatah balik ke Umno pada baru baru ini. 

 Menurut Pegawai Peribadi Peguam Roger Stimin yang dikenali sebagai AMM, seramai 280 ahli baharu dijangka akan menyusul dalam masa terdekat ini, iaitu sebaik baik sahaja borang borang tersebut telah lengkap dikemaskini sepenuhnya, katanya.

AMM yang diiringi beberapa penyokong Roger Stimin telah menyerahkan borang borang tersebut kepada wakil Naib Ketua Penyelaras Parti Warisan Tenom Ukim Buandi di Pejabat Perhubungan Warisan disini pada Isnin.

Roger Stimin yang pernah bertanding atas tiket SAPP bagi kawasan DUN Melalap pada PRU13, meskipun tewas dan mendapat undi melebehi 2,000 undi (satu satunya calun pembangkang yang tidak hilang wang deposit pada ketika itu) tetap digeruni pihak lawan khususnya BN kerana dikatakan masih mendapat ramai sokongan dikalangan generasi belia.

PENYOKONG ROGER STIMIN SAH MENYERTAI WARISAN
Beliau seorang Peguam lulusan Undang Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (LLB UKM), Diploma Perniagaan, dan telah membuka Pejabat Guamannya sendiri S Roger & Co diKuala lumpur.

 Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau mengharap sungguh agar dicalonkan oleh Parti Warisan pada PRU14 ini, Roger berkata, menyertai perjuangan parti tidak semestinya bermatlamatkan untuk menjadi calon semata mata, tetapi fokus hendaklah lebih kepada membantu untuk memantapkan perjuangan.

Oleh itu, prinsip perjuangan Roger mempunyai ketabahan dan ketegasannya sendiri dimana antara lainnya berorentasikan sifat telus, ikhlas dan juga kesetiaan kepada parti serta pucuk pimpinan, dan tidak semata mata mengharapkan pencalonan untuk sesuatu pilihanraya.