Khamis, 28 Mei 2009

Wooooouu...! Turun padang naik heli?

SLUG:MM/DE/TNM/KOMEN/MPTNM/MEI27/1900HRS/09

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Pengerusi CLC Parti Maju Sabah (SAPP) Melalap Jimmy Jawatah (gambar) terkeliru dengan kenyataan Ahli Parlimen Tenom Raimie Unggi berhubung dasar kerajaan mengenai hutan simpan yang menjadi kawasan larangan sejak era kolonial lagi, dimana kenyataan Raimie itu seolah olah bercanggah dengan dasar yang dijelaskan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman sebelum ini berkaitan dengan dasar perhutanan dinegeri ini.

Katanya, beliau terkejut apabila Raimie cuba menyalahkan pihak Jabatan Perhutanan yang didakwanya sebagai pihak yang menghalang pembangunan yang dilaksanakan disesebuah perkampongan yang termasuk dikawasan hutan simpan

Jimmy berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Rabu sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Tenom Raimie Unggi ketika melawat Kg Abingkoi dalam Mukim Rundum baru baru ini, sambil menyifatkan tindakan Raimie itu tergesa gesa dan tidak meneliti fakta terlebih dahulu.

“ Kita ingin tahu dari Raimie sama ada kenyataan beliau itu tidak bersetuju dengan dasar perhutanan dinegeri ini, yang dipertahankan oleh Ketua Menteri Sabah atau sekadar dibuat sebagai pengisian publisiti semata mata dalam program turun padang,” tegas Jimmy.

Beliau seterusnya berkata, Raimie sepatutnya sudah menyedari bahawa setiap dasar yang sudah menjadi undang undang kerajaan seperti dasar perhutanan tidak siapa yang boleh mempertikaikannya lagi, apatah lagi jika persoalan yang ditimbulkannya sudah berlaku sejak Barisan Nasional (BN) berkuasa disitu lebih sepuluh tahun lalu.

“ Sepatutnya masalah tersebut yang melibatkan dasar kerajaan, Raimie bertindak dari awal lagi menerusi persidangan DUN atau pun menerusi saluran saluran kerajaan yang ada dan sesuai untuk membangkitkan persoalan dasar perhutanan…bukan secara terbuka,” tegas Jimmy.

“ Saya percaya bahawa kerajaan ada sebab untuk memelihara hutan simpan sebagai khazanah alam semulajadi…kerana jika dasar dan undang undang tidak ditegaskan berhubung hutan simpan dinegeri ini…lambat laun kawasan hutan simpan akan menjadi botak, malah pencemaran alam sekitar akan berterusan,” tambah beliau lagi.

Selain itu, agak memeranjat sekali apabila Raimie melaksanakan program turun padang yang boleh disifatkan sebagai paling istemewa kerana dengan menggunakan pesawat helikoter hanya memakan masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Bagaimana pun kata Jimmy, sedarkah Raimie bahawa penggunaan pesawat dengan hanya 10 minit kos penerbangan berjumlah mungkin ribuan ringgit dari wang pembayar cukai lesap begitu sahaja, hanya kerana bercakap tentang dasar perhutanan dan merasmikan Pesta Kaamatan.

“ Adalah lebih baik dan lebih praktikal jikalau perbelanjaan tersebut digunakan untuk membaikpulih kalbot, jambatan jeep dan pondok hujan bagi kawasan perkampongan yang dilanda banjir baru baru ini,” kata Jimmy lagi.
Ends///..