Sabtu, 25 Februari 2017

MENGAPA PEMBANGKANG SABAH BERSIKAP KRITIKAL PADA WARISAN??

OLEH: ULU PADAS/JALIN LUIN 


SETIAP ARTIKEL yang menceritakan kewaspadaan Warisan dalam mempertimbangkan pelawaan parti pembangkang termasuklah pembangkang dari Semenanjung untuk berkerjasama. Maka adalah pihak yang cuba menidakkannya. Berlagak baik sangat, kononnya ia bertujuan untuk melemahkan pembangkang di negeri Sabah. Macam saja Warisan tidak matang dalam berpolitik... Hemmm... 

Tapi dalam masa yang sama rata rata penyokong USA, tidak cukup tangan memfitnah Datuk Seri Shafie Apdal sebagai pemimpin yang mewakili pilak. Kurang ajar! Kononnya orang asal aka KDM dilarang menyokong Warisan, nanti kepentingan KDM akan terhakis.

Ini kerana kalau Warisan menjadi pemerintah maka pentadbiran negeri akan dikuasai oleh pilak. Sekali lagi, kurang ajar! Adakah perbuatan yang tidak bertamadun itu direstui oleh pemimpin tertinggi USA, yakni berselindung di sebalik kebodohan penyokong USA itu sendiri.

Dengan harapan Warisan akan ditolak oleh masyarakat dan akhirnya terpaksa berkerjasama dengan USA? Lagi dahsyat penyokong tegar USA giat mencanang kata mereka Warisan adalah parti yang ditaja oleh UMNO.

Itu bererti kalau orang Sabah menyokong Warisan samalah ertinya mereka menyokong untuk mengekalkan UMNO di negeri Sabah. Wah, sungguh kah. Alahai. Kerja orang bukit yang bodoh. Jangan malu malu atau buat tidak tahu, baru baru ini STAR bertanding di PRK Tanjung Datu, Sarawak dan calon STAR kalah teruk hingga hilang wang pertaruhan. Hemmmm Hampir sama ceritanya dengan DAP.

Sebelum ini pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong, mengakui perjuangan Warisan sebab kononnya memperjuangkan nasib Sabahan dan tidak keberatan untuk berkerjasama. Tapi cukup sekadar pengakuan yang bersifat retorik.

Hakikatnya sehingga hari ini DAP Sabah tidak pernah mempelawa Warisan sebagai rakan seperjuangan atau paling tidak menjemput pemimpin Warisan sebagai tetamu kehormat di Majlis politik yang mereka anjurkan. Perhatikan saja kritikan kritikan pedas ahli Parlimen Kota Kinabalu, DAP Steven Wong keatas Warisan. Sentiasa lantang merendahkan keikhlasan Warisan.

Sewajarnya sewaktu DAP meraikan kejayaan mereka menyiapkan bekalan air graviti di daerah Keningau baru baru ini, mereka menjemput pemimpin Warisan sebagai tetamu kehormat. Agar Warisan turut dilihat sebagai parti yang mampu membela nasib masyarakat Keningau sekaligus mengukuhkan kekuatan pembangkang di negeri Sabah, tapi tidak.

Kenapa kah? Masih berdendam pada Junz Wong yang menyertai Warisan kah? Tengok, semasa awal pengenalan parti Warisan di kawasan Tawau. Yb DUN Sri Tanjung, Foong Hin Chan selaku wakili DAP dijemput dan diberikan peluang untuk berucap. Ini baru betul, bukti kesungguhan Warisan ingin menumbangkan BN pada PRU yang akan datang. Cakap serupa bikin!

Sama halnya dengan pemimpin dan jentera PKR Sabah. Mereka sedar dan tahu sejak kemunculan Warisan di persada politik Sabah, Warisan telah menjadi pilihan orang Sabah. Tapi tidak pernah kita mendengar pujian atau pengakuan yang mengiktiraf kewibawaan Warisan sebagai pembangkang tempatan di negeri Sabah. Kenapa kah?

Malah tidak keterlaluan kalau admin katakan, masih ramai dari kalangan pemimpin dan penyokong PKR aka PH yang fobia dengan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai musuh seteru memandangkan Warisan dipimpin oleh bekas pemimpin UMNO.

Jangan buat buat lupa, kalau perjuangan PKR boleh diterima oleh masyarakat Sabah, tidaklah Datuk Lajim Ukin keluar dan menubuhkan parti Harapan Rakyat. Sehingga Datuk Lajim Ukin berani mengkritik pedas kemampuan Datuk Seri Shafie Apdal melalui tiket Gabungan.

Kononnya mustahil bagi Warisan menewaskan BN, memandangkan BN adalah parti yang kuat tapi Warisan tidak mahu berkerjasama dengan Gabungan (USA) Sedarlah dan terimalah hakikat hanya kerjasama yang diketuai oleh Warisan yang mampu menumbangkan BN pada PRU yang akan datang.

Seperti mana artikel sebelum ini, Warisan mampu menang tanpa Gabungan. Kesimpulannya bermula dari saat ini, Warisan wajib diberikan kepercayaan bagi mengetuai pembangkang di negeri Sabah. Sekaligus Warisan sebagai induk yang menentukan kawasan mana yang boleh dipertandingkan oleh parti gabungan dan parti pembangkang dari Semenanjung.

Amat tidak wajar kalau ada parti-parti dari Gabungan USA atau Pakatan Harapan mendesak Parti Warisan untuk membuat keputusan samada mahu bergabung atau tidak dengan mereka. Sebaliknya, Parti Warisan lah yg selayaknya memberi ultimatum kpd Gabungan USA dan PH agar mereka akur kepada kepimpinan Parti Warisan sebagai Tunggak Gabungan Pembangkang di Sabah dalam berdepan Umno/BN di PRU14 yang mendatang.

Barulah ada cerita, dimana BN akan ditumbang di PRU yang akan datang!!!