Rabu, 9 April 2014

GARA GARA TAKTIK KOTOR, NAIB KETUA CABANG GAGAL BERTANDING?

By: Mail Mathew

KOTA KINABALU: Bekas Setiusaha Sulit Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan dizaman era kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) Dzulkifli Gunsika yang telah menyertai PKR sebelum PRU13 kesal dan kecewa apabila dimaklumkan bahawa beliau tidak layak bertanding sebarang jawatan dalam parti itu kerana kononnya keahliannya masih baru.

MASDIN TUMAS
Ketua Cabang PKR Tenom Masdin Tumas yang menerima makluman itu daripada petugas urusetia penamaan calon pemilihan PKR di Pejabat MPN, bagaimana pun sangsi dengan keputusan itu tetapi tidak berpeluang bersemuka dengan Pengerusi MPN untuk mendapat kepastian keputusan itu.

Dzulkifli yang memegang jawatan Naib Ketua cabang parti itu merupakan rakan sekelompok dengan Masdin dicadang untuk bertanding Timbalan Ketua Cabang namun disebabkan masalah itu tempatnya digantikan oleh Rumai Marai kerana masa terlalu suntuk dan tiada pilihan.

Selain itu, beberapa bekas jawatankuasa Cabang turut bertanding dan sealiran menyokong Masdin antaranya bekas Setiausaha Cabang Misery Raisimin, Naderah Misery (bertanding Ketua Wanita) dan dua lagi usahawan masyarakat Tiong hwa yang enggan namanya didedahkan.

Dzulkifli berkata, tanggapan bahawa alasan penolakkan beliau itu merupakan strategi kotor yang dirancang pihak tertentu dalam urusetia itu turut dikuatkan lagi apabila beliau menerima jawapan 'pesanan ringkas' (sms) daripada Pengerusi MPN Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin yang menyatakan tiada masalah untuk beliau bertanding.
Dari kiri: DZULKIFLI, Y.B RAFIZI. MASDIN dan RISHAM

 “ Saya sedih mengenangkan nasib cabang ini kerana telah menerima malapetaka politik secara bertubi tubi dengan tujuan untuk menghancurkan kepimpinan parti selepas Allahyarham Datuk Halik Zaman meletakkan jawatan sebelum PRU13.

 “ Selepas perletakkan penyandang (Halik Zaman), Masdin yang pada ketika itu Timbalan Ketua Cabang (KC) sepatutnya secara otomitik dilantik memangku KC, sebaliknya Setiausaha MPN melantik pula Adris Taripin selaku Ketua Cabang (KC)....apakah ertinya ini? Sedangkan dalam Perlembagaan parti jelas ia bertentangan.

 “ Bermacam tuduhan selepas itu dilemparkan kepada saya antara lain dakwaannya saya adalah Muflis...lepas itu fail cabang dipinjam tetapi tidak dikembalikan akibatnya menyukarkan kami menyusun atur jawatankuasa baru cabang....dan yang terbaru pula cabang PKR Tenom diberi surat penggantung tetapi surat itu dari MPN sedangkan dalam Perlembagaan MPP sahaja yang ada kuasa menggantung sesebuah cabang,” tegas Dzulkifli ketika memberitahu pemberita pada Rabu.

Oleh yang demikian, adalah disarankan agar pihak pihak yang berfikiran kotor supaya berpijaklah dibumi yang nyata jika paksi perjuangannya benar benar menuju matlamat untuk membantu rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan, tegasnya.

Janganlah mengharapkan sangat bahawa usaha membebaskan bumi Sabah supaya tidak terjerumus ke lembah kemuflisan akibat rasuah dan pemborosan kerajaan BN yang ada sekarang, jika sekira budaya politik yang tidak konsisten dan cantas mencantas tidak dikikis dari terus menular merupakan suatu angan angan atau ibarat mimpi disiang hari, kata beliau lagi. Ends///...