Khamis, 16 Jun 2011

MISI "FACT FINDING" PEMUDA SAPP PEDALAMAN RUNGKAI KEPINCANGAN BN

Oleh: MEDIA SAPP TENOM

TENOM: Rombongan Pergerakan Pemuda SAPP zon Pedalaman yang diketuai Rudy Sulaiman Mairi telah mengadakan sesi turun padang bagi memantau pelbagai dakwaan rakyat berhubung kepincangan pembangunan yang dirancang kerajaan UMNO-BN diSabah khususnya dikawasan Pedalaman yang merangkumi Nabawan, Sook, Tenom, Kemabong, Bingkor dan Tambunan.


Rombongan itu juga merupakan satu misi khas Pemuda SAPP sebagai “Fact Finding” untuk mengumpul maklumat maklumat tersebut sebagai bukti bahawa dakwaan kepincangan pentadbiran UMNO-BN untuk mengurus pembangunan dan kebajikan rakyat diSabah khususnya diPedalaman bukan omongan kosong tetapi sebaliknya ia mempunyai bukti yang sahih.

“ Kita tidak mahu sekadar bercakap kosong atau dituduh pula sebagai mendengar khabar angin tentang kepincangan pentadbiran UMNO-BN…Jadi, lebih baik kami turun padang dan melihatnya sendiri,” tegas Rudy.

“ Kami juga tidak mahu mengikut jejak pemimpin UMNO yang tidak bercakap benar tentang masalah rakyat termasuklah media elektronik seperti TV1,TV2,TV3 atau Awani yang tidak bebas dan tidak berlaku adil dalam setiap laporannya. Disitulah rakyat selalu terkeliru kerana mereka menyembunyikan fakta yang sebenarnya,” tambahnya lagi.

Rudy seterusnya berkata, Pemuda SAPP Pedalaman terus memantau sehingga keakar umbi untuk melihat sendiri dakwaan rakyat selama ini yang mengkritik kerajaan UMNO-BN yang telah melakukan banyak pengabaian tanggung jawabnya kepada rakyat dari segi pembangunan mahupun kebajikan rakyat.

Kali ini rombongan tersebut melakukan lawatan turun padang ke daerah Tenom sebelum menjelajah ke daerah daerah lain. Rombongan itu dapat melihat sendiri bagaimana kerajaan BN tidak mengendahkan rungutan rakyat diKg Manining dimana bumbung atap Rumah Kebudayaan kampong itu diterbangkan angin kencang tahun lepas.

Mantan Ketua Kampong Biou Parisit tanpa segan silu menceritakan bahawa beliau telah mengajukan masalah tersebut kepada pihak kerajaan melalui Pejabat Daerah beberapa kali namun sehingga sekarang tidak dipedulikan. Sedangkan Rumah Kebudayaan tambah Biou, amat berguna bagi penduduk disitu untuk berkumpul dalam apa juga majlis sama ada Pesta Kaamatan mahupun majlis majlis perkahwinan.

Selain itu, Rudy dan rombongan turut terkejut apa bila masalah pembinaan Pusat GiatMara dilokasi bersebalahan SM Tenom terus terbengkalai. Walaupun beliau difahamkan bahawa projek pembinaan itu pernah diapungkan dengan suntikan jutaan ringgit untuk meneruskan projek tersebut namun ianya tetap tersungkur juga.

“ Kita kesihan dan bersimpati dengan nasib malang pelajar pelajar GiatMara yang sudah hampir 10 tahun menghuni pusat pembelajaran diPusat kebudayaan Murut dekat sini yang menghadapi serba kekurangan dari segi kelengkapan. Kenapa kerajaan UMNO-BN tergamak menderitakan mereka sampai begitu,” ujar Rudy.

Sepanjang masa pemantauan lebih 50 orang rakyat akar umbi ditemui dimana rata rata dari mereka menyatakan rasa kurang senang dengan pentadbiran UMNO-BN yang disifatkan mereka terlalu banyak menabur janji tetapi semuanya kosong. Buktinya ialah janji menaiktaraf dan mengaspal jalanraya sejauh 5km antara Binsilon dan Tumantalik, pembinaan Pekan Kecil Melalap dan Pembangunan Koridor Sabah (SDC).

Suatu perkara yang amat menakjubkan Pemuda SAPP ialah kerja kerja menaiktaraf landasan keritapi antara Tenom ke Beaufort masih belum siap sehingga sekarang, sedangkan projek tersebut telah menerima peruntukkan yang banyak dimana peruntukkan pertama sejumlah RM300 juta dan yang kedua RM200 juta tetapi masih keadaan yang sama.

Rudy akan memuatkan semua senario yang diterima mereka semasa lawatan turun padang yang berupa laporan kepada pihak pucuk pimpinan SAPP Pusat untuk tindakan seterusnya termasuklah membentangkannya ke siding DUN atau Parlimen oleh Wakil Rakyat SAPP.

DSAI LAWAT KEMABONG JUN 25 INI?

TENOM Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato’Seri Anwar Ibrahim dijangka akan melakukan lawatan singkat ke daerah Kemabong untuk bertemu dengan ahli ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diKg Sinaluang Ulu Tomani pada Jun 25, 2011.

Demikian disahkan Setiausaha Cabang PKR disini Misery Raisimin (gambar) berhubung lawatan itu dalam satu kenyataan disini ketika memberitahu Harian Ekspress pada Khamis.

Tegasnya, mengiringi Penasihat PKR itu semasa lawatannya dekat sini Ketua Cabang PKR Haji Halik Zaman dan beberapa pemimpin perhubungan PKR Negeri Sabah semasa lawatan tersebut, dimana rombongan itu dijangka akan bermalam disini sebelum meneruskan lawatan ke Pensiangan pada keesokaan harinya.

Dalam pada itu, Misery turut menolak khabar angin yang disebarkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggung jawab kononnya lawatan Dato’Seri Anwar Ibrahim ke Tomani sebagai tanda sokongan beliau kepada Haji Halik Zaman untuk bertanding di Dun Kemabong pada PRU13 adalah suatu pembohongan dan karut semata mata.

Sebaliknya tambah Misery, kedatangan Penasihat PKR itu merupakan urusan kepartian yang mahu melihat secara dekat perkembangan PKR diSabah khususnya dipedalaman dan bukan soal pencalunan PRU13 yang langsung tiada kaitan dalam sesi lawatan beliau kali ini.

Lawatan Dato’Seri Anwar Ibrahim ke Tomani merupakan kali kedua (ketika dalam pembangkang) dimana kali pertama sekitar tahun 1994 (PRN-Sabah) ketika itu beliau selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengarah Operasi BN bagi Pilihanraya Umum Negeri Sabah tahun 1994 menentang kerajaan PBS pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.