Isnin, 23 Julai 2012

DAP: Umno-BN jaja peristiwa hitam 13 Mei takutkan rakyat!

Oleh: Ambrose M Matthew

TENOM: Penasihat Democratic Action Party (DAP) Kebangsaan Lim Kit Siang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa tindakan mengungkitkan kembali kisah rusuhan 13 Mei satu satunya taktik pemimpin kerajaan menakut nakutkan rakyat yang jelas tidak berprinsip, tidak bertanggungjawab semata mata untuk memastikan Umno/BN kekal sebagai puak berkuasa dalam pilihan raya yang akan datang.

UBAH...LimKit Siang ajak rakyat ubah kerajaan sekarang!
Beliau berkata, sesungguhnya bagi pihak DAP dan Pakatan Rakyat (PR), bahawa satu deklarasi telah dimeterai PR untuk tidak mahu peristiwa hitam itu berulang lagi, selain mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuktikan dakwaannya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata demikian dihadapan kira kira lebih 200 orang masyarakat tempatan dalam satu majlis bersama rakyat di perkarangan Restoran Chi Hin dekat sini pada Ahad.

Hadir sama dimajlis itu, Pengerusi DAP Sabah yang juga merupakan Adun Sri Tanjung Jimmy Wong, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr Hiew Kheng Chew, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, Naib Pengerusi DAP Sabah Edward Ewol Mujie, Setiausaha DAP Sabah Dr Edwin J Bosi, Pengerusi DAP Pedalaman Dr Benjamin Yap dan Pengerusi Penganjur Lawrence Piki.

Lim berkata demikian sebagai reaksinya berhubung laporan dari Konvensyen Pemuda Kebangsaan yang diadakan di Parlimen baru baru ini, antaranya Muhyiddin menekankan generasi muda Malaysia supaya bersatu padu untuk memastikan yang negara ini kekal stabil dan aman tenteram untuk mengelakkan pengulangan tragedi rusuhan 13 Mei 1969.laku.

SERONOK...hadirin terpegun mendengar ucapan pemimpin DAP
“ Prinsip perjuangan PR sudah jauh berbeza dengan perjuangan lebih 40 tahun lalu, dimana perjuangan PR masakini lebih tertumpu kepada usaha membaikpulih sistem pentadbiran negara yang sudah jauh menyimpang sekarang....itu sebabnya perjuangan PR khususnya DAP mahu mengubah atau Ubah sistem pentadbiran negara selepas pilihanraya umum kali ke-13 kelak,” tegas Lim.

“ DAP dan Pakatan memberi kerjasama penuh bersama dengan Umno dan BN untuk menjamin tiada pengulangan semula peristiwa tragedi 13 Mei dalam pilihan raya umum yang akan datang ini,” tambahnya.

LIM KIT SIANG...bersalaman dengan hadirin
Dalam pada itu, masalah rasuah, pembaziran dan ketidak telusan dalam pentadbiran turut disentuh Lim yang disifatkannya sudah sampai ke tahap kronik yang sukar untuk diperbetulkan lagi kecuali rakyat bertindak tegas menukarkan kerajaan Umno- BN kepada kerajaan baru PR secara demokrasi menerusi peti undi pada PRU-13 kelak.

Selain itu, beliau turut mempertikaikan ketelusan kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak yang sering mengungkapkan 'janji ditepati' yang memberi pengertian bahawa pentadbiran BN telus dan menepati segala janji janjinya kepada rakyat sebagai retorik dan omongan kosong.

“ Adakah benar janji janji BN itu sudah ditepatinya?...Kenapakah RCI belum lagi dilaksanakan diSabah sepertimana janjinya kepada rakyat Sabah sebelum ini. Itu sebabnya Najib sukar untuk memutuskan bila masanya Parlimen dibubar dan bila pilihanraya umum diadakan kerana dia (Najib) sendiri takut berdepan dengan PRU-13,” tegas Lim. Ends///..