Selasa, 17 April 2012

PKR(PR),SAPP DAN STAR KECUNDANG PRU13, JIKA TIDAK BERSATU

Oleh: Ambrose M. Matthew

GAGASAN pembangkang diSabah sejak kebelakangan ini nampaknya boleh disimpulkan seakan akan melalui sebatang jalanraya yang padat berliku lagi berbahaya yang menyukarkan kenderaan memecut laju untuk sampai ke destinasinya dengan selamat.


Apa tidaknya jikalau kepimpinan parti parti dalam gagasan pembangkang seperti PKR (PR), SAPP, STAR(EX-USNO) saling tidak sehaluan dalam apa juga bentuk kesefahaman yang dirancang dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU13 tidak akan kesempaian namun BN yang ditunjangi UMNO merangkumi 14 parti pasti kekal berkuasa selepas PRU13.

Sikap curiga mencurigai sesama sendiri, tidak konsisten dalam perjuangan (tidak berpendirian) serta sikap yang lebih mementing kepada agenda peribadi daripada mendahulukan kepentingan perjuangan untuk rakyat dan negeri antara penyakit yang menular dikalangan pemimpin tertinggi pembangkang sebagi punca utama menggagalkan persefahaman mahupun kesepakatan dalam perjuangan.

Manakala sentimen rakyat yang meluap luap ketika ini merangkumi kepelbagaian kaum dan keturunan serta kepercayaan diSabah kini dilihat sudah jauh lebih bersedia untuk menggalas tugas mereka membantu tugasan pembangkang pada PRU13 untuk menumbangkan kerajaan kukubesi UMNO-BN yang akan diadakan pada bila bila masa dari sekarang.

Bagaimana pun ianya banyak bergantung kepada sikap dan kelibat para jeneral parti parti pembangkang supaya mengelakkan sikap bertelagah sesama sendiri sebaliknya mereka sama sama berganding bahu turun ke gelanggang medan perjuangan politik bagi memastikan misi dan visi pembangkang untuk menumbangkan BN menjadi reality.

Terbaru, persahabatan dua hala antara SAPP dengan STAR(EX-USNO) menjadi dingin ekoran kenyataan De facto Datuk Seri Anwar Ibrahim Penasihat PKR yang merestui SAPP bertanding DUN sebanyak 35 kawasan dan 2 MP manakala PKR(PR) 25 kawasan DUN dan 23 MP.

Ekoran kenyataan DSAI itu menjadikannya suatu tamparan malah kemarahan kepada STAR(EX-USNO) diSabah yang diterajui Datuk Dr Jeffrey Kitingan dimana disebabkan perkembangan itu lalu beliau mengumumkan berkemungkinan parti itu akan bertanding di semua kawasan 60 DUN dan 25 kawasan MP pada PRU13.

Jika situasi sebegini rupa akan terus berlaku tanpa penyelesaian secara “mutual” ia menggambarkan seolah olah corak kepimpinan dan kesepakatan dalam gagasan pembangkang tidak mempunyai suatu “system” sebagai penggerak kearah menuju keberkesanan pencapaian misi dan visi yang diobjektifkan mereka.

Strategi politik amat perlu mengaplikasikan sumber sumber teknologi maklumat yang terkini dalam memastikan gerakan gerakan politik khususnya pembangkang agar dapat mengimbangi kekuatan pihak lawan dengan pelbagai skill dengan cara apa pun.

Banyak contoh yang dapat disamakan dalam gerakan gerakan untuk memastikan kekuatan terjamin untuk menumpaskan pihak lawan misalnya pasukan bolasepak dimana tidak sahaja pemain itu boleh berlari dengan pantas, meyepak bola dengan deras tetapi sebaliknya pasukan itu perlu bergerak dalam satu pasukan dan mempunyai ‘dribbling skill’ untuk melepasi banteng lawan dan seterusnya menjaringkan gol.

Ramai yang meramalkan bahawa jika pertembungan PRU13 akan datang ini bersifat “1 lawan 1” sudah pasti keputusannya akan berpihak kepada pembangkang sebaliknya jika gagasan pembangkang tidak bersatu atau tidak bersefahaman dimana masing masing ingin menjadi “Juara”, jangankan dapat menumbang BN pada PRU13, menggoncangnya pun belum tentu.